Saturday, February 20, 2010

IKAN BAKAR DAN... 'TERBAKAR'

Ahlanwasahlan...
rehat panjang semalam pi jalan-jalan
cari makan
semua hepy sakan
last-last tersadai di tengah jalan
panas rasa nak pengsan
kaki juga ada jalan, pelan-pelan...

ekekekekeek pantun kah ini atau gurindam kah ini...belasah je la asalkan boleh mengambarkan episod tengahari semalam adanya..

Alkisahnya aye n da gang berkobar-kobar nak makan ikan bakor belakang istana, waahhh kat situ je yang kamik mahu ye, ikan bakor tampat lain tak main nyahh..
oleh kerana sekor pun tak tahu jalan, maka kami pun mendapatkan khidmat Incik Nizam utk menceritakan landmark nak ke situ (bukan main semangat lagi incik nizam bercerita!). oh.. ok ok ok semua paham nampaknya, apa lagi serbu 'sport car' cik yah, makkaihh rasa masuk lam kawah bubur lambuk plak, hangat bebenor, almaklumle parking sastera ni tak ada berbumbung...suhu pulak la n i lebih 36 darjah... tak pe tak pe ikan bakor belakang istana nyer pasal..Kecoh tul!


Takat sampai kat susur istana negara depan muzium tu semua relek lagi...pas tu ada dua simpang...huhuhuhu bermulalah 'Drama', pakat amik yang kanan, jalan punya jalan..laaaa masuk pusat bandar plak, tak pe tak pe...patah balik ke muzium, haaa hat ni kompom amik jalan kiri...semua rasa lega...pas tu jumpa dua simpang lagi, amik kiri plak oppss kanan la... dah salah...nak berenti ngundur sket tak boleh sebab ada kereta folow rapat..makan angin lagi....(campor naik angin hehehe) pakat riuh dah..lam keta...tak pe tak pe patah balik...cari muzium. kalo depan muzium tu ada kemera, musti dia dah merakam kan 'sport car' cik yah dengan rasa curiganya sebab dah tiga kali lalu dalam masa setengah jam! huhhuhu...ulang balik jalan yang sama, 1st simpang betoi, 2nd simpang pun betoi, ingat dah nak sampei dah, tapi lain macam je, sampai puspanita rupanya, bayang jalan belammy tarak restoran tupai-tupai pun tak nampak, yang ada restoran kancil je.. hiii tak ndak le makan kancil, nak ikan bakor...so amik keputusan tanya kat orang yang ada kat situ, marziah dgn vogue nya telah bertanya arah, ati rasa tak berapa yakin, boleh caya ke si marziah ni... reda je la, itu budak india cakap, patah balik amik kiri pas tu amik kanan, pas tu...tak tahu redah je. sib baikkkk betoi, baru lah nampak si tupai-tupai...yakin benor dah rasanya ni, dah nak sampai dah ni..perrghhh ada dua simpang lagi, try le ke kanan cik yah ooii, tu dia duk pusing balik kat tupai-tupai mwahhh..mwahwahwah, lepaih ni kalo tak betoi jalan lagi nampaknya memang rezeki tokei tupai-tupai le, pusing balik amik simpang lagi satu...Alhamdulilahhhhhhhh sampai jugak akhirnya...dengan ketik ak yang dah lenjunnnn. Gitu le citernya nak cari ikan bakor belakang istana...perghh ramainya manushiaa sib baik dapat meja dan makan lah kami dengan lahapnye...huhuhhuhu ida yang paling lapor nampaknya, ingatkan pinggan dia tirih ekekeekek, wawa slow n stedy sebab pakai corset biutifull..aduhh nak melawa jek kejenye. Tocei cik marziah yang telah mengeluarkan belanja utk lunch ni, semoga murah rejeki dan banje kami lagi...apale sangatttt Jutawan skor A katakan... (huhuhuhu tolong promosi ni!).


antara yang dibedal oleh kami

20 menet kemudian...huhuhuhu tingge tulang..

Dah dah jom balik! jalan nak balik senang bebenor rupanya...sekejap je dah sampai UM. Ahaaa 'sport car' cik yah perlukan minuman nampaknya, jom teman cik yah isi minyak dulu, waktu pun awai lagi ni, p la kat seksyen 16, belakang UM je. marziah nak ngelat suruh drop dia kat opis dulu, hishhh tak dapat cekkkk oiii moh ikut sama...kwang kwang kwang....tang sini la drama tengahari tu bertambah dramatikkkkk, 'sport car' cik yah berbunyi pelik masa naik bukit 9 college, kami pakat tuduh ida berat sangat ni...sampai kat pondok guard berenti cek tayar, semua ok...memang kompom sebab ida berat ni! masuk balik lam keta, duhhh tak mau start plak...tak leh ke depan, ngundur je boleh apaaala 'sport car' cik yah ni, mendera perasaan betoi lah. Tersadai la kami dibahu jalan, ditengah panas terik, dengan perut kenyang lagi hhuhuhu cayor mekup dema. Pak cik guard tu kata, bio keta tu rehat dulu, bagi sejuk enjin, pegi le balik sastera jalan kaki, dekat je...katanya..huhuhhuh kelat muka wawa ngan marziah sebab dema pakai kasut tinggi dan runcing ermmm alahai...


laju tu..cik yah mentang-mentang kasut flat

hihihi yang vogue bertumit tinggi

Moral of the story...cik yahhhhh tuko le keta baru....eh silap silap...moral of the story...jangan 'ingka' sangat di tengahari....wa cakap lu...

No comments: