Thursday, January 01, 2009

2009

HeLlO 2ThOuSand9

Salam tahun 2009 untuk semua, sudahkah anda membariskan azam untuk dicapai pada tahun ini? tahun baru, buku baru jadi azampun baru...bagi sesetengah oranglah. Ada setengah orang tak perlu azam di tahun baru, setengah orang pulak tak sedarpun hari ni tahun baru, ye lah lain padang lain belalang...

Semalam dah pun menjadi kenangan, baik dan buruk jadikan iktibar dan cerminan untuk kita harungi hari mendatang.

************

Oh Ya! 01.01.2003 Hari Ini Dalam Sejarah - enam tahun lalu, angah selamat disandingkan dengan my lovely Che Din... HePpY AnNiVersary to us, doakan kami kekal bahagia ke akhir hayat.

************

MENGENANG 2008

Blog

nampaknya blog angah ni dah tak jadi dairi harian, rasa macam banyak perkara nak cerita, banyak nak dikongsi tapi dikekang oleh masa. Tak pandai sungguh angah menguruskan masa! atau sebenornya malas...
kat opis memang tak sempat dah lantaran kerja yang bercabang-cabang yang perlukan angah fokus, tak leh campur aduk ngan benda lain, tu la sape suruh belagak pandai cam pegawai ...kan dah dapat keje yang susah huhuhu...sebenonya angah ni idak le belagak pandai tapi memang pandaipun nak wat cam ne kan, kan kan IDA..(menanah idung IDA baca ni ekekeke)
Kat umah pulak angah seeebukkkk jugak aaadegedegedegde.. layan citer korea daaa hikhikhik....saranghei!

Kerja

UwWaaaa nak pencen awai leh tak? tak laratnya p keje. Tapi kalu pencen la ni apa aku dapat kejepun baru lapan tahun da...
Meh nak berangan sket...Kalaulah ada duit juta-juta, bilion bilion boleh goyang kaki, jalan sana-sini, tabur duit sesuka ati uhuhu sonoknye...ye ye ye mimpi ye.. INGAT aku kene keje, suka tak suka kena KEJE. Oh ye sebut pasai keje untuk gred n17 ni angah dah lepas semua tapisan PTK Alhamdulillah. I love PTK...kak Marziah yang belum lulus tu sila mengulang yee..jgn jeles kat aye.
Insyaalah kalau angah dapat naik ke gred lain angah akan jumpa PTK lagi..kalau la

Kengkawan Opis

'Gang Sopa Itam' masih ujud, walau ahli dah bertuko ganti...nama gang ni dapat sempena tempat kami lepak waktu rehat sofa nya kaler hitam...kami je yang kongker orang lain nak masuk tak de can, nak masuk gang kami telinga kena tebai sebab mulut kami tersangatlah lesserrnye. Gang kami sesama ahli ni unik tau sebab boleh bercekau, kutuk kaw kaw, belasah cukup-cukup tapi tarak kecik ati langsung, waktu susah atau banyak keje sama-sama tolong, nak mengelat keje pun sama-sama tolong, agaknya hubungan kami ni berkat sebab selalu berkongsi makan, pinggan hang pinggan aku.. lelama pingganpun pening asik betuko tuan. ogos ari tu ILA tinggalkan kami sebab menyahut seruan kampung halamannya, anak omak la katakan, best of luck untuk Ila dan bakal ehem ehemnya.
Dengan kak yah angah gang sampai luar opis, sebab kak yah tumpangkan angah keluar dari kampus, thanks kak yah, kalu idak teman kena le berebut naik bas ...
CT debab! budak ni sejak dapat scholarship ni asik tenggelam timbui je kat opis..haa kang suruh isi borang keluo dari gang kang haa..padan muka...caiyok debab..moga cepat habiskan MA...erkk duit scholarship tu kami belum rasa lagi ekkkk apa la sangat takat kentaki tu kan...

Untuk semua ahli gang sopa itam = Kak Yah, Kak Maziah, Angah, CT, Ida & Ila
Semoga tahun baru ini akan memandu kita ke arah yang lebih baik
Selamat Maju Jaya


Buat bekas gang yang dah lama tinggei kan kami sebab dah pindah department lain= Kak Syam and Mazni, Selamat Maju Jaya jugak...

Wednesday, December 03, 2008

25 Oktober 2008

~Mida Kawen~

Mida ni sepupu angah side mak..dah kawen dah dia..

Mida & Pengapitnya, Che Na
Sebelah bawah sana tu mak pengantin ngan mak pengapit..




Ni Che Ija, penyanyi undangan khas tuuu, dah ada 8 album dangdut


Penanggah ngan pengapit nak posing gakkk



Penanggah ngan penanggah





~Tahniah buat Mida & Suami~














Friday, November 28, 2008

BZ

BERITA BERGAMBAR

fuhhh lepas aidilfitri ari tu aye memang bz giller...
banyak gak kejadian besar yang berlaku dalam tempoh tu sampai tak sempat update blog
ari ni curi masa sket sebab puan KPP mc, dapatle aye bernafas sket! sket aje tau...

Sat g ada ceramah agama kat fakulti ni. sebagai staf yang baik dan comei aye akan ke ceramah itu dengan tulus dan ikhlas....bbhasyaa!

Nanti-nanti aye akan tempek gambo-gambo tebaru sebagai mewakili peristiwa-peristiwa yang telah aye lalui..

Ohh satu lagi nak bagi tau, aye la ni tgh giller ngan citer korea......huhhuhuhu...

Monday, October 20, 2008

Rafeah Buang & Omar Suwita - Suka Sama Suka


RB:
Burung nuri terbang malam
Turun mandi sayang dalam taman
Cinta jangan kanda buat mainan
Nanti merana badan
( 2X )

OS:
Kalau sudi kata sudi
Biar senang di hati
Kasih kanda kasih suci
Dengan sepenuh hati

RB: & OS:
Bila suka sama suka
Apalagi sayang nak dikata
Bila cinta sudah sama cinta
Kasih datang bersama

RB:
Jangan suka main cinta
Kalau tidak sayang kasih mesra
Memang mudah kanda kata cinta
Kalau di bibir saja
( 2X )

OS:
Kalau sudi kata sudi
Biar senang di hati
Kasih kanda kasih suci
Dengan sepenuh hati

RB: & OS:
Bila suka sama suka
Apalagi sayang nak dikata
Bila cinta sudah sama cinta
Kasih datang bersama

http://www.youtube.com/watch?v=lDbqgLe8lLo

Wednesday, October 01, 2008

Salam lebaran

Salam Lebaran MinalAidil Walfaizin
Salam Adilfitri Buat Semua Muslimat dan Muslimin
Maaf Zahir Dan Batin
Saya akan pulang ke desa seusai solat aidilfitri, seorang diri.
Ini kali kedua sepanjang pernikahan kami, saya balik kampung sendiri.
Hanya sekali pernah beraya di kampung bersama suami, dua kali selebihnya saya beraya di "Kampung Kerinchi" ditemani TV dan indon-indon yang menyewa di flat ini. Tahun ini saya kuatkan hati meninggalkan Che Din barang 3 hari 2 malam...kerana terlalu rindu masakan raya emak.
Jom balik!

Tuesday, September 02, 2008


** Salam Ramadhan, 1429 **

Wednesday, July 30, 2008



He he hee...thanks Ila kerana memperkenalkan laman web ini.
Jom Cuba!
www.photofunia.com

Friday, July 11, 2008

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg blog rudy bluehikari

Friday, April 04, 2008

Bengong dan membengongkan...

April sudah mahu menginjak sepekan. Tiga purnama 2008 sudah berlalu, ya ! sudah berlalu.
Aku yang di depannya berlorong dua, tiga, empat jalur atau mungkin lebih, entah yang mana satu hendakku redah...

Aku mohon masa barang sehari dua..?

Monday, February 04, 2008

penulis bersama sebahagian daripada urusetia
TERIMA KASIH PARA ALUMNI FSSS 2008


Mari menyusun bunga melati
Sejambak mawar siap digubah
Hadirnya tuan sangat dinanti
Moga bersemi kenangan yang indah


Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Harap kita bersua lagi

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Maafkan kami sepenuh hati



Thursday, January 31, 2008

BALIK KAMPUS UM 2008, JOM!
Semua bekas graduan UM dijemput hadir!

Khas buat bekas graduan FSSS,

Pemanis kata selamat datang
kepada semua sekelian yang ada
ibarat sireh pulang ke gagang
kami menanti berlapang dada


Pemimpin terbilang negara ramai yang lahir daripada gedung ilmu FSSS
sekadar menyebut bebrapa nama - Abdullah Ahmad Badawi, Azmi Khalid, Mahadzir Khir, Zahid Hamidi, Adnan Ya'acob, Rosmah Mansor, Khoo Kay Khim, Nik Safiah Karim, Aziz Deraman hinggalah Shuhaimi Baba adalah produk FSSS.

Welcome home....

Belayar perahu ke pulau bentan
muatan berikat si daun lalang
nama yang baik jadi ingatan
disebut orang berulang-ulang


JOM!!!

Monday, January 07, 2008

Salam Tahun Baru

Dah seminggu 2008 berlalu
baru hari ni dapat menyapa kehadirannya.
Salam untuk diri sendiri
salam untuk semua yang bertandang.
Semoga semilir 2008 menyapa dengan tenang
buat kehidupan kita semua.

Ada baiknya menjejak seimbas laluan 2007:

Penghujung Desember 2007,
sahabat-sahabatku telah membentang keazaman masing-masing bagi tahun 2008
tidak ketinggalan juga peristiwa-peristiwa pahit yang ditempuh sepanjang 2007
aku hanya tersenyum, tertawa dan sesekali ketawa berdekah-dekah, sahabat-sahabatku ini memang lucu kalau bercerita.
Apapun bagiku, mereka adalah lambang insan-insan yang sangat berkobar semangatnya untuk memperbaiki diri pada setiap tahun mendatang.

Aku pada 2007?
ermmm..ada sekumit manis, ada sekumit pahit, selebihnya biasa-biasa aje
ada harapan yang tak dapat dicapai
ada harapan yang tak mahu lagi kucapai
dan ada harapan yang masih ingin kucapai. PASTI!!

Ok, jumpa lagi untuk cerita-cerita 2008.

Wassalam

Thursday, November 01, 2007

Bakarlah aku
Dengan api amarahmu
Biar hangus
Segala dosa-dosaku
Yang tak pernah bisa
Kupohon ampun darimu.

Tuesday, October 09, 2007

bulan ni kami dapat dekan baru....
jadi, amalan pun baru
suasana pun baru
dapat amanat baru...

untuk dekan baru...terimalah pantun ini,

Terima kasih atas teguran
kelak ia menjadi kebaikan
salam perkenalan di bulan Ramadhan
semoga ukhuwah akan berpanjangan.


ni untuk dekan lama yang tak akan kami lupa,

Seperjalanan masa pernah bersama
budi dan jasamu takkan dilupa
salam dihulur maaf diminta
moga kenangan kekal selamanya

babai...

Thursday, October 04, 2007

Lately ni asik boring je pi kerja.. naper ek
Lately asik boring je bangun pagi untuk kerja...apesal ek
Lately ni asik datang lambat je ke opis... ntah naper ntah
Lately ni makin tak besh rasanya nak nengok org-org kat opis ni...hiiii nyampahnya....

hu hu memang parah dah ni, tapi rasanya lebih parah kalu suatu hari nanti aku akan kata...
ish boringnya dapat gaji
naperla tiap-tiap bulan dapat gaji
apersal la aku dapat gaji

ehek..merapu. Sekian saja aku untuk hari ini.

Monday, September 17, 2007

BUKAN MAKAN SEBARANG MAKAN
KUINI PENAMBAH SELERA BERBUKA
BULAN RAMADHAN BULAN KEBERKATAN
KURNIAAN KASIH YANG MAHA ESA

KURNIA KASIHNYA YANG MAHA ESA
MEMBERI RAHMAT KE SELURUH ALAM
SEPURNAMA RAMADHAN KITA BERPUASA
TINGKATKAN IBADAT DI SEPANJANG MALAM


Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Semoga Kita Diperteguhkan Keimanan
Dan Ketaqwaan Kepada Illahi

Monday, July 16, 2007

Hi hi hi..ekekekkeke
hingaq satu fakulti ni bila nama teman masuk radio kekkekekekk
yup! sajak sungai budi menang saguhati...eheks...

Wednesday, June 27, 2007

Sungai Budi
Kutebar jala kasih
Di lubuk akal budimu
Biar menjalar ke segenap muara hatimu
Dengan santun bicara dan tertib berbahasa

Marilah kita dayung
Sampan kehidupan ini
Dengan kemudi ampuh
Agar terjaga susila
Terhindar dari onak yang cela

Sungai budi
Jernih warnamu berkaca
Telus mempamer dasar rasa
Suci tidak ternoda
Kerana dipagari pekerti
Di tebing sahsiah terpuji


chek hantaq sajak ni kat klasik nasional nu...harap depa bacakan la.. na..

Thursday, April 19, 2007

Terkenang...

Aku percaya sesiapa yang seangkatan dengan aku pernah dengar lagu Antara Gadis nyanyian kumpulan Dinamik, kebetulan selepas maghrib semalam aku terdengar lagu ini di KLFM. Aku pun tersenyum meleret kerana ada kenangan pada bait-bait lagu ini.

Awal tahun 1991, di Sek. Men. Sultan Tajul Ariffin Manong…
Lin! untuk engkau, Zam menghulurkan sampul putih kepadaku. Apa ni? tanyaku, bukaklah baca sendiri, suruhnya.

Antara gadis yang ku temui
Kau saja kini dalam renungan
Mungkin kerana dengan senyuman
Terpegun diriku ...

Ketika bayu mencium pipi
Suria pula terasa hati
Kerana dikau sungguh rupawan
Terpaku diriku ...-

Mengapakah kau melangkah pergi
Ketika ku masih perlu…
Daripada : JBH
Aikk…dia ni tak putus asa lagi, tak tahu ke aku dah tawar hati dengan apa yang berlaku tempoh hari. Hiii menciknya! Dah naik cekang muka aku ni asik nak buat muka sombong dan ala-al cuka gitu…tapi dia ni asik senyum simpul kat aku, ini yang buat aku tak tahan ni…sabo sabo…aku kena maintain..

Zam…! Bagi balik kat dia. Kenapa plak..ujar Zam. Entahlah aku keliru, aku tak paham, diakan dah ada Ida kenapa kacau aku lagi?
Ida? Hey..hey ni apa pulak ni, tetiba aje nama Ida terbabit ni
Ida jumpa aku minggu lepas, terang-terang dia cakap dia girlfriend J.
Ha? Kah kah kah…
bersungguh Zam ketawa- kau ni Lin…dengan Ida pun kau nak ambik hati. Ida tu dengan semua student lelaki yang hensem macam aku ni dia mengaku girlfriend sambung Zam sambil menunjuk dirinya dengan bangga…ciss…nyampah aku bercakap dengan si Zam ni.
Ko jangan nak goreng aku Zam, Ida tu cakap serius gila kataku.
Hek eleh ko ni…Lin, eh ko ni betul-betul dah tak suka J ke atau ko merajuk sebab cemburu?
duga Zam.
What? hey…aku ni bukannya berhajat sangat nak ‘berteman lelaki’ tau, Ida nak sangat ha amik aku bagi free. Aku ni bukan apa, tak kuasa lah nak berebut lelaki ni. Cintan cintun ni tak masuk carta utama hidup aku tau, lain la kalau Raja Nazrin Shah yang nak kat aku, evailebel you..ekekekekek…
Huk-aloh mu ni…berangan nak kat raja muda la pulak, ko cium tapak kaki Permaisuri Bainun pun blom tentu dia pandang ngko
balas Zam

Tak nak bagi balik, nanti aku cakap kat J yang kau ni tak sudi pegangpun surat dia ni kata Zam sambil menarik sampul putih itu dari tangan aku.

Aku hanya memandang kosong bila Zam berpaling dan melangkah meninggalkan aku. Baru aku nak melangkah Zam berpusing balik. Lin, ko kenalkan Ida tu siapa, dah tak boleh pakai dah dia tu…apa kelas J nak kan si bohsia tu, kitaorang kawan dengan diapun sebab kesian je, budak perempuan mana ndak kawan ngan dia dah terang Zam. Aku hanya mengakat bahu, Zam mengeluh lalu pergi.

Sebenarnya bukan hal Ida saja yang buat aku hilang hati pada J, mengenangkan ibu bapa aku yang garang, yang tak suka aku main-main dalam hal pelajaran membuatkan aku rasa ini bukan masa untuk berpeleseran dan berfoya –foya di alam cinta. Aku juga tak mahu J terus meletak harapan terhadapku, al-maklumlah perjalanan kami kan masih jauh…

Beberapa minggu kemudian J mengutusi aku lagi, kali ini dia menyusun jari sepuluh memohon maaf kerana berasa dirinya mengganggu aku, aku pun senang hati..dan akhirnya ia berlalu begitu saja..oh tidak.. aku sangkakan dah tamat ropenya ada plak sambunganya lagi. Selepas beberapa tahun kami meniggalkan alam persekolahan tetiba aje dia muncul balik dan caranya macam nak menyambung silaturahim ehem ehem…dah alang-alang aku pun tak dak boyfriend walaupun tak berapa suka aku layan la jugak..eii..lama la jugak ye..makan tahun la jugak uihhh berpura-pura jugaklah aku ni…ha ha haa
Aku ingat dengan cara ini aku boleh tanam semula hati aku padanya NAMUN takdir telah tertulis dia bukan jodoh aku dan aku bukan jodoh dia…dan kala itulah aku benar-benar dapat menamatkan episod hidupku bersama dengan J.. ini betul-betul dah TAMAT.

Ahaaa panjang pulak aku bercerita pasal si J ni, tak sengaja tergamit memori dolu-dolu…’Antara Gadis’ punya pasal ahaksss. Apapun aku patut ucap terima kasih pada J, sekurang-kurangnya aku kenal la jugak apa itu ‘cinta monyet-monyetan’ ye dak?

Wednesday, April 04, 2007

Dalam duk panas terik tetiba hujan turun
dalam duk hujan lebat, timbul panas pulak
la la la la..cam tu la kehidopan ini
ibarat laut ada pasang surut
sekali ombak mengganas
teroleng-oleng perahu bila kemudi bertingkah arah
cam tu la...ye lah.... cam tu lah! memang cam tu