Wednesday, November 18, 2015

Tahniah Kak Chik ~UPSR 2015~

Tahniah kepada semua pemilik keputusan UPSR yang diumumkan semalam.


Cemerlang, sederhana atau yang biasa-biasa, itu adalah kejayaan anda.

Kejayaan yang berhasil dari ketekunan dan pengorbanan masa juga tenaga bahkah yang terpenting adalah doa anda dimakbulkan Allah, tahniah sekali lagi.

Tahniah juga untuk ibu bapa yang menjadi pendorong dan pemangkin semangat anak-anak – anda sungguh bertuah kerana memiliki anak-anak untuk di didik.

Jumlah A yang dimiliki adalah kayu ukur bahawa anda boleh! Tapi ia bukanlah penentu kejayaan dalam seluruh kehidupan, masih jauh lagi denai yang berliku perlu dirintis untuk bertemu dengan kejyaan yang hakiki.

Lop, Kak Chik dan kak Yong - Tahniah uolss...

Sayangku Kak Chik, semoga terus istiqamah dengan semangat juang di medan pelajaran, doa dan harapan Makngah dan Pakngah semoga Kak Chik sentiasa di pelihara Allah sehingga ke akhirnya.



Hadiah, sila mintak daripada Pakngah..hihihi


Sebab Pakngah kan kawan baik kak Chik...:D

#menumpangkasihanakbuah

Monday, November 09, 2015

Angah ok apa...

Assalamualaikum...

Meh nak bermadah cili sikit di petang hari ni,

Jangan terjemah aku dengan jangkaan awalmu
Selangkah kenali aku kau akan tahu bagaimana aku
Bersangka baiklah selalu
Bicara orang jangan dikira
kerana bibir yang berkata-kata selalunya berdusta
dan berniat memporak peranda
Bersangka baiklah
timbang dengan akal budi bukan dengan iri atau benci
Jangan mencipta dosa
kerana ia adalah perit yang tertanggung
selagi kau tak minta ampun”




* Che Din kata, mungkin aura Angah ni kuat sangat sampai ada orang seram...kikiki..aura la sangatttt



Thursday, November 05, 2015

Cameron Highland 2015

Assalamualaikum...

Bestnya kalau ada rumah sebijik, sendiri punya kat tempat sejuk-sejuk macam CH ni kannn
uii nyaman tak usah cerita, rasa nak bergolek-golek kat ladang teh, kat taman lavender, eh semua tempat la best..






 Che Din pasrah je, nak buat macam mana...bini suka bergambor...sabor ek..




 eh eh..suruh berlakon dia pandang kemera pulok..


hihihi..Che Din malas nak layan dah...
 

 muka yang belakang ni kelakar..



lepas tu kan, bila ada kat tempat sejuk ni, kulit pun rasa putih melepak..haha..sawan betoi angah..

Jumpa lagi insyaallah