Saya ingin bahagia
walau tak punya banyak perkara
apa yang orang ada, saya tak punya
ketara!
tapi tak mengapa
Saya ingin gembira
dengan apa yang saya punya
mungkin orang lain tak ada
ketara!
tuhan tak pernah berdusta
setiap hambaNya rezeki sama rata
Yang berbeza cara menerima
jadi
lebihkan doa meminta
dan redha apa yang terahsia
Saya orang yang tak banyak punya
tapi ingin bahagia dan gembira
dengan apa yang tuhan pinjamkan utnuk saya
Semoga anda juga bahagia dan gembira
dengan apa yang anda punya..
sayayangtakpunya-tetapiada/28112010
2 comments:
suka semua bait-bait ungkapan ni.. semua orang boleh bahagia kan?? itu pilihan kita sebenarnya kan..kan...
Tq cik pnut. Setuju...bahawa bahagia atau gembira itu pilihan kita sendiri ..betul betul betul..
Post a Comment