Wednesday, April 22, 2009

Sudah Sampai Janji

Saat kematian menjemput, tidak sesaat dilewatkan dan tidak juga sesaat dicepatkan, itulah janjiNYA yang mengakhirkan sebuah hayat hidup anak adam di dunia fana ini. Al-Fatihah buat insan bernama Zul Azman Zakaria, seorang staf akademik di salah sebuah jabatan di fakulti angah ni.

Jam 5.00 petang semalam angah didatangi Kak Hanim, secretary Dekan, yang meminta fail peribadi Saudara Zul Azman Zakaria yang dalam simpanan angah. Kata kak hanim urgent sebab nak cari no. telefon isteri saudara zul. Rupa-rupanya saudara zul rebah kerana sakit dada dan sedang berada di PPUM setelah dibawa oleh rakan sejawatnya. Oh ye ke kata angah, angahpun bagi la. Ehhh tak sampai 2 menet kak hanim datang balik, cakap saudara zul dah maninggal, innalillahiwainnaillahirojiun. Kak hanim ni plak sememeh sket dah terkedu tak tau nak wat pe, tak pe la meh angah cari no.phone wife dia, tapi tak de, yang ada nama ngan alamatnya je...kecoh la sket suasana opis sebab nak cari no. Phone wife dia, staf lain pun dah mula berkumpul dekat angah nak tau cerita...dapat no. Phone wife dia dari fail Ijazah Tinggi tapi dah tak berfungsi...alamakk...jiwa raga jantung tangan kaki angah dah berdebar-debar, last sekali angah tepon operator mintak tracekan by name, dapatla no. telefon kampung wife dia. Dipendekkan citer dapatlah angah cakap ngan abanngya...dan maklumkna hal kematian tersebut... PERTAMA kali dalam hidup ngan memaklumkan kematian kepada waris, aduhhh rasa seram sejuk, sampai saat angah menulis ni pun debarnya masih ada!


Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)


TERKESAN

Sangat menginsafkan pabila mendapat tahu orang yang kita kenali telah tiada di dunia ini. Sepanjang malam angah membanyangkan bagaimana perasaan yang dilalui isteri arwah saat menerima berita kematian suami tercinta. Terpamer-pamer di ingatan saat kecoh-kecoh menncari no. telefon waris si mati, kalau lah terjadi pada angah - sedangkan angah ni bila merajuk atau kecil hati dengan che din mesti matikan handphone, kalau boleh tak nak dengar sore dia, bior dia risau tak dapat kontek angah, huuhhhh kalau waktu itu jadi apa-pa kat che din dah tentu menyesal seumur hidup! Huhhuhu janji...tak mo tutup handphone lagi.....janjiiii.

No comments: