Thursday, March 29, 2012

Berdengung!


Hari mendung
buat hati jadi murung
banyak perkara hendak dihitung
bikin jiwa rasa  melambung

Entah apa yang terkepung
dalam benak tak terbendung
jangan sampai  kaki tersadung
silap gaya  berdarah hidung

Rasa cuba nak berselindung
walau air mata berladung
kalbu berduka tak terhitung
tak siapa tahu nasib dan untung

Pahit dan manis berkait hubung
duka dan bahagia sambung menyambung
biar apa yang datang merundung
jangan biar diri rasa tersinggung

adinaduana/29032012

ok...dah apdet  dah apdet...

Tuesday, March 27, 2012

Lembaran Terakhir (Allahyarham Dato' Ahmad Jais)

Sedap pulak lagu ni versi dangdut. Dah tak de apa angah nak updet, moh le kita dengor lagu ni. Kawan-kawan gelakkan angah kerana berjiwa tua kerana dengor lagu-lagu gini, bior le...deme, dema tak tahu angah ni klasik suke, hevy metal pun suka kikikiki...



Al-Fatihah untuk Tok Mat Jais

Tuesday, March 20, 2012

Mood Tertinggal Di...

Di mana? 
opkos le di kampung ku yang terchenta..uhuk.. rase tak mo balik KL yuolss
Jujurnya walaupun dah kembali bekerja tapi hati nurani masih melekat melekit dengan rasa riang ria ketika berada di kampung halaman.


What to do? ada tak sesaipa yang berkoje di perak nak tukor suka sama suka ngan angah? angkat tangan...bestnye kalo ada!


Mama dan abah semakin dipanjat usia, kesihatan pun sering turun naik tak menentu, jadi hati ini bagai digamit-gamit untuk berada di sisi mereka. Semoga Allah memberi jalan yang mudah untuk angah dan adik-beradik   mencurah kebaktian yang lebih kepada orang tua kami.


Kepulangan bersendirian tanpa che din memberi peluang angah berada hanya di kampung sendiri, tak perlu berebut dua kampung yang selalunya banyak masa habis di tengah jalan je. So balik kali ni sangat best kerana berkesempatan bertemu dengan semua adik beradik, ipar duai dan anak-anak buah.


Jom kita tengok gambor sket...


tiga beradik ni kalo jumpa mesti banyak plan
kumpulan the sisters...yang kuat jalan-jalan & shoping

 dah bertambah sorang ahli kumpulan, anak buah yang paling sulung

3 + 1

 Alya, anak buah paling bonsu..setakat ini la


Aqil, ni la anak buah yang paling nakal


ni abah, kurang best sikit keadaannya, sepanjang kami ada kat kampung, 2 kali pi hospital. Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepada abah kami, sembuhkanlah oenyakitnya...amin

Wednesday, March 14, 2012

Balik Kampung Yey!

Sebentar lagi mau pulang ke kampung, doakan perjalan menaiki bas Transnational selamat..

Selamat tinggal Che Din untuk beberapa hari, jangan nakal-nakal, love you muahhhhhh

See ya! kawan-kawan

Tuesday, March 13, 2012

Leka Yang Mengundang Padah

Al-Fatihah Buat Adik Nurul Nadirah Abdullah
Abadi dan mewangi kamu di Syurgawi

Angah sungguh bersimpati pada ibu Dirang kerana seharusnya dia lah orang yang paling menyesali apa yang terjadi. 

Tak payah jauh, di keliling-kelalang angah sendiri pun banyak komen-komen dan spekulasi berbaur negatif dilemparkan kepada beliau, itu belum lagi di blog-blog dan forum-forum...

Angah pun pernah terfikir begini:-

"jam sebelas mengadap Facebook,bukan nak siapkan sarapan untuk keluarga?"

'oh, apa la yang ada dalam fikiran dia sehingga sanggup menyuruh budak 5 tahun pergi ke kedai sendirian?"


itulah  pandangan  kebanyakan orang luar macam angah ni, tapi nak buat macam mana, dah nak terkena kan? 

Semoga menjadi pengajaran kepada semua ibu-bapa, sentiasa ingat 'ada mata asing yang memerhati' setiap langkah anak anda. Tolonglah!

Monday, March 12, 2012

Assalamualaikum, Salam Ceria!

Walaupun bumi Kuala Lumpur agak mendung pagi ini, diharap kawan-kawan semua tetap ceria dan senyum-senyum selalu.

Moh kita nyahkan mood Monday blues yang kelabu ini...:D



Thursday, March 08, 2012

Selamat Jalan SBPA!

Huhu semangat angah gi PICC, nak jumpa Tuk Najib kunun...last-last duduk dalam dewan yg hanya ada skrin putih je..


Apa macam? suka ke tak suka SBPA ni dibatalkan? 
haha kot-kot ada yang gelak dlm tangisan ada juga juga yang nangis dalam gelak tawa?


pada angah ALHAMDULILAH...daripada naik puluh-puluh  je, dapat up sket ke  ratus-ratus..


Datuk Obama A.K.A Omar, dah pandai buat lawak dah Datuk ni, asik gelak je dengar statement dia


Lega la Tuk Najib, 
kalo idak jenuh...nak jawab isu 'jurang' lebar kenaikan  Jusa dgn staf bawah

Saturday, March 03, 2012

Bukan Milik Selamanya

Suatu masa
semua akan pergi
tiba masa
semua akan meninggalkan


Cuma yang ada
hanya saat, waktu dan masa
untuk dilewati
selagi hayat bernafas
di tirai usia


...adinaduana/03032012