Thursday, March 31, 2011

Lelaki, Kenderaan dan Kemalanagan

Sudah dengar berita pagi tadi?

Pemandu lelaki lebih ramai terlibat kemalangan berbanding pemandu wanita.

Pelik la pulak....
sebab aye selalu dengar pemandu lelaki selalu kata
pemandu wanita 'tak pandai memandu'.
Maksudnya pemandu wanita memandu secara berbahaya,
selalu tak bagi signal la,
potong suka-suki tak ikut lorong la,
itu la.. ini la....
Hakikatnya ada kebenaran dakwaan pemandu lelaki ni...
sebab kat opis ni pun ada kengkawan perempuan bila aye numpang kereta dema, mak aih...rasa macam nak tercabut nyawa....
Tapi alhamdulillah setakat ini deme tak ada la lagi terbabit kemalangan
(minta di jauhkan...)


Kasihan pemandu lelaki..
memandu secara berhemah pun ramai yang  kemalangan juga..
mungkin ada 'unsur' lain yang menyebabkanya?

Ya..YB Datuk Bung Mokhtar Radin!

Wednesday, March 30, 2011

"nak berkenan kat sapa ntah!"

Ada Peminat American Idol tak di sini?
Atau yang lebih tepat, ada peminat American Idol yang baca blog aye? hahahaha.. perasan sikit ye...

American Idol 2011, dah mula, dah tengok dan sedang tengok...
tapi...tapi..


dah tinggal 11 peserta, aye masih belum ada calon untuk diminati huhuu...(penting ker?)

*******

oh mungkin! mungkin aye masih terkenang-kenang peserta favorite aye musim lalu..
mari kita imbas SI DIA yang aye suka...



Kenapa aye suka dia?
Sebab Rambut???

owch! walaupun aye suka dekat si dia yang tak berambut, kadangkala aye suka juga pada si dia yang berambut!

Monday, March 28, 2011

Mainan Hidup

Berkata pada diri:
jangan hendaknye tewas
kala bermain emosi,

Hidup memang tak semudah
yang diimpi
dalam anganan
berpijaklah pada garisan nyata
agar diri bersedia
siap siaga
sentiasa!

Friday, March 25, 2011

1 Hari 1 blogger The Faceblog

Ape ke bendanye ni?
ha....ni khusus utk blogger-bloger yang tak berapa nak terkenal la, macam satu komuniti utk 'menjual' blog para blogger supaya lebih dikenali dan memancing lebih ramai pembaca dan mungkin juga followers.

Kenapa angah ada blog ye?
oh.sejarahnya..dolu-dolu angah ada join forum 'jalinan Keluarga', lepas berapa ketika laman forum tu macam dah tumbang dah tak bleh nak sembang, jadi ahli-ahlinya pakat-pakat la buat blog supaya silaturahim yang terjalin di 'jalinan keluarga' tu terjalin selama-lamanya.

Blog angah ni lebih kepada cerita seharia-harian saja dan lately suka letak gambar-gambar sebab dah rasa macam pandai nak jadi phographer..(perasan je ni)

Guna nama 'angah' kerana angah anak no. 2 dalam keluarga, dan blog ini bernama 'swang-swing' kerana mengabadikan sifat angah  yang ber'mood'  mudah terhayun ke sana-sini ...gitu la ceiternya..

Wednesday, March 23, 2011

KL - Taiping - Kuala Kangsar - Cemeron - KL

Penat! balik kampung memang begitu..., sebab tak duduk diam di rumah. Baik di kampung mertua apatah lagi di kampung sendiri..tapi macam biasa la besh tak terkata...

Kampung Mertua:

Ronda-ronda Taiping. Gi Muzium..






binatang yang dah ter'awet'

laluan tasik yang sungguh menyamankan...

Meredah pokok pokok bakau...nak pergi makan mee udang kuala sepetang

tapi frust la, sebab dah tak sedap macam dulu-dulu...mungkin stok udang segar tak de kot, maklum le tsunami kt jepun, udang kat malaysia pun ilang..


Kampung Sendiri:

Langsung tak duk umah...berjalan saja...tapi tak dak amik gambo, sebab simpan bateri kemera utk berposing di Cemeron...

Here we go...





Nak beli semua..bole dak...

akhirnya hanya dpt membeli sayur-sayuran je..


 Sangat suka datang ke sini...:D

Monday, March 14, 2011

Japanese Earthquake / Tsunami TV Coverage March 11, 2011

Apabila Allah Berkehendak Demikian...maka terjadilah ia..





Semoga mendapat iktibar yang baik daripada apa yang berlaku..

Friday, March 11, 2011

Bersama Bintang-Bintang!

Bintang?
ya "bintang"
tapi bukan bintang di langit
bukan bintang realiti
bintang sukan pun bukan...

TAPI...

Angah bersama bintang-bintang POLITIK!

tak percaya...?

Ya! Angah mahu jadi calon dalam pilihanraya pada suatu hari nanti, jadi mulai sekarang lah Angah kena berkenei-kenei ngan orang-orang politik!

Hihihihi...


Anda kenal mereka ini?


inilah ahli-ahli politik yang Angah jumpa : Wakil PKR, YB Nurul Izzah (Lembah Pantai), Wakil BN, Dato Saifuddin Abdullah (Timb. Menteri Pelajaran), Wakil PAS, YB Nasir (Padang Terap) dan Datuk Mahazir Khir (mantan Timb. Menteri Pelajaran)

Oleh sebab Angah malas nak ke pejabat-pejabat mereka, jadi merekalah yang datang ke tempat Angah... well....

"Ek elehh.. sudah lah Angah!"

Muahahaha...seronoknye  verangan...kana kan kan...

Sebenor-benornya diaorang ni datang ke Fakulti Angah kerana ada forum tentang pilihanraya ke-13...eh eh ..sejak bila pulak hal-hal politik boleh masuk UM ni?

Ya, UM sekarang sudah ada pusat yang diberi nama UMCEDEL, yang menjalankan penyelidikan tentang pilihanraya di Malaysia, oleh kerana pengarah pusat ini adalah Dekan Fakulti Angah, jadi secara tak langsung banyaklah aktiviti dijalankan di Fakulti Angah.. gitu la ceritanya...

Sebagai seorang jurufoto di Fakulti jadi Angah telah menyalahgunakan kuasa Angah untuk merakam foto sendiri bersama bintang-bintang ini...

sila lah tengok....


Bersama Tan Sri Pengerusi SPR, Malaysia

Hensem la Datuk ni...

Datuk ni pun hensem juga...

YB Nasir ni bekas studen UM, sungguh pandai dia berpidato!

Puteri Reformasi (dulu la..)

Ni staf-staf FSSS yang bertugas..

Thursday, March 10, 2011

Bestnya Kayuh Basikal!

Ini basikal

Ini Angah tengah kayuh basikal. Fuh! lama giler tak mengayuh benda'alah ni. Last yang betul-betul kayuh ni masa jaman school dulu, ada la dalam berbelas-belas tahun nan silam...

Yang sebenornya, banyak tunda basikal daripada kayuh basikal, sebab kawasan ni sangat berbukit-bukit...tak larat weh...sengal lutut!





Ni menara tinjau kot

Tasik yang menempatkan ikan sangkar..

Berpeluh-peluh dan sangat rasa sihat!
Mesti pergi lagi!

Wednesday, March 02, 2011

Menyorok, Tersorok Atau Disorok?

Apahal la pulak...benda yang hari-hari duk pegang duk bukak duk simpan, tetiba pada satu masa hilang! jenuh cari tapi tak jumpa.

Pernahkah tuan/puan mengalaminya?

Ni la yang jadi kat angah semalam kat opis, sampai naik rungsing, naik pening macam rasa nak muntah!

Al-kisahnya, fail yang hari-hari angah duk kemaskini hilang dari pandangan. Tak kurang 4 ke 5 kali kirai kabinet, haram tak jumpa! Kabinet lain yang tak berkenaan pun habis kena kirai, idok jumpa jugak.

Aduhhh...mula hati ini mengesyaki macam-macam, ada org lain ambik la, ada org nak sabotaj la, tak pasai-pasai  buat dosa je mengesyaki yg bukan-bukan.

Teringat kata orang-orang tua, kalau kita mencari sesuatu tapi tak jumpa, tinggalkan dulu, buat la kerja lain dulu, buatlah apa-apa yang lain selain mengingatkan benda yg tak dijumpai tu. So angah pun rilek-rilek dulu...

Nak jadi cerita budak Ida,yang memang rajin interframe dlm mana-mana wayang kat opis ni baik hati nak tolong cari...angah kata kalo ko jumpa memang la ko terer. Berpeluh juga la ketiak  dia memunggah kabinet huhuhuhu...

Akhirnya! memang la budak Ida ni boleh jadi superhero, JUMPA fail tu! padahal angah dah cari dah kat tempat yang sama!huhhuhuuu...terpaksa la angah menadah telinga mendengar dia berkata-kata dengan RIAKnye sebab jumpa fail tu ....adoiiila..

Amik ko angah! kan dah berdosa mengesyaki yang bukan-bukan! Ampun, ampun, ampun...

Yang baju hijau ni la budak tu! hihihi... apapun tocei Ida!