Sekuat Jiwa, Sedalam Kasihnya - aku ingin!
Siapa menyangka
dalam riak ceria, dalam riak mesra
diwajahnya- dimana-mana, dgn. siapa-siapa
sebenarnya dia sedang diduga
Aku tidak mengorek rahsia
tapi keakraban membuat aku
dengan sendirinya tahu
tentang hidup dan kehidupanya
walau sedikit.
Dia tak menjaja cerita
dan aku tidak membelinya dengan simpati
tapi dengan doa
keikhlasan persahabatan
mengikat hati kami dan teman lain
lalu dia mendapat semangat
dari keperihatinan teman-temannya.
Bak pepatah
berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul
dia memang kuat
aku ingin belajar darinya
ilmu-ilmu ketabahan hati
petua-petua kekuatan jiwa
supaya aku boleh redha
sepertimana redhanya dia
menerima setiap aturan takdir utknya
aku ingin....
Sedekad diijabkabul
masih berdua tanpa cahayamata
dia setia, sesetia malam pada siangnya
dan aku yakin
bahawa dia yakin rezekinya ada
dan akhirnya
dia mendapat hadiah utk kesabarannya itu
sedang kau, baru setahun cuma
sudah lelah berusaha
sudah panas telinga
menahan kata nista
aku tak ingin begitu
tapi begitu lah aku
kalau boleh hendak kubeli kesabarannya itu....
dengan apa hendak kubayar?
Dia memang sabar,
isterinya di duga SLE, sejak lama dulu
tapi dia tetap dia
tabah dan setia
dan aku
terus mewangikan doa
selayak orang yang mengaku sahabat
"semoga diringankan bebanan hatinya
semoga diringankan kesakitan isterinya
semoga dikuatkan anak-anaknya
sepertimana kuatnya ayah mereka"
Aku percaya
seberat mana dia diduga
dia tetap dia
tak pernah lokek hati
pada manusia,keadaan dan dunia kelilingnya
semoga dimudahkan urusan hidupnya
Amin.
..................................................angah.
Saturday, February 28, 2004
Thursday, February 26, 2004
Result STPM Ana
Baruuu sat tadi dapat call dari adik, aku dah agak dah apa yang dia nak kabor kat aku, sebelum sempat dia cakap apa-apa kami dua-dua dah gelak. aku gelak sebab nak sembunyikkan kecut perut, adik gelak aku tak tahu kenapa. "kenapa ana tak tepon seniri? Ana blom balik skolah lagi kata adik. Abis mana adik tau result dia? dia tepon dr sekolah, oohhhh.
Aku nak cakap seniri ngan ana, aku tepon rumah mak jam 16.10, sib baik ana dah balik, wahhhh enjoy sakan jumpa kengkawan, jam 8 pagi dia pegi jam 16.00 baru balik, aku tepon dia bukan nak marah dia, tapi aku nak ucap tahniah. walaupun tak penah pegang buku kat rumah dia still lulus penuh, aku cakap kat dia kalu ana rajin study kat rumah result ana dah tentu lebih baik dari ini. Memang le...katanya. ermmmm gitu le si farhana, penuh dengan keselembaan.
Norliza Farhana (Ana @ Chik Na)
BM = B
PA = B
Sejarah = B
Ekonomi = C
MUET = 3
aku ngan lope (anak sulung mak aku) ambik 5 subjek, tak tau kenapa ana ambik 4 aje...aku penah tanya, tapi jawapannya begitu 'rock' jadi ia tidak memberangsangkan aku utk bertanya lagi.
Sabtu ni result SPM adik lak kuar, tak tahu le nasibnya, mudah-mudahan dia berjaya dengan cemerlang....

Erk..eh..ha? em...huhh...
Behnyer duk kat tengah laut, mandi-manda, berenang-renang, berhanyut, melambung-lambung di gulung ombak sorang-sorang, sendiri-sendiri tanpa dilemaskan arus...boleh? Wei...boleh ke tak lemas.... kau bukan ikan.
Eiii....behnyer jadi ikan, beh ker? beh la kot eh ntah tak tau tak penah jadi ikan. Ikan o ikan kenapa kau tak timbul? macam mana aku nak timbul perut aku kenyang, perut aku kenyang. Lapor nanti baru le timbul...kay...
Apa behnyer jadi ikan? ermmmm....ikan ni berani, dia tak takut pergi ke dasar laut yang dalam, dia tak takut di pukul ombak yang menghempas pantai. Kalu malas berenang, diam aje tapi dia tak kan lemas. Nak idup pon senang, nak makan carik je kat keliling, tak yah gi opis.
Beh Kan? tiap-tiap bulan tak yah tunggu gaji, nak duit kene beratur nak cocoh kad plastik kat celah simen ajaib tu, dah dapat duit kena bayar itu kena bayar ini...semue ikan tak yah buat....he he he......beh nyer jadik ikan
Dei...apa da ko merepek ni, bangun, bangun,bangun la woi...jentik idung sket. Ha dah sedar?sedar dah? emmm alahai...angah
............................................makan ikan kerapu, angah tengah merapu

Tuesday, February 24, 2004
Syurga Di Hati Kita
Meniti hari bersamamu
seakan tak teranjak waktu
seperti baru, seperti dulu
walau masa sebenarnya telah berlalu
kau aku tahu.
Seiring masa yang telah beredar
ada sesuatu yang telah kusedar
berdua tak semudah yang ku gambar
adakala hidup dilanda debar
perlu ada sabar.
Tatkala bahtera dilanda badai
terasa cita tak mungkin sampai
ke destinasi yang hendak dicapai
dengan pedoman taulan handai
mekar semula hati nan damai
arah tuju kembali digapai.
Moga mekar hanya yang indah
mohon dijauh segala yang gundah
bunga-bunga cinta siap digubah
kasih sayang bersulam sudah
kau aku pasrah.
Rindu, kasih, sayang bergaul rata
selamanya teracu kuntum cinta
begitu syurga di hati kita
janji se'ia sekata
bahagia tak terkata.
........................................21/2/04 : 23.20
saat suamiku belum pulang
etot pula dah lama hilang
dulu etot ku ajak bersembang
sampai dia tumbang zzzzzzzzzzzzzzz

Labels:
PUISI
Friday, February 20, 2004
Kasihan anak-anak itu...
Aku hangat hati betul la, rasa benci sesangat,
betul-betul punya benci, sakit hati
serasa mahu pecah dada bila telinga aku ni
dijentik berita itu...
'seorang bapa dijatuh hukuman penjara atas kesalah merogol anak kandungnya... SUMBANG MAHRAM LAGI!!! Hei... whats going on man.... macam sial, bodoh nak mampos!
Kamu bukan setakat 'babi' tapi setan laknat. Kalau terpegang babi perlu di samak, jadi jgn lah didekati babi itu, tapi kamu bukan setakat perlu di jauhi malah perlu dilenyapkan dari muka bumi ini.
Dunia ini hanya untuk disedut oleh nafas-nafas suci yang tahu tujuan dihidupkan di maya ini.
Bayangkan jika sebuah keluarga sedang menonton siaran berita, tiba-tiba dihidangkan dengan berita-berita sebegini. Dah tentu si ayah rasa maruahnya sedang dipijak-pijak lumat oleh kaum sejenisnya. Si ibu pula dah tentu tercalit risau dan mungkin juga dipagut curiga terhadap si suami dan anak-anak perempuan pula dah tentu disambar ketakutan, kesangsian yang tak ketentuan terhadap ayah dan saudara lelaki. Hal demikian sudah tentu menggugat keharmonian sesebuah keluarga.
Jika pasangan ibu bapa itu berlatarkan pendidikan tinggi sudah tentu mereka dapat menerima berita ini dengan sikap yang lebih terbuka, tapi bagimanapula hal nya dengan ibu bapa yang tidak demikian pendidikannya, yang tinggal di kampung-kampung tu, yang rata-rata masih menganggap hal ini sebagai tabbo di kalangan mereka. Pastinya cerita-cerita sebegini mengundang ketidakselesaanmereka. Ahh bangsat betul, habis rosak susu sebelangga, habis berlumpur kerbau sekandang. Ini semua setan tu punya pasal.
Aduhai kasihan anak-anak itu, dicemari pagar-pagar yang makan padi, tak sempat kering kain dia ampaian, mendung hitam mengundang hujan, lalu kemana lagi diri hendak menumpang teduh agar luka tidak menjadi kudis yang mecacat keseluruhan hidup akan datangnya. Tuhanku, berikan mereka penawar penyembuh derita, agar mereka kental tika dituba kata-kata nista, kerana org. lain tak bisa mengerti malah kadangkala tidak bersimpati. Nasiblah anak-anak itu, berat sungguh bahu yang memikul tapi itulah suratan buat mu.
Kami anak-anak yang bertuah, bukan sekadar diberi makan pakai dan perlindungan, malah masa depan kami menjadi agenda utama, dirancang atur agar menjadi manusia berguna. Tidak sekalipun ayah kami membenarkan fikiran kami rungsing melainkan dia yang akan menyelesaikan permasalahan kami selayak tanggunjawabnya. Tapi ayah kalian, meratah darah daging sendiri, langsung tak memikirkan masa depan kalian, memang kasihan
Kalaulah malang itu berbau, dah tentu kalian dapat bersedia dengan bengkung pertahanan diri, setidak-tidaknya dapat kau terajang , sepak atau tendang je bahagian-bahagian yang boleh menghentikan hasrat setan-setan itu. Malangnya .semua dah terjadi. Masihkah kalian yanag bersalah? Kasihan .nasiblah korang.
Setan itu hanya dipenjara 40 tahun tanpa di sebat. Umur 53 tahun dikira telah lanjut usia wah wah wah ..lanjut ye banyak ko punya lanjut ek..kalu dah larat merogol tu, setakat sebatan tu apalah sangat berbanding apa yang akan menunggu ko kat akhirat nanti, siap le ngko . Setan yang lagi sekor tu padan le kena sebat, sesuai sangatle dengan badannya yang macam kerbau balo tu ha ha ha ha .. gendang gendut tali kecapi, berbirat punggung ngan libasan cemeti. Tu laaa..buat lagi.
Hai dunia akhir zaman macam-macam yang tak terjangka bisa berlaku. Ambillah iktibar, baik dari Allah buruk dari kita sendiri. Elok buat tauladan yang buruk buat sempadan. Kepada anak-anak itu, semoga kalian tabah meredah arus masa hadapan. Hidup mesti terus selagi nafas berhembus, esok masih ada dan yakinlah bahawa Tuhan tidak menduga hambanya dengan perkara-perkara yang tidak termampu, jangan bunuh jiwa kamu!

Wednesday, February 18, 2004
Mimpikan ETOT
Malam tadi rinduku kepada Etot sudah tidak terbendung lagi? Lantaran kerinduan itu, terpaksalah aku menatap gambar-gambar Etot dalam albumku sebelum lena menjemput mataku untuk beradu.
Lalu beradulah aku dalam ingatan kepadanya dan....dan...YA! aku bertemu Etot, aku jumpa Etot, ohhhhh gumbiranya hatiku tidak terkira, Etot masih ensem, masih gebu, telinganya, matanya masih bersih, bulunya juga terurus..hhuuuuulllaaa beh beh beh...kubelai, kuusap, kudukung, kucium sepenuh hati...sayangku Etot...sayangku Etot, sayangku, sayang...sayanggggg....YA sungguh sayang itu cuma dalam mimpi ...huarghhhhhhh......
Apakah maksud mimpiku ini? mungkinkah mimpi ini memberi tanda bahawa Etot akan kembali kepangkuan aku? Tapi....
Mimpiku semalam tidak berlaku dibilik sewa aku, sebaliknya berlangsung di rumah mak kat kampung! bukan main relek dia bergolek-golek atas katil mak aku dengan si adik. Wei...tak kan Etot cari aku kat kampung kot? uwah uwah..bisa panasaran aku memikirkanya.....
Semoga Etot masih bernafas di bumi fana ini, dan semuga dia berbahagia bersama isteri dan anak-anaknya.....I MISS YOU ETOT... kweng kweng kweng....
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Tuesday, February 17, 2004
Al-kisah di kampung - 11
02 Feb. 2004
Hari kedua di kampung....
Habis dah kisah sedih sayu dan pilu. Today i'm very hepy you know...pepagi dah pergi ke pasar di pekan manong, naik motor berdua ngan adik. Fuuuyuoooo...beh oo...bawak motor kat kampung, jalan clear nak laju, nak ke tengah, nak bawak menentang arus pun boleh..beh beh beh...dalam hati aku teriakkan dangan riaknya...'jalan ini aku yang punya ha ha ha aku punya...aku...' (buat bunyik sore jin dlm citer Ahmad Albab)
Upss! kami tak pakai helmet juga...! tapi aku bawak satu letak dalam raga...buat syarat eje, adik kata kalu tetiba polis meronda boleh pakai... ha ha ha...adik...kalu aku pakai adik nak pakai ape? ...yang penting driver, adik kat belakang tak pe polis tak nampak ha ha haa....adik nak tipu polis...
Sampai kat pasar, belilah semua yang mak pesan, 'pesan aje' dah tentu angah yang bayor eheks..., aku sebok pilih ikan, adik sebok tangkap kucing, dia kata nak bawak balik sebab apek jual sayur kat situ kata kucing tu tak de tuan, aku tengok kucing tu comel dan yang penting JANTAN!. Tapi sayang raga motor ku penuh ngan barang tak leh bawak kucing, adik merengek nak jugak, so aku janji nak datang sebelah petang ke pasar khas nak amik kucing adik kata ok...
dek kerana raga penuh, jadi helmet sorang kena pakai, aku tak nak pakai jadi adik le kena pakai he he he...korang bayangkan bila nampak orang naik motor berdua, driver tak pakai helmet yang bonceng pakai helmet.. ekekekekekeke....gilo punyo kojo!
**************************************************************
Tengahari
ermmmm nyam nyam... hari ni mak masak mee kari utk tetamu, mak memang pandai masak, aku puji bukan sebab dia mak aku tapi dia masak memang sodap! sebab tu mak cik esah, jiran sekampung upah mak masak di kantin sekolah (sekolah aku dulu...dan sekarang dah jadi 'sekolah dulu' buat ana & adik sebab deme tgh tunggu SPM & STPM) ana & adik pun keje kat kantin gak...tapi dema jaga kesyer dan mop lantai je, tapi adik dah berenti sebelum raya aji ni sebab tak larat mop lantai..alasan...sebenarnya hujung februari ni result SPM keluo dia segan kat cikgu-cikgi dia, ana plak relek aje sebab dia memang muka selamba...
Raya aji tetamu tak ramei sangat, jadi mee kari yang banyak tu aku boleh makan lapan kali, tambah berkali-kali lagi dan lagi. ahai....angah asal balik kampung aje gemuk he he he...tengah sedap....
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Petang
seperti yang dijanji aku bawak adik pegi pasar nak amik kucing, tapi sayang pasar dah tutup...aku lupe di kampung pasar bukak sampai tengahari je....oleh kerana pasar tutup aku jenguk dari luar aje, aku carik kucing kat keliling pagar tapi tak de...kesimpulannya kucing tu hanya duk kat pasar taim pagi aje .
mase balik kami singgah kat rumah pah sedara, tapi yang beh itu datang lagi bila diaorang tanya pasal laki aku, pasal apa aku balik sorang....tak beh tak beh....jadi aku tak nak singgah mana-mana rumah sedara aku lagi, bior le deme kata aku sombong asal hati aku tak sakit.....wa...cauuuu...

Saturday, February 14, 2004
al-kisah di kampung
1 Feb. 2004
Telah ku cuba utk senyum setiap kali di cabar dugaan tapi aku masih belum begitu kuat barangkali....w/pun puas ku asah hati ini agar tenang tatkala di uji. Ahhhh....kenapa air mata ini begitu murah, semurah semangatku saat itu. Aku sangka aku dah cukup 'Rock' utk tidak menangis tapi aku cengeng, sentimental balada rupanya... hai... angah, tak cukup teguhkah pasak ketabahanku , bagaimana lagi harus ku buat agar tidak mudah ditebak air mata? bagaimana? bagaimana ha...?
Weiiii....apa sebenor yang aku nak citer kat korang ni ha? huarghh...sebenornyer aku nak kabo bahawasenyer aku ni tak tahan kena S.I.N.D.I.R.....
Hah? kene sindir? laaa....itu je, ingatkan kena hukum gantung ker...laki kena curi ker...
Woit...korang tak tahu betapa samy velu nyer hati ku ini (dei...sentimental value daa...)
Hari tu, sesampai aje kat rumah mak, aku terus aje tepon cik Deen nak bagitau aku dah sampei, tapi tak keluar sore-hanya esak tangis memenuhi corong tepon, Deen cemas tertanya-tanya, aku tak leh cakap, aku letak tepon lepas berjanji akan call dia semula selepas aku cool. Deen kata ok, aku rase Deen paham apa yang aku alami, pas tu aku terus meluru ke bilik air, aku nangis semahu-mahunya w/pun aku tak mahu, puas aku basuh muka ngan air tapi air mata ku lagi banyak lagi laju macam empang pecah. Lama aku kat bilik air tu, musti family aku ingat aku berak batu....ekekekekekk
Sebenarnya aku risau mak aku nampak aku menagis, aku tak mahu dia tahu...tapi mak tetap mak...suram cahaya di wajahku dia dah tahu tentu ada gerhana melanda hidupku...
Keluar dari bilik air , aku buat-buat riuh rendah, gelak-gelak sambil-sambil bersalam ngan adik-adik, sampai giliran mak aku, aku cium tanganya....
Mak: ish...ya Allah...siannya anak mak balik sorang aje....(sambil usap kepala ku)
Huwaa....aku rase nak nangis balik...tapi aku tahan jua, tak beh la nangis depan mak, nanti mak sedih. Cukup le sepanjang jalan menuju ke rumah mak, orang kampung buat aku menangis...sepanjang jalan kau....
a : aiii....balik sorang je...? - sambil melenggang-lenggang, tersengih-sengih...
aku: ha'a sorang je... - aku sengih gak kat dia
b : tak kan sorang je, mana abangnya? - kuatnye sore dia..
aku: berapa ekor tumbang? - aku nampak ramai org tengah melapah lembu kat umah dia, semua yg buat keje tu sengih-sengih sumbing kat aku, ada gak wajah-wajah simpati terhadap ku ( mase ni mata aku dah berair)
pas tu, aku buat-buat cakap kat handpone aku, spy tak de orang tegur aku lagi, padahal kat lorong tu tak de line pun! sampai kat lorong yg agak sunyi aku tak dapat tahan lagi air mata ini..meleleh beb..pas tu...jumpa orang lagi
c : hai nyemedang (selalu) aje balik sorang nya? apa hei nya...
aku: aku sengih je, tak larat nak jawab, rasenya dulu aku penah bagitau kat dia corak keje laki aku, aje buat tak paham le tuh
sampai di rumah aku marah kat adik sebab tak ambik aku kat tepi jalan tadi, aku dah sampai baru terhegeh - hegeh nak stat motor, kurang asam! kalu dia ambik tadi tak yah la aku berhadapan ngan mulut-mulut orang kampung yang busuk tu! eiiiii geramnye akuuuu
------------------------------------------------------------------------------------
Makan Malam
mase ni aku citer kat mak, ana & adik hal dijalanan tadi....muncung-muncung, berkerut-kerut muka aku bercerita, punya emosinya!
mak: ish...dema melawak je tu...(tenang)
adik: tak heran...dema memang rope itu (relek)
ana: aaa... ye ker? bior je le (selamba)
hah? cool nyer ...aku nak berabih air mata, dema cool aje...huwaaaaa aku sorang yang tak cool.....

Keluarga
Subscribe to:
Posts (Atom)