Wednesday, March 17, 2021

Selamat Ulangtahun Pertama PKP!

16 Mac 2020, Malam itu setahun yang lalu, seluruh rakyat Malaysia berkenalan dengan PKP. Malam itu juga Balai Polis seluruh negara diserbu rakyat jelata yang ingin pulang ke kampung sebelum jam 12 tengah malam 18 Mac 2020, untuk elak terkurung di lokasi bermastautin. 

Aku nyaris-nyaris beratur sama di Balai Polis kerana sememangnya sudah sebulan membeli tiket ETS pergi-balik KL-Kuala Kangsar bertarikh 18 - 20 Mac 2020. Tapi memikirkan takut tersadai dikampung, kerana tak dibenarkan balik KL pada 20 Mac 2020 itu, maka burn sahaja tiket itu, kerana aku akan balik seorang diri...tak sampai hati meninggalkan suami dan kucing-kucing  di KL jika aku tersadai di kampung. Tapi waktu itu aku rasa mahu menangis, lantaran rindu pada mak abah yang telah 3 bulan tidak aku ziarahi.ketika itu.

17 Mac 2020, hari terakhir dibenarkan bekerja. Aku yang baharu beberapa bulan bertukar ke Unit Ijazah Tinggi, tersangat risau kerana belum mahir menguruskan kerja. Pengurusan Fakulti sudah berpesan supaya sentiasa elert dengan  emel-emel dari para pelajar yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah dalam hal pengajaran dan pembelajaran. Aku risau tidak dapat menjawab persoalan mereka dengan info yang tepat. STRESS aku.

Rakan-rakan dari unit lain nampaknya lebih teruja bercerita hal-hal ikan, sayur stok makanan untuk tempoh PKP....untungla korang tak payah fikir hal kerja. (eh...dengki pulak aku)

18 Mac 2020 - bangun pagi rasa janggal, sebab lepas subuh tak perlu bersiap ke pejabat di hari Rabu!. Menjelang tengahari talian wassup mula bizi, apatah lagi emel, dengan pertanyaan  pelajarnya, dengan pensyarahnya, dengan pentadbir Fakultinya....haisshhh teruk sungguh perkenalan aku dengan hal yang bernama WFH/BDR.

....ok..selamat malam teman maya sekalian, insyaallah bersambung jika diizin Illahi.


Thursday, December 31, 2020

YEAR END DAY

 2020

Assalamualaikum semua...

Kurang dari 12 jam lagi maka berakhirlah tahun 2020. Terasa baharu semalam kelam kabut kesibukan meledani Disember 2019; pejam celik pejam celik,  tup tup Disember 2020 juga hampir berakhir hari ini.

Begitulah masa, dengan tajam memancung detik hidup kita.


Selamat tinggal 2020, tahun dicanang dan mula disebut-sebut sejak 29 tahun lalu; dengan jenama 'Wawasan 2020' yang membuat semua makhluk di Malaysia ketika itu teruja menggambarkan segala macam kemajuan dan kecanggihan di alam ini.

Pun, ketentuan Yang Esa mengatasi segalanya...2020 berlalu dengan penuh pencaroba yang tak terduga dan mewarnai jagat dengan rona kesuraman.


Selamat datang 2021,
masih meminta agar kau berbaik-baik dengan aku.


Buat semua,
Selamat meneruskan kehidupan
selagi hayat dikandung badan.




Tuesday, December 15, 2020

Disember 2020

Masyaallah...Subhanallah...sudah pertengahan Disember 2020. 

Masa berlari sepicing tidak menoleh lagi. Tinggalkan kita kelemasan cuba menongkah arus waktu yang deras dan keras sehingga ada yang lemas.

Ada yang masih rimas, tidak ketentuan defenasi hidup, sekadar membiar angin masa berhembus dan berlalu begitu sahaja. 

Akukah yang dungu itu?

Thursday, October 01, 2020

HUJAN SATU OKTOBER DUA PULUH DUA PULUH

Pagi yang dingin 
ku putar radio
menemani perjalanan
percik air di aspal
membasah roda-roda
jua kaki kaki pejalan
yang meniti laluan
ke padang rezeki.

Tiba-tiba hati bungkam
mendengar butir berita
yang ke udara
‘kes baharu tercatat di setiap negeri’
…covid kembali meraja
pelusuk negara.

Saat ku buka pintu pejabat
di luar hujan semakin lebat
mengiringi berjuta hati yang penat
kala corona masih rakus mengambil hayat.


                           ...adinaduana/01/10/20/7.30am



...assalamualaikum kawan-kawan...semoga sihat semuanya 


Saturday, July 11, 2020

My Quote


"Tersilap langkah di suatu penjuru tidak menjadikan kau orang bersalah sepanjang usia

Ada jalur cahaya di penjuru yang lain untuk kau betulkan langkah dan teruskan langkah itu

Belajarlah menerima takdir diri yang bukan kita  sendiri yang tulis

Kita dicatur oleh yang maha berkuasa, titiplah percaya"

20/6/20/yangakankembalikepadaNya/adinaduana


Belakangan ini Angah sering diuji rasa 'down' yang tidak menentu. Entah apa punca sebenarnya, sangat meragukan- atau lebih kepada meragukan diri sendiri gayanya.

Terima kasih En. H, yang memberi inspirasi hingga terlahir 'quote' ini. Ia untuk Angah sandarkan jika terasa 'down' lagi selepas ini -  harapnya tidaklah ya.

Terima kasih semua yang masih sudi bertandang ke ruang Angah ini. Semoga kawan-kawan maya semua baik-baik sahaja..dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt.

Wassalam.


Friday, June 12, 2020

Soalan yang tiada jawapan

Kelmarin dolu..(ini kisah Disember 2019 daaa...)
 
Seketul budak bertaraf cucu saudara sebelah Che Din, berusia sembian tahun bertanyakan tentang anak kami...
Beberapa tahun sebelum ini, anak buah Angah sendiri juga ada bertanya akan hal yang sama, dia juga di bawah usia sepuluh tahun. Lagi parah, awal tahun ini anak buah Angah berumur tak sampai.empat tahun.juga pernah bertanya perihal sama....aduhh pening, uphamol pun tak buat kebah ni   .

Situasi kelmarin;
Si cucu suadara ini, menonton tv bersama Angah, Toksu dia (Che Din)  dan Moyang dia (mak Che Din) sambil sembang sembang segala hal termasuk kisah kucing2 yang Angah bela (Geumbi dan tiga ekor anaknya)

Tiba tiba "mana anak toksu...?"
.....Glurp...kelat air liur yang ditelan!
"Ada.." kata Toksunya
"Ada berapa"
"Dua"
"Mana, tak pernah tengok pun..?"
" tu, si Geumbi dengan anak dia"
Ketawa si cucu..."main main la Toksu ni...

Ya, kawan kawan semua, jika lima ke sepuluh tahun dahulu, sudah jenuh kami menjawab soalan orang dewasa. Selepas berbelas  tahun anak anak kecil pula yang kami perlu berhadapan, dan situasinya ternyata lebih sulit untuk memahamkan mereka dengan cara yang berhemah .

Sulit

Ada sesiapa boleh bantu?
Kirimkan solution anda...cehhh..gitew sekali mintak bantuan
 
 
Jumpa lagi!

Tuesday, December 31, 2019

2019

Wahai...
Tergesa gesanya Disember ingin pergi
Tak sabar agaknya Januari ingin muncul diri
Begitu masa maninggalkan dengan pantas
Tersadung diri di sudut sibuknya dunia

Wahai...
Yang keruh harap menjernih
Yang bengkok harap melurus
Yang salah harap diperbetul
Yang kusut harap tidak lagi tersimpul

Selamat datang 2020
Semoga berbaik baik dengan aku

........................adinaduana/sore/31122019

Saturday, December 07, 2019

Suratan

Jangan pernah kalut
Dengan rencam hidup
Itu ini, begitu begini
Ada mata lihat
Ada telinga dengar
Ada mulut, berkatalah benar
Ke syurga atau neraka
Pilihan di.tangan
Kamu yang esok
Adalah apa yang kamu pilih hari ini
Berikat janji iman di hati
Penentu halatuju diri

Jangan pernah sangsi
Pada takdir yang tertulis
Kerna kita tidak sendiri memilih
Sebaliknya dipilih Dia
Melayari suratan
Selayak insan kerdil
Penumpang duniawi
Sebelum mendarat
Di padang abadi

...adinaduana/suratan/7/12/19

Tuesday, December 03, 2019

Bila Penat




     M.U.A.L

     Pelawas bagi kemualan
     telan yang pahit
     pamer yang manis;

     beracun dalam qalbu
     sembuh sendiri dibawa masa
     kebisulan yang menanahkan amarah
     berontak berhempas dalam nanar;

     bisu dalam bicara
     berkata di ekor mata
     terluah dalam suara yang tidak mesra
     kebodohan apakah ini?
     membiar kebaculan
     memerangkap, menjerat
     dengan tangsi angkuh
     kau fikir kau ampuh?
     silakan…
     tapi…
     kau ingat satu perkara
     aku juga tidak rapuh!

                        adindauana/bilapenat/2.12.2019


Image result for bila penat

Friday, October 25, 2019

Sunday, October 13, 2019

Aku tanya apa khabar....

Asslamualaikum buat semua yang masih hadir menjenguk ke laman Angah ni,,,
semoga kalian sihat sejahtera selalu hendaknya...

Lama tak bersua ya!

Begitulah manusia dan masa, seringnya tertinggal oleh detik yang beredar, tanpa tersedari telah lama berlalu pergi dan Angah masih di sini cuba menggapai jarak agar tidak terlalu jauh ditinggalkan.

Sejak post terakhir sekitar Julai lalu, Angah  titipkan puisi  tentang kerja, ironinya kesunyian dan keberdiam Angah juga adalah berpunca dari hal kerja.

3 bulan kebelakng ini, hidup Angah  terfokus kepada kerja...sehingga hilang nikmat hidup!  bunyi terok kan...memang terokk

Kalau nak tahu, kena tunggu...sebab ceritanya agak paaanjaang....

ok, wassalam, jumpa lagi jika si izin Allah...

😃

Monday, July 29, 2019

Kerja oh kerja

Aku berpayung di sini
mengemudi langkah kaki
selagi bernadi

Aku menapak kaki
mencari dan menggali
sesuap nasi

Aku bertahan demi
rezeki yang ku cari
semoga diberkati



....demirezeki/adinaduana/29.7.19

Tuesday, July 09, 2019

Aidilfitri 2019

Assalamualaikum
Apa kabor teman maya semua? didoakan semua  dalam keadaan berbahagia dan sihat sejahtera hendaknya. Angah alhamdulillah, baik-baik sahaja, walau makin kurang berkunjung ke blog sendiri hihiiii

Cerita Aidilfitri 2019;
sengaja Angah tunggu habis semua majlis yang Angah hadiri...rangkum sekali harung..acikann..

Macam biasa, kata sepakat suami isteri, Angah akan pulang beraya sendiri di rumah keluarga sendiri...

Maka ber ETS le teman di pagi raya...menuju ke Kuala Kangsar


Sedih? idok aih..udoh biasa..


Raya tetap meriah, jumpa adik-beradik, sanak saudara...

Ni adik-beradik wajib jumpa...
selalunya memang hat bertiga ni je yang selalu bersua


 BFF Makngah ni pon dah besor-besor belaka...boleh buat gang..

 Gang meronda kampung..




Di bawah ni..pakcik, makcik, sepupu sepapat...





Setelah 4 hari 3 malam...mohon diri kembali ke KL, bertemu semula kekasih hati ihikss

**********************


Kerja dua hari, lepas tu cuti semula untuk beraya bersama sang suami pula. 

Yeyy..che geumbi happy dapat jumpa opah..




Beraya disebelah keluarga Angah dahulu, jadualnya macam biasa akan ke rumah abang sulung Angah


makan-makan


Lepas tu hari seterusnya ke Manjung rumah Cik Na...kita yang kena berjalan ke rumah adik-beradik, sebab dorang dah start kera kan...



lepak tepi laut 

dah ke Manjung, wajib le beli segala hasil laut 


************
Al-kisah pada hari ketiga berangkat le ke rumah mertua pula, tapi biasa nya belah mertua ni, Angah suka bawak dorang jalan-jalan tidoq hotel
Elok sampai di rumah mertua, Angah suruh semua siap-siap nak pi Penang...

taraaa...kami menginap tepi laut daa...sampai hari dah nak maghrib...masyaallah cantiknya suasana..


Apartment dua bilik, sangat selesa dan hargapun berpatutan...


Awan pagi..



Kolam mandi-manda....tapi Angah duduk tepi je..



 Keesokan harinya balik lah ke rumah mertua, jumpa sanak saudara belah Che Din pula...setiap tahun wajib benda yang sama ni je..

Begitu lah ceritanya

Setelah lima hari balik la kami ke KL...


Jumpa lagi...Wassalam









Monday, May 13, 2019

Mak

Assalamualaikum....

Semalamat meneruskan ibadah puasa buat kawan-kawan semua. Semoga sihat dan kuat menjalani ibadah ini..

Semalam Mothers Day...

Walaupun tidak menyambutnya, tetapi saja suka suka mesti nak wish Happy Mothers Day kat Puan Zabidah Mohidi ni..

Semoga mak berterusan dalam peliharaan dan kasih sayang yang Maha Esa



Dating dengan abah..


Selamat Hari Ibu juga kepada semua kawan-kawan di sini yang bergelar ibu...semoga hidup kalian sentiasa di berkati...

Tuesday, April 30, 2019

BENGKEL PEMBANGUNAN STAF FSSS 2019


Assalamualakum...
Lama rasanya tidak bersiaran, apa kabor kengkawan semua, harap sihat sejahtera hendaknya...

Sedikit perkembangan Angah di Organisasi mencari sesuap nasi ini...(perkembangan lain, memang sangat berkembang size badanye..hihii..)


19-21 April 2019

Alhamdulillah,

Walaupun bajet IPTA dipotong-potong, namun Fakulti Angah masih mampu menampung aktiviti untuk Staf Pelaksana. Apalah sangat yek, setahun sekali sebagai penghargaan kepada staf pelaksana..yang bertungkus lumus menggerakkan perjalanan sebuah Fakulti, jadi... mari le kita bergumbira..

Tahun ini bengkel kami di adakan di Melaka, secara santai, tidak ada acara-acara yang teruk-teruk dan memenatkan...ramai yang suka begini, tapi Angah merasa ada kekurangan pula..

Bagi Angah, kalau nak bersantai, elok la bersama keluarga, dengan kengkawan elok lah ada ativiti berkumpulan yang menjadi medan mengeratkan persefahaman menjalakan tugas-tugas di Jabatan . Tapi Angah ok je, layan je...yang penting dalam gambar dan selfie Angah ceria seperti biasa..

Mari tengok gambor lah  ye...



Naik bas ke Bayou Lagoon Park Resort Melaka, mengambil masa 2 jam perjalanan dari UM



Malam 1st day

 Amanat Tuan Dekan



Encik dan Ci Puan pinky



2nd day..
 Bertudung kekelabuan...
Ini rakan sebilik Angah, Cik Faridah, dah 37 tahun berkhidmat dan bakal bersara Julai ini..

 nampak suweet pulak baju maroon tudung kelabu...Ya Allah...badan sangat kekembangan


 adehh..Angah serius bertanya, Fasi gelak-gelak pulak...muka Angah ni ada tanda pelawak kot..eheh.

 ok wifie satu Cikgu...(Pegawai JPA, En. Faeez)


Petang free time, kami meronda ke Bandar Hilir..enjoy..



Balik dari Bandar Hilir, jadi mak dugong pulak...maklumlah banyak masa santai..



Dinner hari kedua is BBQ sambil mengasah bakat terendam karoks....kawan lain le, Angah tak boleh nyanyi..


3rd day




ni lah satu satunya aktiviti kumpulan, buat roket terampuh di dunia...

adeh..barai, tak ampuh..


Tamat sudah sesi... moh berkeliaran di Kolam...tapi tak mandi dah, selpie selpie je..

Enjoi mak mak orang ni...

Sampai masa pulang ke pangkal jalan...

Ada rezeki tahun depan pi tempat jauh dengor nya...


Wassalam