Serius...Angah
ni kadang-kadang huru hara jugak perangainya…
Jumaat
2 Jun 2016…lalala hati berbunga-bunga sebab dapat balik kampung, jumpa family… makan-makan
sebelum bulan Ramadan menjelma.
Sesudah
subuh kami gerak balik kampung, duit dalam beg ada sikit tak sampai seratus, Angah
pakai Bank Islam, dalam kampus UM ada, tapi sebab bizi…tak dan cucuk duit sebelum
balik kampung kaedahnya… dah la di Kuala Kangsar (KK) tak ada Bank Islam.. ’tak
pe, KK banyak mesin ATM’ cuba sedapkan hati sendiri.
Sampai
RTC Ipoh dalam jam hampir ke 8 pagi, ada ATM BSN dan Agro Bank, namun kedua-dua
reject kad Bank Islam Angah…panas sikit hati ni, tapi cuba positif..’ awai
sangat kot, bank belum ada duit…’ kunun..
Sampai
KK terus ke Maybank – reject juga, pi CIMB – reject lagi..dah cuak dah ni, pi tanya
kat staf di situ, dia kata..mungkin line MEPS bermasalah..cuba sekejap lagi
katanya..adeh…
Tak
puas hati Angah pi pulak BSN…reject le jugakkkk uarghh, staf kat situ pun kata
benda yang sama..masalah line.., last sekali pi RHB kat jam besor KK..memang
reject jugak kaedahnya..ko dah kenapa mesin ATM oiii?
Hati
busukpun mula la berkata-kata... ‘apalah
KK ni dah la tak ada Bank Islam, mesin ATM pun tak boleh tumpang pakai! ‘ bla bla
bla dalam hati, sampai rasa nak hashtag kat
ahli parlimen KK (bakal), suruh usaha
adakan Bank Islam..kui kui kui…Angah…Angah..
Sambil
marah-marah tu cuba juga positif ‘agaknya lepas jam 10 baru line ok kut..’ tapi masa tu baru jam 9 lebih, ye tak ye..pecut
ke Taiping…..kat sana memang ada Bank Islam… nasib baik Che Din tak banyak bunyi..I
follow je.. kata dia..
Fuhh..kunun
nak cepat jumpa Khayla and Zahra..Makngah rindu tau..sabor aje..
Sampai
Taiping…percaya ke tak…di Bank Islam sendiri pon kena pun reject!.. juga??? apahal??
Makkk…rupa-rupanya…
edehh
malu sendiri..bila staf kat kat situ
kata…’memanglah reject..kad dah habis tempoh..tu kat kad ada tulis 05/16’ – maksudnya mei 2016 tamat tempohnya…ALLAH…tak
pernah lah Angah nak ambil tahu bahawasanya
kad BI ada tempoh tamatnya…aduhai..Angah..
kwang-kwang kwang…
Kannn…dah
buat dosa je merungut-rungut pasal KK di pagi hari…ampun…
Kena
gelak dengan Che Din memang kompom..sampai rumah..kena gelak pulak dengan
adik-adik…adehhh…
nahh amik kau kad baru...2021..ingat...pi tuko kad..
Buang masa pulak kat bank, patut-patut dah awal-awal boleh jumpa family...ermm..
~~@@@@@~~~
Hai Kela, hai Rara...muahhhciked