Tatkala rasa gembira ditarik angin
Tatkala rasa ceria dipimpin pergi
Yang tinggal hanya gundah gulana
Di rimba jiwa
Bukan mahu menyanggah takdir
Tetapi terkadang kita
terfikir
Kenapa dan megapa sesuatu perkara itu
Berlaku pada diri kita?
Selalunya perkara yang buruk lah
Membuat kita tertaya-tanya
‘apa salah aku’
‘apa dosa aku’
Kalu perkara yang gembira
Kita tak akan fikir dah
Melompat setinggi boleh
Bergembira semahunya….
* kalau sedang dilanda duga, cuba pandang di sekeliling – mungkin ada
orang lain yang lebih parah deritanya..
9 comments:
Akak tengah dilanda kerisauan... Risau dengan masa depan yang tak pasti...
Kalau difikirkan sangat, rasanya tak mampu dah nak tersenyum.. Apatah lagi nak ketawa ceria.. Namun, terpaksa juga lalui itu semua...
Allahu Akbar.. Moga Dia lindungi kami sekeluarga.. dan kamu juga Ngah... Amin...
ari ni mood ke laut la....
Kak Azz,
masyaallah... selalu macam tu la kita. suka risau tentang masa yang ke hadapan, bukan sengaja nak fikir, tapi fikiran sebegitu yg selalu datang tanpa di undang..BERSERAH saja lah kak Azz, hidup kita ini milik yang mahaEsa..semoga beroleh yang baik-baik saja..amin..
Pena, kalau 'en. mood' tu dah ke laut, kena lah tebarkan jala untuk bawanya ke pangkal impian kembali...:D
betui tu angah.. kadang2 bila down. kena pikiaq.. banyak lagi kan orang len yang lebih sengsara.. uhuk3 (T___T)
semoga sentiasa ceria lah hendaknya. buangkan mood2 negative tu...
dugaan tu kadang2 mcam terkena kaca di jari...kadang2 mcm warna pelangi...jd kita tak boleh buang sebab kita tak tau mn satu akan jadi warna pelangi =)
setiap manusia tidak sunyi dari dugaan.. sesungguhnya dugaan dan ujian yg diturunkan Allah itu sebenarnya memaniskan dan mewarna warnikan hidup di dunia fana ini..
Eis, selalulah berfikiran begitu, semoga hati kita tenang..
Madam, selalu cuba nak elak dr berfikiran negatif, tapi kita ni nama pun manusia kan...setan selalu hasut..
Cikgu Ma, noted!
Kak Yatie, berbahagialah kepada hamba-hamba yang selalu redha dengan ujian. angah juga sedang mengasah diri supaya selalu tenang bila ditimpa dugaan
Terima kasih kawan-kawan semua...
Post a Comment