Wednesday, December 14, 2011

Chini Part 1

Tasik Chini ...Angah datang!

Penat!
Penat wa cakap lu…
Rasa nak terkolap segala sendi-sendi
Sampai hari ni sengal-sengal badan belum hilang…
Inilah penangannya berkelana jauh dengan si comel
Kadang-kadang bila nak berjalan jauh
Rasa nak sumpah si comel mengembang sebesar Myvi
Tapi bila nak parking kat flat angah yang crowded ni, dia menguncup semula, jadi saiz asal

Ya kawan-kawan, ini cerita angah yang melana ke daerah chini di hari jumaat yang lalu. Rasanya tiada siaran ulangan untuk ke Chini kalau menaiki si comel, cramp yo!

Bermula di Karak Highway sekitar jam 11.30 pagi, kami sampai ke Temerloh dalam 12.45 tengahari. Minum-minum,  ke toilet bagai… che din pun gi solat jumaat, sementara angah cuci mata dan cuci poket di pelbagai kedai-kedai yang tersedia  secara berpusat, dekat-dekat dan padat-padat  perghh.. heaven untuk kaki shoping.

Sambung perjalanan dan sampai ke Gambang dalam jam 3.45, berenti lagi, minum-minum dan mengeliat-ngeliat meluruskan badan. Masa ni badan memang dah kebas sana-sini.
Bila dah lega sikit sambung perjalanan , perjalanan yang agak menyeramkan, dalam hutan sawit! Sampai ke Resort  Tasik Chini jam dah pun pukul 5 lebih…humanghaihhh…panjangnya perjalanan….

Sila le nikmati gambo-gambo kenanganku ini...


Langit dan awan yang cantik mengiringi perjalanan kami

Masuk ke lorong menghala Tasik Chini, kami disambut kumpulan lembu-lembu yang berkelana sepanjang jalan

 Ni le penginapan kami

Ni chalet kami, selesa dari segi saiz tapi tak berapa bersih, banyak habuk, macam jarang orang pakai

  persekitaran chalet

Pemandangan dari daratan 
 (1)

(2)

Time to posing-posing



Dah sampai sini rugi le kalo tak belayar...Jom!

Ready to go!

 Warna airnye sangat menyeramkan

 kata org kat situ, melalui lorong sempit antara pokok-pokok ni....sang ular pernah melompat ke dalam bot! huhhuhu, che din dah cuak tak nak naik, tapi angah nak jugak, nak jugak! tgk siap boleh posing senyum-senyum lagi...:p


sempat singah ke daratan perkampungan oang asli

Ni nak sampai ke jeti semula...


TQ to  Pakcik driver bot. 
Masa nak sampai jeti, pakcik ni telah menunjukkan skill membawa bot seperti kat F1...makaihhh...kecut perut



2 comments:

Cik Azz said...

Idok la akak nak naik bot kat tengah2 tasik tu... Belum apa2 dah meremang dah ni haa... hahaha...

Angah tak mimpi2 ke tido kat bilik yg berhabuk tu.. kihh3..

Angah said...

kak azz, kalo tgk tasik tu memang takut, tapi bila dah ada kat atas bot, ketakuatan semua hilang...

adui...nak mimpi macam mana...asik bersin je..