Thursday, September 11, 2025

End of August 2025...Ehhh September dah

Subhanallah,

sepantas apakah masa ini berlalu. Enjin apakah yang dipakainya, terus menerus memecut laju jauh meninggalkan diri ini termanggu, merangkak dan tercicir oleh waktu.

Untuk saya, masa seolah hilang , terlepas dari genggam meninggalkan sisa sisa harapan yang semakin kelabu hala tujunya.

Berakhir Mei (last post saya) bermula Jun, saya sangat teruja bertemu bulan kelahiran sendiri. Saya banyak berharap dan berdoa agar dapat memasuki usia 50 tahun dengan baik.

Alhamdulillah, sudahpun memegang usia jubli emas. Bukan warga emas ya? ehehh...

Namun, apa yang hendak saya ceritakan adalah, semakin saya berharap, semakin saya berdoa yang baik baik untuk saya, ironinya....ahh

Penyakit sedia ada belum jumpa sembuh nya, emosi hitam belum temui jernihnya, kalut fikiran belum usai serabut ya;

tup tup satu lagi sakit menimpa.


2 minggu menjelang hari kelahiran, saya diuji letupan kecil di belakang betis kaki kanan. Ouchh...berpusing dunia sebentar dek menahan sakit.

Saya hanya berjalan perlahan mengikuti program briswalk Jabatan pada waktu pagi. Kawan kawan semua dah ke depan, laju betul kamu orang eh!

Pusing belakang seorang pun tiada. Saya patah balik ke Jabatan seorang diri, agak jauh jugak. Itu punca sakitnya melarat bertambah tambah.

Saya masih memikir apakah yang meletup itu?

Saya harap pulih sendiri, namun selepas 3 hari, pergerakan saya semakin senget, kerana kaki kanan yang meletup tu tidak boleh tegak.

Hari ke empat saya ke klinik dalam kampus. Yang saya dapat bandage dan ubat tahan sakit serta cream panas. Saya juga diminta serta merta pergi ke PPUM untuk rawatan lanjut. tapi...macam biasalah, teruk pada kita, mereka tak rasa apa walau saya minta tarikh temujanji terhampir. Tarikh yang saya dapat adalah next sebulan setengah kemudian....wow. Saya tiada pilihan, tunggu je lah hingga tarikh itu.


Semantara itu, memakai bandage membuat saya sedkit selesa bergerak, namun....selepas 2 hari buku lali menjadi merah berurat urat dan bengkak.

Saya pergi semula ke Klinik dalam kampus. Doktor berlainan pula. Dia melarang saya terus memakai bandage dan memberikan ubat bengkak dan tambahan ubat tahan sakit. LAGI!

Memang tak..la saya nak makan semua ubat tu.

Tapi memang hairan kenapa sekit bebenor kaki ni, lalu mengesyaki otot saya koyak...cuma doktor klinik tu....ermmm...sentuh kaki saya pun tak.


Berlarutan sehingga tarikh temujanji, kaki saya masih sakit dan ngilu di belakang betis. PPUM buat scanning, laiilahaillallah...dekat sejengkal parut koyaknya, patut le sakit bebenor komerrrr.

Kenalah mula buat fisio kaedahnya.

Fertiliti, Hematologi, Gynekologi la ni Sport clinic pulak untuk fisio...banyak sudah lokasi dating saya di PPUM. Harap tidak bertambah. Ya Allah...aku mohon untuk sihat Ya Allah...!


Bye kawan-kawan. Jumpa lagi. 


Wassalam.