Thursday, December 24, 2015

Jom Banyakkan Berselawat



Assalamualaikum kawan-kawan,

Selamat bercuti, selamat memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Dikongsikan yang berikut untuk ingatan kita bersama...


  Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]


Waktu Afdhal Berselawat

·        Masa paling afdhal dituntut berselawat ialah:

·        Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.

·        Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.

·        Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.

·        Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.

·        Di akhir qunut dalam solat.

·        Di dalam solat jenazah.

·        Ketika masuk dan keluar dari masjid.

·        Setiap waktu pagi dan petang.

·        Hari Khamis malam Jumaat.

·        Sepanjang hari Jumaat.

·        Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

 

Perkongsian :http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/01/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan.html

 

Wednesday, December 16, 2015

Dah Buang Sys dan Fibroid


Assalamualaikum....Aumm Cak! hii..
 
hai...apa kabor kawan-kawan, di doakan semoga berada dalam peliharaan Allah azzawajalla hendakknya
 
Hampir sepurnama blog tak berupdate ye, blog pon MC macam tuannya...ni la kisahnya...
 
Hari ini genap 3 minggu diri ini di operasi kerana membuang segala neka tumbuh-tumbuhan yang menginap dalam sistem peranakan sejak 2012. Myomectomy nama pembedahan tu.
 
Setelah bersetuju untuk membuat pembedahann, maka berlangsunglah pelbagai prosedur, ct scan, rawatan anemia, rawatan hard bleeding dan suntikan lucrin.
 
Suntikan lucrin ni paling memeritkan, ia diberi 3 bulan sebelum pembedahan dengan tujuan mengecutkan fibroid dan sys. Suntikan ini berfungsi menghentikan period dengan kata lain memenopause sementara sehingga hari pembedahan. Sementara menopause tu, maka tiada peningkatan saiz fibroid, sebab fibroid ni mendapat zat untuk membesar daripada hormone yang menghasilakan darah period.
 
Yang peritnya bukan sebab menopause, tapi simtom-simtom menopause tu yang tak tahan, kaki bengkak, sakit segala sendi...badan jadi panas tak tentu hala, selang setengah jam badan akan lecun dengan peluh walaupun berada dalam aircond...tak selesanya rasa..Allah saja yang tahu
 
Ini kali kedua membedah untuk membuang tumbuh-tumbuhan tu, tahun 2009 membuang sys di dalam ovary, kali ni agak sulit sikit sebab bukan sys saja, malah fibroid. Bedah pun membabitkan banyak luka, perut opkos luka, rahim pun luka sebab fibroid tu duduk dalam rahim..fuhh...
 
Hasil dapatannya, sebiji fibroid sebesar 5cm dikeluarkan dari dalam rahim, berbiji-biji saiz kecil di perrmukan rahim, sys di dalam ovary dan dinding rahim...meriah betul...
 
Sedikit info tentang cara pembedahan yang melibatkan Rahim atau ovary, ada orang hanya ditebuk 3 lubang di perut, ada orang di bedah melintang di bawah pusat dan angah dibedah secara menegak. Doktor kata, cara pembedahan yang berbeza itu adalah disebabkan bentuk dan kedudukan rahim....azab sikitlah bedah menegak ni, nak bergerak susah, luka pun lambat baik, tapi itu saja cara terbaik dan sesuai dengan kedudukan rahim angah ni.
 
Pasrah dan redha dengan apa yang dah berlalu, bedah kali pertama, bedah kali kedua.... namun sangat berdoa untuk tiada yang kali ketiga...serik tau bedah...sakit
 
opss..dah lah mengenang sakit tu ye dak, semua nampak ok sekarang, harap ok sampai bila-bila. namun treatment suntikan lucrin tu akan masih berlansung untuk tempo 6 bulan akan datang, ia untuk mengelakkan kebarangkalian fibroid dan sys tu berulang dengan cepat...well...gitu lah...mak pasrah..
 
Ok kawan-kawan, panjang umur jumpa lagi.
 
Wassalam.