Wednesday, May 05, 2004

Jumpa Pak/Mak Mentua...

Deen dapat cuti ari senin dan selasa, so petang ahad lepas balik keja dia angkut angah balik kampung dia, aiseyman, tak adil le, kampung dia balik berdua, kampung angah, angah balik bujang je...nak buat cam ne...2 ari tu tak cukup nak balik 2 kampung, kalu berkereta mungkin sempat, la ni naik bas duk abih mase turun naik bas aje. Lagi pun sabtu ni angah kena balik kampung angah, sebab si bongsu tu nak daftar kat sekolah matrik gopeng, Deen tak balik, bujang lagi le angah, Deen tak mungkin dapat cuti , sekurang-kurangnya raya nanti baru dia layak mohon cuti lagi.
Balik rumah Deen keadaannya selalu sayu, ye lah ayah Deen terlantar sakit, mak pula dah uzur juga, nasib baik kakak Deen 2 orang tu ibu tunggal, jadi mereka tinggal bersama, ada la juga org nak tolong tengok-tengokkan sakit pening depa. Nak harap Deen selalu balik, idak le nampaknya. Sebab tu bila sekali sekala Deen dapat cuti angah tak kisah dia nak balik kampung dia. Isteri yang baik la katakan...


**********************************************************************************

Adik

Angah akan balik sabtu ni, nak ngantor si bongsu ni, daftar kat sekolah matrik gopeng. Gopeng je, tak jauh tapi bagi mak dan adik sendiri yang tak penah berjauhan tu, hai..macam nak pegi London plak gayanya. Kelakor pulak angah tengok perangai mak ni, mase form 4, sebenornya adik layak masuk MRSM, tapi mak tak heran, dia kata selagi di Manong ni boleh balajo, belajo je le kat sini, tak yah gi mana-mana ekekeke... la ni tak leh buat apa, sebab kat manong tak ada sekolah matrik. Mak kena belajar terima hakikat bahawa anak-anak mak dah besar, mahu tak mahu kena berpisah juga.


************************************************************************************

Telah Di Atur Illahi

Seminggu dua ni, ramai orang yang angah kenali dijemput Illahi. Bila org yang meninggal itu agak rapat dengan kita, selalunya kita tidak dapat menerima kehilangannya, apatah lagi jika kematian itu dengan cara yang mengejut. Petang semalam sekembali dari kampung Deen, angah dikejutkan dengan SMS dari Ana, katanya - Pak Cik Mail kemalangan - teruk. Bila baca perkataan teruk tu dah terlintas perkataan 'mati' dalam otak angah. tapi angah buang jauh-jauh. Selang setengah jam Ana call pula, dengan sedu sedannya, angah dah agak keadaannya, tapi saja angah tanya Ana acik mail kat rumah ke hospital? teruk sangat ke? Ana kata dah meninggal dah... innalillahiwainnailahirojiun. last angah jumpa acik mail mase balik ngundi ari tu, petang semalam dia dah tak ada. Adik lagi sayu, sebab jam 2 petang dia masih bertegur sapa dengan acik mail ketika lalu dekat bengkel kereta acik mail. Malang berlaku lebih kurang 3 petang, satu kampung dengar bunyi meletup, rupa-rupanya bumbung bengkelnya yang baru dipasang 4 hari lalu runtuh dan menhempap arwah. Angah bayangkan dia eksiden kereta ke apa ke, tak sangka pulak malang nya di tempat yang begitu hampir. Al-fatihah buat Acik mail, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Acik mail baik orangnya, w/pun dia hanya suami kepada sepupu mak, tapi dia lebih akrab dari sepupu-sepupu mak sendiri. Si kecil Amirul, Amar, Aimran dan Amir, waris Acik mail- jaga lah ibu kalian baik-baik.

No comments: