Friday, April 30, 2004

Aku yang penat

Betul aku penat, penat sebab otak aku terlalu banyak bekerja. 2, 3 minggu ni aku amat bizi sekali. Ye lah aku ada ketua baru, dasar pun baru, cara kerja pun baru, cadangan baru pun banyak. Lebih letih bila orang kiri kanan yang bekerja dengan aku ni teramat lah lembabnya, kadang-kadang bukan kerja yg banyak buat aku letih tapi si lembab si lembab ni yang buat aku hilang motivasi nak bekerja, penat sangat aku rasa. Mungkin ada yang meluat bila aku kata aku ni bizi, ye lah aku ni bukan berpangkat besor, staf biasa je, tapi ini lah yang aku hadapi. Bila keadaan ini berlaku aku mula rasa nak sambung belajar, kot kot lah boleh dapat jawatan yang lebih baik, kalu bizi pun berbaloi le dengan gajinya ye dak. Insyaallah kalau ada rezeki lebih sambung belajar adalah impian aku yang nombor satu.
Ok ada kerja yang menunggu aku, chow dulu!

Thursday, April 29, 2004

Hendakku tumpangkan rasa...

Samakah apa yang aku rasa
serupakah yang dia rasa?
mana mungkin sama
aku hanya memandang dengan mata
tak merasa berat beban yg di galasnya
aku tak melalui jalan yang dia tempuhi
tapi aku ada doa
supaya dia dapat bertahan.

tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula tempat bermanja
sekudus kasih tak pernah hilang
diingatan menjelma sentiasa

sabarlah teman, di mata ia hilang
dihati masih ada kesan kasihnya
jangalah berhiba diulang-ulang
semoga dia bahagia di sana

Al-Fatihah buat isterinya

Wednesday, April 14, 2004

Kucing


Masa Etot ada dulu aku tak suka berlama-lama di ofis, cukup jam aku mesti balik. Kadang-kadang rehat jam 1, juga aku balik. Ini kerana aku amat mengasihi Etot, aku rasa rindu bila lama meninggalkannya. Etot teman terbaik aku.
Sejak kehilangannya aku jadi malas nak balik cepat-cepat, nak nak pulak kalu Cik Deen keje petang, baik aku duk ofis.
Tapi dua malam sudah, tuah bagaikan bergolek kepangkuan kami. Deen jumpa anak kucing di tinggalkan di belakang ofisnya dan seperti biasa Deen akan jadi seumpama Alam Flora yang mengangkut benda-benda terbuang, tapi Deen kutip benda yang bernyawa saja tau. Ini kali ketiga Deen kutip anak kucing terbiar. Tapi yang ni special sikit sebab kucing tu jantan (aku kan suka yg jantan je....Deen kata aku pilih bulu!)
Anak kucing tu ada la sebesar tapak tangan, belum putus susu lagi gamaknya. Sian dia asyik menyondol-nyondol semacam mencari puting susu ibunya. Aku akan bela dia.Tapi aku rasa aku tak boleh nak sayang dia sebagaimana aku sayangkan Etot. Etot tetap istimewa di hatiku. Sayang Etot, rindu Etot.
Upsss...apa aku nak nama kan si kecik tu ye, la ni aku panggil dia 'keciq', nanti dia besar aku nak panggil apa ek?

Monday, April 12, 2004

Sakit

Entah kenapa sejak dua menjak ni selalu sangat aku sakit otot, kejap sakit leher turun ke bahu terus ke tulang belakang. Nak pusing leher pon dah macam robot. Kadang-kadang leher tak sakit pinggang pulak, lutut pun semacam aje mengalahkan nenek 80 tahun. Pi klinik dapat nya ubat tu tu le jugak, terkucil pon dah bau ubat. Deen kata tak pe sakit selalu, cuci sket dose tu. Ye le aku pon idak le nak menyalah kan takdir, semua yang jadi tuhan yang kasi. Cuma aku pelik memuda lagi dah sakit otot. Doktor pun senyum-senyum bila aku kabo aku sakit lutut.
Aku ni bila sakit aku jadi sedih, bila sedih aku bukan ingat suami tapi aku ingat mak kweng kweng kweng....sekadar alasan utk balik kampung!

Friday, April 09, 2004

Terbedosa

Selain maksiat, MENGUMPAT merupakan dosa yang paling orang suka buat.
Ibarat menggaru kurap, makin di digaru makin sedap!
Bagi yang suka ngumpat, juadahnya bertambah enak jika yang jadi pendengarnya turut jadi nasik tambah, semakin meriah le suasana makin berjela le cerita!
Eloklah di jauhi orang seperti ini, kerana jika kita tak mahu terkena percikan api jangan lah berkawan dengan si tukang besi.
Aku nak kaitkan citer ni dengan 4 golongan manusia yang aku penah jumpa sepanjang idup aku yang dah lebih dari suku abad ini.

Golongan Pertama :
Orang yg memang hobinya mengumpat, ada saja hal orang yang di ceritakannya. Tak penah surut idea. Tapi orang ini mengumpat kat belakang aje, kat depan kite mulut dia lebih manis dari gula. Orang macam ni ramai kawan, tapi dia la yang akan melaga-lagakan kawan-kawanya itu – bahaya orang jenih ni!

Golongan Kedua
Pun hobinya mengumpat ditambah pula sikap suka melesser, ini org tak kira depan ke belakang ke dia belasah je. Orang pesen ni biasanya tak ramai kawan – akupun menci orang macam ni

Golongan Ketiga
Tak suka mengumpat, tak penah amik pusing dan menyebuk hal orang, cakap pun yang patut-patut aje – aku suka orang macam ni


Golongan keempat
Tak suka mengumpat, tetapi terpaksa mengumpat atas sebab-sebab tertentu – sian


Insyaallah, setakat ini aku bukanlah dari golongan orang pertama dan yang kedua.
Malah aku sangat berusaha untuk berada di kalangan orang digolongan ketiga.
TETAPI adakala (selalu juga) aku terpaksa menjadi orang digolongan keempat.

Apabila seorang aku berhadapan dengan orang dari golongan kedua, maka dgn automatiknya aku jadi orang digolongan keempat. Ini yang aku tak suka, aku tak suka sebab aku terpaksa mengata orang. Heiiii geramnya.
Inilah yang terjadi pada aku Jumaat lepas, seseorang telah melesserkan aku depan khalayak – aku dimalukan, lalu aku pun termalu, bila aku malu aku jadi bengang, bila bengang aku kata yang buruk-buruk pasal dia depan khalayak juga. Haaa....kan dah sama aje aku ngan dia! Hati tengah baran mana ingat dosa, yang penting aku dapat cover malu. Padan muka dia, padan muka aku juga!

Aku rasa bersalah, aku menyesal. Orang bersalah perlu minta maaf. MAAF! Ho ho no way, ini jam kalu usahkan aku nak minta maaf, nak pandang muka dia pun bukan setakat lubang idung je bebulu, bijik mata itam aku ni pun berbulu tengok dia. Tunggu le raya nanti baru aku mintak maap.
Wahhhh maka seronok le segala setan-setan yang ada dikeliling ni menari rap, hip hop, cha cha, zapin semua ade kerana meraikan kemenangan mereka menewaskan aku.



p/s - ambik le iktibar mana yang patut

Friday, April 02, 2004

Bukan Belas Bukan Simpati - Yang Nyata Kami Mengerti

Apa yang sebaiknya kita ucapkan kepada teman yang sedang di timpa dugaan? aku sebenarnya malu utk menyuruhnya bersabar, kerana aku takut jiwanya makin pilu tatkala mendengar perkataan sabar itu.
Bagi aku sendiri tatkala bersedih aku akan bertambah sedih jika ada org menyuruh aku bersabar, tapi aku harap dia tak seperti aku, aku harap dia lebih kuat dari aku.
Aku harus menyapa jiwanya dengan kata-kata semangat agar dia tidak rasa bersendirian dalam meniti kegetiran ini.
Ya Allah kurniakanlah dia ketenangan dan kekuatan dalam menempuh setiap ujian dari Mu, berilah hanya yang terbaik buatnya - Amin