Bengkel Penggubalan Struktur Kurikulum Akademik
Jabatan Geografi, Universiti Malaya
Ini lah bengkel yang jabatan aku buat selama 2 ari kat PD . Matlamat bengkel aku rasa memang tercapai, tapi nak capai matlamat hasil drpad bengkel itu memerlukan bukan setakat cakap kosong ketika berbengkel. Kadang-kadang org. akademik ni pandai cakap sahaja, nak mengelola apa yang dicakap semacam hampeh je, maka keluarlah produk seperti graduan geografi - sejak 1998 - 2003, masih ramai yang menganggur atau bekerja yang bukan dalam bidang mengikut kelulusan (termasuklah cik Deen aku!)
Aku harap kurikulum baru ini, dapat menjana graduan yang dapat bersaing dalam pasaran kerjaya.
Aku terkejut tengok pensyarah-pensyarah aku semuanya baik-baik belaka, selalunya dalam mesyuarat yang buat kat jabatan setengah jam aje yang betul-betul mesyuarat, aku pun ambik minit mesyuarat sikit je, sebabnya lepas setengah jam masing-masing mule le nak menyanggah nak hentam nak perli nak sakitkan ati sesama seniri, yang teruk pengerusi dan AKU yang ambik minit nih, tak tau apa nak aku minitkan asik bercekau aje but yesterday manyak sinang kije aku, semua cool dan berikan ide-ide yang baik, ye lah...suasana percutian semua pree lak tu. aku cadangkan kalu nak dapat good result utk apa apa perbincangan buatlah kat luar taja la tido makan minum... he he he kopak UM
Dah! stop pasal bengkel, penat tau berbengkel ni, meleleh ayo lio aku nak mandi laut huarghhh tak sempat. aku musti pegi lagi kat corus paradise ni, memang beh, sape yang belum penah pegi, aku syorkan pegi, terutama yang ada anak atau yang suka memancing atau yang suka temenung - tempat ini memang sesuai. aku sempat termenung di pinggir lagoon tu pada ari kedua sebelum sesi pagi bermula, mendengar desir ombak, dicium bayu dingin, melihat kebesaran Illahi - lautan dan langit bagaikan bercantum wahh memang mengasyikkan aku nak pegi lagi nak nak nak!
No comments:
Post a Comment