Jangan tawarkan cinta
Dari bibirmu
Kerana kau mungkin akan terlupa
Dengan apa yang kau ucapkan.
Sebaliknya,
Berikan aku cinta
Dari lubuk jiwa
Kerana ia tanpa ada paksa
Dan lebih tulus kasih sayangnya.
Jangan tawarkan cinta
Dari pandangan mata
Kerana kau mungkin terkhilaf
Dengan paras rupa.
Sebaliknya,
Berikan aku cinta
Dari rasa iman
Kerana ia berpandu taqwa
Dan kita akan lebih bahagia.
Kasih,
Tawarkan aku cinta
Berikan juga aku cinta
kerana sehaluan bicara
janji yang seia sekata
Kitakan bisa bersama
Menempuh segala gelora
4 comments:
cantik sajak tu..
tq my frenz...ni sajak orang yag selalu kena tinggal sendiri...
salam nama kita sama kan???apa pun 4llow uu
ye la sama nama kita...aye anak no. 2, sebab tu panggil angah...:D
Post a Comment