Tuesday, June 15, 2004

Kuhantarmu dengan kasih dan sayang

Marahkah kau pada kakakmu yang seorang ini wahai Farhana?
janganlah begitu, bukan kakakmu ini sengaja
sekalipun tidak pernah terlintas untuk membezakan
antara dirimu dan adik bongsu kita itu
maaf ya Farhana.

Berkali-kali kakakmu ini menelefon tapi tidak kau jawab
"ala...ana ada aktiviti ni, ok lah nak kena beratur ni
kena jalan kaki pulak nak balik hostel"
ohhh sebok rupanya...adikku yang sorang ini
macam mana la agaknya si Farhana tu
dihambat waktu yang tergesa-gesa macam ni
bukan apa, si Farhana ini begitu slow
terutamanya bab mandi, bab jaga kecantikan
dekat kampung dulu bebulu je adik bila Farhana kat bilik air
berjam-jam duk bilik air, sampai kena jerit baru keluo.

Pandai-pandai la Farhana bawa diri
ada rezeki kakakmu ini akan mengjengukmu disana
jgn lah kata kakakmu ini sengaja tidak menghantarmu tempohari
sebenarnya, kakakmu ini tak dibenarkan cuti
sebab di UM ni juga menerima pelajar baru
macam ana juga.

Salam sayang setulus hati buatmu Farhana
Semoga Allah melindungi keseluruhan hidupmu di sana




No comments: