Monday, December 24, 2012

FSSS Family Day 2012


Assalamualaikum
Alkisah hujung tahun, banyaklah aktiviti-aktiviti mengabihkan bajet, belanjawan mengurus dan sakneka benda yang melibatkan duit peruntukan tahunan. Kalo tak abihkan takot-takot bajet tahun akan datang akan di putung! Lebih baik aaabiskan...

Salah satu aktiviti yang paling pemes dihujung tahun adalah FAMILY DAY ...Yeyy!  Teruja nokss..

Tahun ni opis angah dapat bajet lebih, so daptlah buat  family day di luar KL.  Ohwyeh, Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka menjadi destinasi . Sebenarnya bajet lebih diberi UM tu adalah untuk Bengkel Pengukuhan Staf, Family Day itu hanyalah aktiviti selitan aje...tapi tak apa lah, yang penting  dapat tido hotel kikiki...

Yang paling buat angah teruja tu sebab buat  julung-julung kalinya Che Din ikut serta, sumpah seronok, rase nak nanges pun ada beb, seronok sebab tak payah jawab soklan orang..’mana suami?’, ‘datang sorang ke?’ ‘suami tak ikot ker?’ ahak...cayang Che Din.

07 - 09 Disember  2012 tarikh kejadian, maka jadilah kami orang Melaka untuk 3 hari 2 malam.

Kita mulakan dengan tinjauan lokasi, Team penginapan telah beberapa kali berkunjung ke lokasi snap-snap gambor dan mencuba-cuba makan. Inilah loasinya:


Kolam luas giler, seronoklah kamu wahai kanak-kanak riang!

Ni lokasi untuk sukaneka, sebelah tu macam hutan, tapi ada lapangan untuk main tembak-tembak (pintball)

Jurulatih memanah pun ada - ia  termasuk dalam pakej

~~~*~~~

Persiapan-persiapan sebelum hari kejadian:-

heheh! koje koje juga, posing mesti...wajibun. 
Masa ni tengah masukkan roti, snaks dan ayo botoi dalam goodies bag. Akltiviti membalut hadiah cabutan bertuah dah buat awal-awal lagi

Nah! siap semua, tunggu nak angkut je nih

Hah! angkat, angkat jangan nak posing je

tu dia, lori 5 tan ni. Penuh uols

Dah sampai Puteri Resort....

Memanglah! posing lagi

Bengkel pertama bertajuk: Kerja Berpasukan

Tea time! Habis je bengkel berebut makan, lapor weh

Kannn dah kata, kanak-kanak riang ni, amak ayah dengar ceramah dalam bengkel, dorang dah berendam dah...

~~~*~~~

BBQ Dinner

Acara makan malam dimulakan dengan penyampaian sijil kepada staf cemerlang tahun 2012. Tahniah beb, semoga terus cemerlang 

Next...yang ditunggu-tunggu, cabutan bertuah. Angah kalo acara ni, memang jarang yang bertuah. Dalam banyak-banyak hadiah tu, angah dapat yang cokia je? haih!...gambor pun tak de, sebab diri sendiri yang pegang kemera

Sebahagian kanak-kanak riang (anak-anak staf)

Hari kedua, sambung berbengkel, kali ni tajuknya: Professionalism 

Habis bengkel, posing lagi

~~~*~~~
SUKANEKA...saya suka saya suka!
Tahun ni angah dalam kumpulan Rumah Hijau

Eceh...pestime bersukaneka dengan suami.lalalalala...

omak ko sangkut! hah!


Angah- mantan pemain hoki kebangsaan. Che Din- mantan juara Joran Berita Harian  kikikiki


Masa sarung guni ni, angah mula-mula lari, tapi macam tak pergi je, last-last melompat macam pocong, adui malam tu kembang peha...sengal badan sana sini...
Ish heran le, tahun lepas juara, tahun ni pun team angah juara..ish heran benor!

Selepas acara sukaneka ni, aktiviti bebas sampai keesokannya, ada yang ke Zoo, ada yang pergi Bandar Hilir, ada yang berendam kolam tak naik-naik. 
Angah? Qada tido, penat weh, sebab angah berlari sana-sini snap gambor.... photographer...katanye...



Ok sampai di sini saja...Bye bye




8 comments:

Ujie Othman said...

Akak pun penat tengok gamba ni..org yg amik lg penat. sbb byk.. ^__^

Angah said...

memang penat kak, sabor je le

mdmlala said...

awat tak habaq mai melaka..
leh jumpa.. UteM ngan p.resort ni sejengkal aje...

Kakzakie Purvit said...

Wah... meriahnya Angah. Walaupun penat tapi mesti semuanya balik dgn senyuman...

Cikgu Ma said...

meriahnya...

Izan Ishak said...

wahh... banyaknya gambar. bestnya rangkumkan semua sekali aktvt dlm satu masa...

Angah said...

Madam, oh ye dekat eh. segan la nak jumpa madam..angah kan pemalu kikiki

KakZakie, mostly semua balik dengan senyuman sebab dpt lucky draw yg best best

Ya... Cikgu Ma..

Izan, Salam ukhuwah

Mazni said...

Kak ina: seronokla kome dpt merasa family day...awok udoh sepi sejok pindoh unit...ate staf 2-3 kerat...sedeyyyy..isk..iskk