Assalamualaikum kawan-kawan, apa kabor? Harap
sihat sejahtera dalam meniti hari-hari akhir Ramadhan ini. Semoga semua amalan
baik di terima dan diredhai Illahi.
MOOD RAYA! Kan kan kan….
kat opis angah, sehari dua ni, tak de staf yang berapa nak kusyuk buat koje dah…banyak
koje dah masuk tray KIV dah…lagu raya jangan cakap le, semua pc berlawan putar
lagu raya, itu belum masuk yang nyanyi sendiri sampai hujan lebat turun kat UM
ni kikikiki
Angah pun malas dah nak buat koje, nak nak
pulak bos-bos besor dah stat cuti hari
ni….ada ke patut bos cuti dulu, terpaksa lah anak-anak buah ni jadi bos ahahaha.
Lagi tak patutnye, bos cuti tak tinggei duit raya pun kat kami huisssss…tak
patut tak patut…takpe ar..tak yah bagi duit raya kat kami, duit bonus kami pun
banyak, sampai tahun depan pun tak abis makan….hahahaha voleh velagak vegitu?
Ok lah, oleh kerana lagu raya dah
berkumandang sana-sini, angah nak ngajak kengkawan semua memilih lagu raya
kegemaran kengkawan tu. Share sikit lagu apa yang korang suker…
Ini
top 5 pilihan angah
·
Indahnya Beraya di Desa –
Azlina Aziz
·
Aidilfitri – Fazidah Joned
·
Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim
·
Sepasang Kurung Biru – Khiril Johari
Johar
·
Senandung Hari Raya – Dayangku Intan
Dan juara antara juara adalah….mari nikmati bersama...
4 comments:
alamak..lagu saya xde dlm senarai Kak Ina la..sy minat Kak Pah yang Nostalgia Aidilfitri tu...btw, Selamat Hari Raya Kak Ina, semoga bergumbira sakan yeee..
selamat hari raya juga untuk Mazni sekeluarga, mohon maaf zahir batin nyahhh...
Yeahh lagu ringtone akak laa..tuh..skrg nie.. pandai2.. sama taste laa kita. Angah
Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin.. buat Angah sekeluarga..
Balik kg tuh hati2 di jalan raya yer.. :)
Kak Rinna, bestkan lagu ni...angah pun nak ucap selamat jugak untuk akak sekeluarga....berhati-hati di jalanraya...Maaf Zahir Batin
Post a Comment