Ada apa pada hari ini?
Saje je,
terasa nak mengabadikan tarikh yang cantik ni dalam entri di blog ini. Tak de kaitan apa-apa dengan diri angah pun.
Angah nak ucap tahniah pada rakan sepejabat Puan Hamidah Ali kerana mendapat cucu pertama pada tarikh ini.
Pandai baby tu pilih tarikh lahir ek..
dan angah nak ucapkan semoga bertabah hati pada seorang lagi rakan sepejabat kerana...
Masa breakfast tadi, dia bercerita
bahawa tarikh ini sepatutnya dia bersanding di singgahsana perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya. Bagimanapun jodoh tidak tertulis untuk mereka bersatu sebagaimana yang dirancang.
Jadi....
tarikh ini merupakan hari yang akan dikenang sebagai 'tarikh pahit' dalam hidupnya.
Begitulah manusia merancang tetapi Allah merancang dan menentukan yang lain untuk hambanNya...
4 comments:
angah, begitulah kehidupan... kita hanya merancang tapi hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yg tersirat dan tersurat.. istimewanya tarikh itu hanya sekadar nombornya sahaja 111111 tapi tidak ada perkara lain yang lebih istimewa, hari hari lain pun tetap sama kan... kita sendiri yg membuatkan hari itu istimewa atau sebaliknya, betulkan?
betul kak yati, tarikh tu hanyalah angka yang cantik, tiada apa yg menyebabkan ia lebih istimewa dari tarikh yg lain...
Tarikh manis dah tentulah tarikh lahir kita sendiri.. kan.. Kalau takde tarikh tu, takde la kita kat dunia ni... :)
11.11.11 gua lambat mandi hari tu keh3
Post a Comment