Thursday, September 21, 2006

....usah kata nak merencanakan hidup untuk tempoh 5 tahun lagi, untuk 5 hari yang akan datangpun aku sudah buntu...

ahhhh tak payah rancang-rancang..entah-entah usia ketika itu pun belum tentu aku sempat sampai. Apa yang datang sekarang ni hadap sajalah!

HILANG FOKUS TERHADAP HIDUP

PUNCA
-Tekanan - Kerja
- Rumahtangga
- Keluarga
- Kawang-kawan
- Orang di sekeliling

SYMTOM
- Suka menyendiri
- Hilang nafsu bekerja
- Merasa tidak selamat
- Marah
- Berperasangka buruk
- Menangis tak tentu pasal
- bercakap sendiri


PENCEGAHAN / RAWATAN - Tak tahu!

sesiapa yang boleh bantu...sila tinggalkan pesanan anda untuk saya.

terima kasih.

..saya juga ingin membantu org lain. semoga dapt manfaat bersama.

Thursday, August 17, 2006

MASA

umur dah makin berat ke separuh abad...tua la tu...walau rupa paras boleh menipu
tapikan, ada semacam satu benda atau perkara yang sama aje.
jauh manapun pergi, lama mana pun MASA beredar, ramai manapun org yang ditemu...ada sesuatu yang tidak berubah...naper ekkkk

Wednesday, July 19, 2006

How come......!
carelessnya...ya tuhan apersal ngan aku ni

sat tadi bebudak yang guna recycle envelope terjumpa envelope yang masih berisi surat sib baik le surat 2 hari lepas kalu 2 bulan lepas...alamat terencat akal le aku nak menjawab kat bos, ni yang aku tak suka buat keje rekod surat nih!!! tak de keje lain ke nak bagi kat aku uwarraggagg...

dah la pepegi tadi aku dah buat gempak, dapat email kematian pensyarah di Jab. Asia Timur..aku dah siap announce kat bos besor, tengok email sekali lagi la....bapaknya meninggal bukannya pensyarah tu..uwaaaaaaa malunya aku


kenapa...mengapa......la la la la......kene service otak nih!

Tuesday, May 30, 2006

Mohd Faeez (Yang Eiz)

Dah besar dah dia
terasa baru semalam mencubitnya kerana tak pandai membaca
terasa masih basah air matanya tatkala merajuk
aku memang bengkeng, patutle gagal temuduga menjadi guru
itu dulu...lama dulu

dah besar dah dia
dah habis sekolah
alhamdulillah cepat pula dapat kerja
dah kerja banyak pula simpan duit
dah banyak duit
boleh lah meminang anak dara

Taniah
bakal jadi suami orang
bakal jadi jadi menantu orang
bakal beri mak menantu baru
insyaalah moga cepat jadi bapak orang

dah besar dah dia
rasa baru semalam jerit kat dia...
...Yanggggg...pegi kedai..yanggg balik mandi

Yang,
moga diberkati Illahi
atas keseluruhan hidupmu


Semua Yang Terbaca Catatan InI, jemputlah kerumah ayah bonda saya pada 11 Jun 2006, untuk meraikan perkahwinan adik saya ini.

Thursday, April 20, 2006

Pengalaman itu mendewasakan
tapi ada pengalaman-pengalaman yang tak ku harapkan ia berlaku dalam hidupku
aku mengharapkan yang baik-baik saja, yang wangi-wangi saja, yang indah-indah saja
...kata orang kalau kita baik, yang datang dalam hidup kita juga adalah yang baik-baik belaka
harapnya begitu lah..amin.

Monday, March 06, 2006

Selamat Tinggal

Saya ingin menulis begini kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Geografi:

Terima kasih kerana mengenalkan saya pelbagai karektor manusia yang bergelar 'bijak pandai',
dan saya memahami kedudukan saya dimana...dan kita tidaklah jauh berbeza...

Terima kasih atas segala pertolongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya melicinkan tugas-tugas di Jabatan Geografi.

Terima kasih kepada yang sering bermurah hati menjamu makan minum setiap kali anda-anda memperolehi kebaikan dalam apa jua perkara

Hendaklan tuan/puan mengetahui bahawasanya permohonan pertukaran jabatan saya ini tiada kena mengena dengan sesiapa, saya hanya ingin mencari kelainan di tempat lain dan berurusan dengan orang lain dengan kerja-kerja yang lain.

Akhir kalam, ampun maaf yang saya pohon andainya kekasaran bahasa, rungutan, desakan serta umpatan saya terhadap tuan/puan setiap kali saya mahu melangsaikan tugas telah merobek hati dan perasaan tuan/puan, tapi saya fikir tak ade rasanya..ye tak? sebab tuan/puan semua berhati besi!

Selamat berbahagia dan majulah geografi untuk UM dan Malaysia!

Terima Kasih Semua.

Friday, January 13, 2006

Menanti Sinar
Menanti sinar bahagia
Ke hujung usia
Tetap mesra dijiwa
Datanglah menutup kalbu rindu
Merintih hujan membawa pergi duka di hati

Jelmalah mewaris cinta
Penyatuan dua jiwa
Sebelum menutup mata
Agar ada doa berbunga
Mengiringi aku ke sana

Thursday, December 01, 2005

Hari diluar mendung
Hati didalam merundung
Teringat sesuatu...

Tuesday, November 15, 2005

Aidilfitri Ini (II)

Suami,
tak senang perut pergi bekerja
sekeliling rumah senyap sunyi
tak ada bunyi dimalam aidilfitri
esoknya, seusai jemaah raya
dihantarnya angah ke pudu raya
balik lah wahai isteri
dirumah sini tak ada orang
abang pula yang tak senang hati bekerja
sehingga lanjut usia malam
bimbang tetamu yang tak di undang
yeyeyehhhhh yeyehhh
akhirnya angah beraya juga dikampung pada 1 syawal

mak,
tersenyum sungguh comel
sambut angah di stesen bas kuala kangsar
apa tak nya,
ada teman nak 'begonjing' didapur
almaklum le adik-adik melawa layan rakan taulan
manakan mahu duduk didapur
angah dan mak lah yang tak kering tangan

adik-adik,
baru terasa raya,
ye lah kalau tak cukup sorang
rasa tak berseri pula
ke sana-sini bertiga
memang bes lah w/pun tak de duit raya
ye ke gitu...

raya ke 3,
bongsu balik ke upsi
isnin dah mula peperiksaan
angah juga balik ke kl
jumpa suami pujaan
esoknya baru suami cuti
pagi raya ke 4 gerak ke rumah mertua
disambut linang air mata
maklumlah orang tua...

petang raya ke 6,
sampai semula kerumah mak angah
bawak menantu mak balik
haiii...susahnya mak nak jumpa menantu dia
dah jumpa tu pakat pi semua rumah sedara mara
ramai yang tak pernah jumpa suami angah itu
angah memang nak sorok suami....kata deme...

mak-mak sedara
opah-opah sedara
lama tidak bersua
baru nak berkenal mesra
anak cucu menantu

horeyyyy raya kali ni memang bes......

Wednesday, November 02, 2005

Aidilfitri ini

Alhamdulillah
dapat ku ladeni ramadhan mulia dengan sihat tubuh badan
tirai al-mubarak hampir ke penutup
menyingkap pula tabir syawal yang dinanti
semoga semua diberkati.

Suami,
ini kali ketiga beraya bersama
walau seringnya kau ditempat kerja
aku tunggu jua
walaupun orang pelik dan tertanya-tanya
biarlah.. asalkan kita bahagia
bukan senang memberi kefahaman
kalau dihati tiada belas kasihan

Mak,
angah tetap balik
tunggu sajalah
tak cepat -lambat
tak lambat-cepat
gitulah...

Adik-adik,
buah hati angah
tahun ni tak de duit raya kot!
boleh gitu?
ala...hai
jumpa nanti ya

Mak Mertua,
tak kisah anak mak nak balik rumah mak dulu
lin ikut aje
mak kan dah tinggal sorang
saya ni menantu yang memahami
tak gitu...

Tuhanku,
selamatkanlah kami dunia dan akhirat
lindungilah orang-orang yang kami sayangi
bantulah saudara seagama kami
dimana jua kami semua berada


Salam Adilfitri Buat Semua, Maaf Zahir Batin, panjang umur kita bersua

Friday, October 14, 2005

Dia yang mintak pendapat aku, bila aku beri pendapat aku dia marah-marah pulak ! aiiii tak paham la aku orang tu, naik minyak semacam...
kalu aku tak jawab kang dia marah jugak, entah kenapalah dia dan dia disini nih!
aku kerja di sini bukan utk kena marah la, itu pun tak paham ke! aku ni manusia macam dia juga ishhh tak umpamakan orang langsung!

..DIA tu adalah pensyarah-pensyarah aku kat sini... suka buat aku sakit hati...tak baik tau, tak ingat dose ke..

teringatlah pada orang-orang yang berbagai bentuk rupa yang di bangkitkan oleh Allah semasa perhimpunan di Padang mahsyar...na'uzubillah

Thursday, October 06, 2005

Lama tak rewang.....
rumah dah naik sawang
rupa dah tak nampak bayang
elok lah dibuang
kwang kwang kwang..

Tuesday, August 02, 2005

Yang pergi

Hari ini genap sepurnama
ayahnda yang dikasihinya
pergi mengadap Illahi

Aku tidak pernah
melihat dia menangis
namun hari itu
air matanya menitis

Dia memang anak yang baik
semoga kebaktianya
semoga doa kudusnya
diangkat tuhan
lalu mewangi dan menerangi
kamar persemadian allahyarham bapanya


Al-fatihah

Tuesday, July 26, 2005

Kita bukan sesiapa
yang dapat menghalang orang
untuk suka ataupun tidak suka kepada kita

Dan orang lain juga bukan sesiapa
yang dapat menghalang kita
untuk suka ataupun tidak suka kepada orang

Wednesday, June 15, 2005

Oh tuhanku yang maha esa
Maha pengasih maha pemurah
Andainya malalam yang begini
Memberi pengertain
Untukku mencari hidayahmu.

Padamu akan kuserahkan
Setulus pengampunan dan pengharapan
Untukku menebs dosa-dosa semalam.

Cukup setkat ni
Aku merasa terasing, terhukum dan sengsara
Balasan dari kehancuran yang aku ciptakan
Dan kini aku mengerti
Antara dosa pahala yang mana lebih utama
Dalam meniti hidup yang menuju kematian

Andainya malam ini satu pengertian
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Penginsafan ku pintakan satu penangguhan
Untukku mengucap kalimah terakhir.

 ni lagu kumpulan..ape ntah

Wednesday, June 01, 2005

Ahhh jangan nak menagada-ngada la mu nih!!!
kat belakang ada cermin besar..tak reti-reti?

Tuesday, May 31, 2005

Ya Allah ya tuhanku, apa dah jadi?
jatuh cinta lagi? biar betul!
angau, tak tentu fasal... arghhh
pening pening
amakkk tolonggggg

Friday, May 13, 2005

Masak lemak cili padi
sambal berulam enak rasanya
mari nikmati makanan tradisi
pelbagai rupa pelbagai rasa

Nasi ulam pedas berlada
makan bersama si jeruk maman
halwa maskat hidangan ibunda
tak boleh lupa sepanjang zaman

Ayam kampung masak rendang
goreng bercili si pucuk paku
bermacam juadah enak terhidang
resepi emak sejak dahulu



......semoga mak sihat selalu

Tuesday, April 05, 2005

Menangis Lagi

Air mata ini bercucuran
mengalir hangat membasuh duka di jiwa

Air mata ini berguguran lagi
dari jiwa nestapa yang bukan dusta

Air mata ini berbicara lagi
tanda setia temankan derita

Air mata ini tak berhenti lagi
sebak dan pilu masih bersisa

Air mata ini menyiksa lagi
merentap tawa sekian lama

Friday, April 01, 2005

Bicara


Aku ingin bicara
bicara apa saja
mengikut rentak hati
tanpa rasa sangsi

Aku suka bicara
bicara tentang apa saja
apa yang aku rasai
apa yang aku alami

Aku selalu bicara
sesekali bicara jenaka
dengan nada gurauan cuma
tapi ada yang tak mengerti
lalu mereka berkecil hati
kerna telah salah fahami

Salahkah aku bicara
bicara apa jua yang ku rasa
ya! kadang-kadang terlebih bicara
ada yang buruk padahnya

Silapnya berbicara
bila ada hati yang terluka
walau kata tak berniat apa
hati manusia tak sama rasa

aku tak akan henti bicara
selagi ada upaya
aku mahu terus bicara
selagi ada nyawa