Tuesday, July 30, 2013

Entah


Entah hati disayat sembilu
basah mengalir di tubir mata
tidak ku pinta
bagai mahu membuang derita
yang membungkam di perdu kalbu


Entah sakitnnya di mana
esak dan raung tak menentu hala
bukan ku sengaja
bagai mahu membuang duri 
yang tersusuk di jiwa


Entah di mana silap hamba
perit merata-rata
bagai dihukum karma dosa

adinaduana/Entah...30072013

Wednesday, July 17, 2013

Pahala

Assalamualaikum.....

Angah kongsikan satu petikan daripada Penceramah kursus Pembangunan Spiritual yang UM anjurkan sebelum Ramadan lalu:

“Ibu Bapa Adalah Lubuk Untuk Anak-Anak Menggali Pahala”

Sewajarnya anak-anak berlumba-lumba untuk berbakti kepada orang tua, bukan berlumba-lumba mencari alasan untuk meninggalkan mereka.

Baik Ibu Bapa Kandung Mahupun Mertua, mereka ibarat sebatang jalan yang  membawa kita ke Syurga

*ayuh kawan-kawan, mari renungkan ke dalam diri apakah kedudukan ibu bapa dan mertua di hati kita……



Selamat Beramal….


Monday, July 08, 2013

Selamat Datang Ya Ramadhan

Checklist Persediaan Menyambut Ramadhan

Mari kita rebut peluang ini!

1) Menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

2) Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.

3) Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

4) Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala. 

5) Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

6) Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan.

7) Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.

8) Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan.

9) Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas






#  Buat kawan-kawan yang angah sayangi , selamat menjalani dan menekuni Ibadah di Bulan Ramadhan. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan keimanan yang teguh dalam menempuhi bulan yang mulia ini. Ampun dan Maaf angah pohon dari kawan-kawan semua sekiranya ada mengguris hati kawan-kawan ye...


Wassalam

Monday, July 01, 2013

M.A.K.A.N

Assalamualaikum, hi kawan-kawan bertemu lagi.

Dah hampir sangat dengan Ramdhan kan...

Biasalah dah jadi tabiat agaknya, asal nak sambut Ramadhan je, ada je idea nak makan-makan. Rabu lepas angah n opis gang pi lunch kat satu restoran ni, dekat je ngan UM.


Ni la Restorannya

Terfikir, apahal ada gambor-gambor artis vateran ni?...Masyaallah...angah baru tahu yang restoran ni rupanya Resotran si penyanyi Katijah Ibrahim...hahaa

Lama juga menunggu hidangan, sib baik ada ekon dan kipas,  sejukk hati menunggu

yang angah pegang tu adalah promosi menu untuk buffet ramadhan nanti...

angah minum laici blend...huiiissshh mengasyikkan..


makanan plak angah order mee sup daging...ermmmm...so so saja...Ada kawan yang order mee rebus, laaaagi hampesss
yang agak sedap adalah laksa penang dan laksa johor..

  better amik hidangan nasik ni, angah cuit kawan punya...sedap, agaknya masakan melayu ni specialiti dia..

licin...walaupun tak berapa sedap. kena habiskan makan kalo tidak rugi wo...sebab mahal juga harga makanan disini

Suasana dalam restoran ok lah, nyaman...

Pak Kodok menanti kehadiran anda!

See Ya!