Friday, August 30, 2013

Happy Birthday Malaysia!


Gagah pahlawan di perbatasan
Sopan beradat tak kira usia
Teguh perpaduan kuatkan persefahaman
Demi kedaulatan negara Malaysia

Mari meredah jalan nan berliku
Hajat pulang bersama-sama semua
Malaysia tanah tumpahnya darahku
Berputih tulang  kupertahankan jua

adinaduana/pantunmerdeka2013


Salam Kemerdekaan buat semua teman-teman blogger sekalian. Cintailah negara kita, doakanlah keamanannya berkekalan,bukan mudah nak mencapai kemerdekaan, perit jerih dan air mata pahlawan terdahulu sangat menginsafkan....semoga Allah terus memelihara bumi tercinta ini. 







Tuesday, August 20, 2013

pelik tak pelik

Ish..pelik la
pelik betoi
memang pelik
pelik..pelik

pelik sebab tak de apa nak citer
jadi tak de citer la
tunggu la bila ada citer
itupun kalo tak de yang pelik-pelik

pelikkan?

Selamat bekerja!

Wednesday, August 07, 2013

Aidilfitri !

Assalamualaikum kawan-kawan....

Kebanyakannya dah bercuti kan....angah je masih bekerja hari ni, tapi UM baik hati, hari ni diberi kerja separuh hari sahaja...pukul satu nanti dah boleh balikkkkkk hoyeyyy

Di kesempatan ini angah ingin mengucapkan Selamat Manyambut Hari Lebaran buat semua rakan taulan, sahabat handai, saudara mara dan semua muslimin dan muslimat. Semoga semuanya mendapat keberkatan daripada Illahi.

Insyaallah, angah akan berada di kampung halaman dan kampung mertua  mulai 1 Syawal hingga 7 Syawal. Jemputlah datang ke rumah ye...

ni rumah angah:

Jalan Kulop Mat Aris
Kampung Pecah Batu
Manong, KK, Perak

ni rumah mertua angah:

Peringkat 4, 
Felda Ijok Selama


Di sini angah ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada terbuat salah silap semasa menzahirkan entry-entry dalam blog ini.

Semoga teman-teman semua happy di hari raya ini,
berhati-hati di jalanraya ya....

sampai jumpa lagi

Wassalam.