Thursday, January 26, 2017

Tiada Post Tahun Baru

Assalalmualaikum kawan-kawan...

Allah..dah hampir minggu terakhir Januari, baru perasan belum ada entry di tahun 2017. Dah kenapa MakNgah...

Wow..sejak penghujung Disember 2016 sampai lah melalui Januari 2017..hectick nya Angah. Rasa tak cukup nafas. Ini lah yang terjadi bila Pegawai tinggal seorang sahaja, seorang cuti bersalin, seorang lagi sibuk program luar, maka pegawai yang satu ni lah jadi rebutan untuk menyemak semua kerja-kerja Fakulti. Jadinya banyak kerja last minute dan ada yang pending...

Semalam...puncak segala ke bizian, meeting with TNC tentang Perancangan Sumber Manusia utk Fakulti

Ok tak mahu membebel panjang. pagi ini agak lapang maka dapatlah  Angah melepaskan rindu di maya arena ini.

Apa khabar kawan-kawan? Angah doakan semua dalam kesihatan yang baik dan dipelihara Allah subhanahwata'ala. Ada yang ingat pada Angah tak? hihihi

Oleh kerana masih di Januari, maka Angah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga perjalanan 2017 dan tahun-tahun mendatang berjalan lancar dan sempurna. Semoga sukses selalu ya.

Januari bulan kelahiran cik Kela pom pom....dah setahun usia si kecik ni.  Semoga sihat-sihat selalu, dan membesar bagai juara..

Happy Birthday Kela..



Sehingga bertemu kembali...Wassalam

Tuesday, January 10, 2017

Masa Masa Indah Bersama Keluarga

Selamat Tahun baharu kawan-kawan...
Apa khabar semua? harap tahun baru membawa semangat yang baru juga untuk kita semua menjalani kehidupan.

Ni cerita sebelum tahun baru -  Angah & the sisters..


Alhamdulillah hajat membawa Mama & Abah bercuti bercuti pada hujung tahun lalu sudah tercapai. Kami adik-beradik sebolehnya sangat berazam pada masa hadapan hendak jadikan percutian seperti ini sebagai  acara tahunan..insyaallah. Dekat-dekat pun jadilah, yang penting dapat menikmati bersama-sama..

Sebagai permulaan kami memilih Cameron Highland atas dasar dekat dan memangnya hati-hati kami ni sangat sukakan kesejukan


Selalunya kami memang bertiga beradik perempuan ni saja yang joint, belum berkesempatan bersama adik-beradik lelaki yang lain..


Cameron Highland yang masih indah..as always..








Atuk yang sangat happy..

Opah pun..
Bila ada budak budak kecik ni, ralit mengadap mereka saja...masa untuk berjalan-jalan jadi terhad, pergi CH kali ni ladang teh pun tak sempat jenguk



PakNgah yang sporting...alhamdulillah..

aipp! biasa....kecik-kecik dah makan kat kedai


Biasanya di kampung,  Abah sesudah subuh akan ke padang ragut memberi makan segala ternakannya. Kat CH, layan cucu makan nestum hihihi..

Nasib baik sempat shoping makanan segar di port biasa ni..

Next time ke mana pula  kita KelaZara?


Wassalam..