Thursday, February 15, 2018

Berkabus Di Genting Highland

Tanggal 1.2.2018

Selain pulang ke kampung, inilah perjalanan agak jauh Angah secara solo. Genting Highland aku datang...!

Saja nak merasa...kebetulan cuti Hari Wilayah tak ada apa nak buat, Che Din pelawa Angah naik genting melawat tempat kerja dia.


Bas perantaraan KL-Genting  di KL Central, beli tiketpun dekat port bas tu jugak.

Nebes nik bas sengsorang, tapi kuatkan hati...

MakNgah ni kalau nebes mesti kena makan something...supaya boleh larikan sikit rasa tu..hihi

dalam masa 45 minitt, sampai di SKY Arena, rupanya stesen untuk membeli dan meniki Gondola adalah bangunan bersebelahan denan Genting Premium Outlet. (GPO)



Nampak Gondola ni, dah terbayang saat brada di atas kayangan



Nebes berulang-ulang..

Hari hujan pulak tu..

Part paling inggi

Alhamdulillah...selamat mendarat


Cakk..dah nampak Che Din tengah buat kerja..


kami menginap di First World Hotel...hari biasa harg bilik sangalah murah, tetapi jika cuti...3,4 ratus jugak sebilik ni



jaga-jaga ulaq sawa ataih kepala...huhaa..soft toy je tu..elok melengkor 

Nyaman...




******

Walaupun gayat naik Gondola tu...tapi macam nak naik lagi...JOM!

Saturday, February 03, 2018

Erti Berdikari

Alahai..MakNgah sejak hari pertama tinggal seorang diri...isu sampah di dapurpun jadi kalut. Nampak sangat tidak berdikari!

Tambah lagi satu penyakit, penyakit nerves; semua benda nak buat, di dahului dengan rasa nerves. Nak tido nerves, hari pertama dan kedua langsung tak boleh tido, lampu terpasang, sendal pintu dengan benda berat, buka radio supaya tak dengar bunyi krok krik kat luar rumah...adeh..sampai rasa sakit kepala.

Pergi kerja awal pagi, hari masih gelap, tunngu bas...semua ditemani rasa nerves . Balik kerja nak bukak pintu rumah pun nerves...adehh...tak boleh jadi ni..bahaya untuk kesihatan jantung!

Angah ambil masa bertenang dan cuba berfikiran positif. Angah pahatkan diminda dan hati bahawa ini 'hint' dari Allah supaya Angah patut lebih bergantung pada yang Esa berbanding suami.

Alhamdulillah, Angah lebih ok sekarang...walau masih ada sikit sisa-sisa  rasa nerves di sana sini...

Insyaallah, masa akan merawat segala kekekokan ini menjadi 'alah bisa tegal biasa'

Jumpa lagi!