Thursday, April 24, 2014

Manisan Dari Tanah Suci Makkah


Assalamualaikum kawan-kawan....

Puan Zu, Pegawai angah baru pulang dari mengerjakan umrah. Terharu, kerana beliau tak terlupa mendoakan angah ketika dia di sana, tq Puan Zu...semoga doa Puan dimakbulkan oleh Allah swt

Ni ole-ole dari Tanah Suci, sedap sekali. Bagi yang dah pernah ke sana dah tentu kenal manisan-manisan ni kan....




Sape rindu kat angah angkat tangan....
Terimalah senyuman untuk kalian...senyum sambil kemam kismis..kikikiki...

Wassalam

Saturday, April 12, 2014

Apa Khabar Hujan?

Apa khabar hujan?
setelah sekian lama tidak bersua 
aku gembira
kita bisa bertemu lagi
bersatu dalam syukur dan tawa ria

Apa khabar hujan?
harap berita gembira yang kau bawa
setelah puas aku berduka
kering kontang di dalam dada
nyahkan segala hiba

Apa khabar hujan?
tempiasilah hati yang rindu ini
dengan titis-titis mendingin jiwa
sejuk dan basahmu membugar raga
bersama kita merentas nestapa

Apa khabar hujan?
tak puas-puas aku bertanya
kerana lamanya tidak bersua
kerana lamanya rindu ini berkelana

                             .............adinaduana/bersuahujan/12042014.......

Tuesday, March 25, 2014

Tragedi MH370


Al-Fatihah

Semoga Tenang Di SANA

Walaupun Kamu Belum Dijumpa...


Thursday, March 20, 2014

Mencatu Air

So kena la menyimpan air...

Habis semua bekas, botol yang mana ada kena isi air. Itu pun kekadang tak cukup. Walaupun dijanji 2 hari ada air 2 hari tak ada air, tapi disebabkann rumah angah ni di tingkat 15, makanya air lambant naik. Rumah yang bawah-bawah dalam pukul 6 petang air dah ada, rumah angah tengah malam baru ada air...stressss mak nak...



Bukan tak nak beli bekas air yang besar, tapi ruang dapur ngan bilik air angah ni ciput sangat, kalo letak bekas besar susah pulak nak lau lalang...bertambah stressss la ..mak nak..

**sekian**

Thursday, March 13, 2014

Hari Yang Gelap



Gambar dari kamera handphone pada jam 8.00 malam tadi


Gambar dari kamera handphone pada jam 8.13 pagi tadi

Lokasi: Tingkat 15, Pangsapuri Permai, Pantai Dalam, KL


Hari yang gelap
Dah tak terang-terang
Makin hari makin gelap
Entah bila terang.

Macam serentak pula semua dugaan ni
Dengan panasnya
Dengan tak ada airnya
Dengan jerebunya
Dengan dengginya
Dengan pesawat hilangnya

Allah….
Kembalilkanlah kesejahteraan
Kembalikanlah keceriaan
Kembalikanlah kegembiraan
Pada hati-hati yang rawan


Wednesday, February 26, 2014

Pemilik Hati Insan



Damaikanlah
hati yang terkadang lebih geloranya
jiwa yang terkadang lebih murungnya
batin yang terkadang lebih luluhnya
jasad yang terkadang lebih ketidakupayaannya

Wahai Pemilik Hati
asuhlah
agar hati sentiasa segar bugar
jiwa pula subur mengingatiMu
batin yang utuh mengasihiMu
jasad yang kekar menjalan perintahMu

Wahai pendamai jiwa raga….
Wahai…


.........adinaduana/pemilikhatiinsan/26022014/4.36pm

Thursday, January 30, 2014

Selamat Datang Februari!

Motif ucap selamat kat februari?

Ya, bila check balik, rupanya angah tak ada entry pun khusus untuk ucap selamat buat tahun baru 2014. Sedar-sedar udah nak masuk februari dah. Pheww...lap hingus! 

Apa macam kawan-kawan? Semoga anda semua dapat menjalani permulaan tahun baru dengan lebih bersemangat, positif, ceria dan cemerlang

Semoga Kejayaan, Kebahagiaan dan Ketinggian Darjat Iman dapat menjadi milik kita.

Hidup ini tidak lama, esok lusa belum tahu ia milik kita atau tidak. 

Senario di sekeliling kita - ajal menjemput tak kira masa - di jalanraya - di laut - di rumah kosong - di semak samun - di longkang - di hospital....Allahuakbar.

Semoga kita semua mendapat hidup yang diberkati.



“أحب الناس إلى الله  أنفعهم للناس”
“Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat”

Angah Sayang Semua!
Wassalam

Wednesday, January 22, 2014

Rabu Tanpa Kata ~17~

Assalamualaikum...


* Si Capik - Peneman Mama & Abah di kampung. Maklumlah kat rumah tu dah tinggal mama-abah berdua aje

Friday, January 10, 2014

K.A.M.I

Sebelas tahun yang mengajar erti kesyukuran
ketabahan dan redha hati


Doa setinggi langit
agar tautan kasih terus utuh
dan mekar mewangi
mendepani hari-hari mendatang



Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan









Tuesday, December 31, 2013

Dik Eja's Wedding Part 2

Sabtu, 21.12.2013 Jam 3 Petang

Nak merasa juga bertunang walaupun sekejap. Maka betunang lah Dik Ja tepat jam  3 petang. Angah termiss episod bertunang ni sebab sibuk bantu mama di dapoq.






Selesai bertunang, rombongan lelaki bertanggak di Masjid sehingga Asar


Sabtu, 21.12.2013 Jam 5 Petang

Saat yang dinantikan....


Semoga Berbahagia Adik ku

Berjimba-jimba sesama adik beradik, sebelum Majlis nikah berlangsung





Sah lah sudah, semoga perkahwinan Eja & Faiq diberkati Illahi


Selamat Tahun Baru Semua!

Friday, December 27, 2013

Dik Eja's Wedding Part 1

Assalamualaikum kawan-kawan, harap sihat-sihat semuanya. Angah Alhamdulillah, dah pulih dari kepenatan, penat berkenduri kendara….

Maaflah tak dapat live update majlis Dik Eja ni, maklum le tak ada internet kat kampung.
Alhamdulillah Angah dapat pulang awal sikit ke kampung  iaitu pada Rabu 18 hb Disember, jadi dapatlah tolong Mama-Abah apa-apa yang patut.

Kebetulan di kampung tengah musim buah, apa lagi, elok sampai je terus capai rambutan dan manggis.. pergh.. enaknya makan buah fresh dari pokok.




Ok, meh start buat kerja. Kerja dimulakan dengan sesi  meng’ goodies’. Ada 4 jenis goodies bag, untuk tetamu cilik, untuk tetamu dewasa, untuk gang marhaban dan untuk rombongan pihak lelaki. Lepas tu siapkan gubahan hantaran si pengantin. Kerja-kerja gini memang renyah sikit, tapi sebab ramai sedra mara yang sudi membantu, segalanya menjadi mudah dan menimbulkan perasan yang riang ria ketika membuat kerja.


Terima kasih banyak  Kak Yang Jan!


 Hasil tangan Che Na

Dalam adik-beradik Angah, Che Na aje yang tangannya ada sentuhan seni


Nak menambah keseronokan mari kita berinai….TQVM dekat sepupu, Kak Yang Jan, kerana bertungkus lumus mengelola sesi menginai, nanti Kak Yang Jan kawen kami tolong pulak ye…




 Yeyy...dah siap

Angah tumpang sekaki berinai.  I tell you...inai kampung ni sangat harum...fresh menusuk hidung...

Tema baju? Ala tak sompek nak bersedondon dengan semua ahli keluarga, cadangan awalnya nak pakai kuning gold, tapi dek kerana masing-masing beli sendiri, dah bermacam-macam kuning pulak jadinya. Mama pun tak berapa puas hati dengan bajunya. So pagi Jumaat tu kami merusuh ke Kuala Kangsar mencari baju, dapatlah baju berwarna ala-ala peach oren gitu…



Petang Jumaat tu dah terasa sangat aura nak bekenduri, sebab pelamin dan khemah dah siap di pasang…adik-beradik semua dah balik, sedara mara pun dah mula datang, suasana dah mula kecoh dan riuh…phewww..berdebor-debor pulak perasaan  - mengalahkan pengantin Angah ni…haha



hehehe...tukang rasmi...


BERSAMBUNG

Monday, December 16, 2013

Dah SampaI Jodoh

Insyaallah, kalau diizin Allah Subhanahwata'ala

Masa berlalu sungguh pantas, Adik Ja yang dulu angah kendong ke mana-mana kini merentasi waktu untuk melalui hari-hari depan dengan jalan sendiri, semoga Allah merestui kamu dik....






Kawan-kawan yang berkelapangan pada 22 Disember 2013, jemputlah ke kediaman Mama & Abah angah ye...


(klik gambar untuk tumbesaran)

Wassalam

Wednesday, November 20, 2013

Bila Mama Datang KL

Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabor? Harap semua dalam keadaan yang bagus-bagus semuanya. 

Ini cerita last week. Angah bercuti pada jumaat  hingga isnin. Tak kemana-manapun, Cuma meraikan Mama dan Che Na yang datang ke KL.

Kebetulan jumaat 15 November adalah ulangtahun kelahiran mama angah…jadi bole le kami berseronok-seronok…makan-makan dengan adik-adik beradik yang sebahagianya dapat berkumpul di KL.

Malam sabtu kami bawa mama ke Kampung Baru, makan-makan, kebetulan adik lelaki angah si Faeez, yang berkerja di Istana Kinta, datang ke  Istana Hinggap Sultan Azlan Shah di Bukit Traves, Bangsar sebab Sultan Azlan sedang dirawat di IJN.


Che Din & Faeez (Yang Eit)


besday girl di apit Angah dan Che Na


Esoknya
Adik Eja pulang dari Sabah, kami sambung bawa mama jalan-jalan dan soping-soping sket...


hehehehe...mama punya peace terbalik...


Petang tu Adik Eja terus ke UPSI, sebab dia menyambung pengajian peringkat Master di sana




Semoga mama sihat-sihat selalu dan diberkati Illahi



Isnin
Ini lah tujuan asal Mama dan Che na dtaang ke KL
Che Na yang telah tamat Kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) Jun lalu, berkonvo di MAEPS, Serdang





Tahniah Che Na!


Jumpa lagi!