Thursday, January 20, 2011

Cinta Yang Manis


Jangan tawarkan cinta
Dari bibirmu
Kerana kau mungkin akan terlupa
Dengan apa yang kau ucapkan.
Sebaliknya,
Berikan aku cinta
Dari lubuk jiwa
Kerana ia tanpa ada paksa
Dan lebih tulus kasih sayangnya.

Jangan tawarkan cinta
Dari pandangan mata
Kerana kau mungkin terkhilaf
Dengan paras rupa.
Sebaliknya,
Berikan aku cinta
Dari rasa iman
Kerana ia berpandu taqwa
Dan kita akan lebih bahagia.

Kasih,
Tawarkan aku cinta
Berikan juga aku cinta
kerana sehaluan bicara
janji yang seia sekata
Kitakan bisa bersama
Menempuh segala gelora

                                                                       adinaduana/20012011

Wednesday, January 19, 2011

Thursday, January 13, 2011

Tengah banyak duit "yang tua nak ke Mekah, yang muda gatei nak menikah..." kata Mr. Os

Tersenyum manis makwe-makwe pemain bola ni agaknye...ye la pakwe dapat durian runtuh..boleh la kawen cepat..tapi awas anda juga perlu risau kerana khabarnya ada artis-artis wanita mula memberi perhatian terhadap pakwe-pakwe anda ini muahahaaa...kot-kot la..


-sumber hmetro-


INFO: Pecahan insentif Piala Suzuki AFF


Kerajaan
RM50,000 unit Amanah Saham Wawasan setiap seorang
RM10,000 insentif setiap seorang
Skim Hadiah Kemenangan
Majlis Sukan Negara (MSN) - RM5,000 setiap seorang
Negeri

Kedah - RM5,000 (Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Khairul Helmi Johari, Mohd Sabre Mat Abu, Mohammad Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan)
Terengganu - RM5,000 (Mohd Sharbini Alawee Ramli, Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad, Norshahrul Idlan Talaha) dan satu lot tanah seorang
Perlis (Yayasan Pok & Kassim) - RM5,000 (Amar Rohidan)
Kelantan - Rumah (Khairul Fahmi Che Mat)
Perak - RM10,000 (Mohd Safee Sali)
- RM5,000 (Mohd Sabre Mat Abu, Mohamad Fadli Mohd Shas)

(sumber-bharianonline)

-sumber utusan-
Harap-harap sangat skuad harimau ini tak mengulangi sejarah skuad Piala Thomas 1992...dapat habuan mewah, berarak sana-sini berbulan-bulan akhirnya piala kebanggaan itu terlepas bagai 'pergi tak kembali lagi' kui kui kui...
 
 
pssstt...M. Nasir kata lagu Ana Rafali menang sebab lagu tu bersifat personal dan lahir dari hati! humangaihh pasai pa dia dok kata cam tu...'ohh sebab Ana Rafali tulis seniri, cipta seniri dan nyanyi seniri..., eh tapi si Yuna bukan pulun semua ka ciptaan lagu tu? pasai pa tak bagi menang...'   mak konpius nyahhh...patutkah mak bertanya  'sama itu hud-hud?  (maaf lari topik!)

Thursday, January 06, 2011

Penutup 2010 (Part 2)

31.12.2010

Akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke Pusat Pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah, Temerloh, Pahang. TERUJA! sebab dari tahun 2005 angah mengidam nak bermanja-manja dengan si manja ni..

Gambar menceritakan segala-galanya. Let's Go!

Macam besa la sblom apa-apa posing dulu...mesti mau..

Ni dalam bilik pameran, di sebelahnya bilik tayangan dokumentari mengenai operasi menyelamat sang gajah


Ni gajah pertama yang menjadi mangsa sebagai prop utk kitaorang bergambor..kui kui kui


ops ops..sabor la gajah...ok redy..peace..




Gajah dimandikan sebelum dibenarkan membuat aksi


Nak bagi gajah makan tapi takut-takut dan geli..


Ni paling besh...tapi satu pusingan je, sebab ramai orang nak naik dia..Yang angah naik ni gajah yang paling tua di pusat ini, umur dia dah 72 tahun..kulit pon dah kedut dan sopak

ni aktiviti yang besh jugak tapi angah tak joint sebab takut tenggelam hahaha..

Memandikan gajah, kebetulan pulak dapat mandikan gajah yang berasal dari Kuala Kangsar. Nama dia Siput, sebab dia di jumpai di Sungai Siput KK. Nakal tau si Siput ni, dalam duk golek-golek mandi dia melabor plak...mencicit kami lari ciss

Ni la si Siput dengan instraktornya. Siput ni paling muda umur dia baru 5 tahun..comell


Mai la sini..tak kena bayaran cuma donate seikhlas hati..

Dan kala senja 31 Disember itu genap la lapan tahun kami menikah...:D

Wednesday, January 05, 2011

Penutup 2010 (Part 1)

26 Disember 2010



Sepertimana pertama kali pergi ke Zoo Negara awal tahun 2010 nan lalu, ke KL Tower pun sama la jugak…firstime pegi walaupun dah berbelas tahun aye duduk kat KL ni.
Apa yang menarik? Tak de la menarik sangat pon, apatah lagi bayaran masuknya agak mahal bagi org berkategori miskin badar macam aye ni..kui kui kui…
Aye kata mahal sebab aktiviti dia ala-ala ‘sendu’ je, bayor RM38, beratur panjang tunggu turn naik lif, pas tu sampai atas, tengok view tak sampai berapa menet dah abis pusing..





Pas tu turun bawah semula, kita diberi pilihan sama ada nak masuk ‘zoo’ atau ‘Kampung Budaya 1 Malaysia…aye pilih masuk kampung..





Kat luar kawasan menara tu ada la jugak pameran-pameran, kereta kuda, kuda padi untuk ditunggan oleh kanak-kanak riang..








Itu saja...lawatan sambil belajar..kali ini..:D


Jumpa lagi..Che Din kata, bila ada anak nanti kita mai lagi... aye kata - sila pastikan anak itu adalah anak dengan saya hahahahaha...