Wednesday, February 17, 2016

'kau ingat Allah tak tahu? Allah tahulah...!

Segala sakit, segala perit
kau fikir kau seorang yang rasa
mungkin kau sahaja 
tapi ada yang tahu; Allah tahu
mengadulah pada yang tahu

Semua duka, semua luka
kau fikir kau seorang yang pilu
mungkin betul begitu
tapi ada yang menyembuh; Allah penyembuh
mohonlah dari yang maha penyembuh

Kala kau lelah diumpan derita
Sang pencipta mendepang dada
sedia mendakap keluhanmu
kesahmu, tangismu
rintihlah doa pada setiap sujud
raih padu kasih simpati Nya
semoga  nur dan rahmat
bertebar dalam takdir hidupmu

...adinaduana/AllahAda/17Feb2016/11.20am


* terkadang hanya banyak mengeluh, bersoal itu ini, mencabar begitu begini, tapi lupa mencermin diri ! 

Friday, February 05, 2016

Semoga Selamat Semuanya

~Assalamualaikum Kawan-Kawan~
 



Seronok eh, dua tiga minggu ni cuti weekend kita lebih panjang dari biasa. Minggu ni lagi panjang, sempena Chinese New year.

Saat dapat cuti-cuti  free begini pasti ramai yang dah merancang macam-macam agenda. Balik kampunglah, berholidaylah, berhoneymoon bagai...seronokkan...

Apapun jangan terlalu ingka (gembira), sentiasalah beringat-ingat hal keselamat diri, keselamatan rumah yang ditinggal, kesihatan juga. Maklumlah macam-macam virus duk sedang melanda ni.

Ramai kawan-kawan yang ada anak-anak, bercadang nak pergi zoo, nak mandi di hutan lipur, nak mandi laut - tolong berhati-hati ye...kut di sengat nyamuk  zika aedes, kut kena kencing tikus, kut lemas dipukul ombak..eii Makngah seram nak oii...

Janga lupa berdoa, minta Allah jauhkan kita dari segala mara bahaya. Berhati-hati  di jalanraya, banyakkan bersabar dan bertenang selalu.

Akhir kalam, Selamat Bercuti Panjang....semoga bersua kembali.

Wassalam.