Gitu mukadimah…. ala-ala orang tersangat insaf je
bunyi. Haruslah insaf, sebab angah
eksiden pada hari sabtu lalu. Kesan trauma memang menyebabkan rasa takut lalu
terbit rasa sebak dan insaf. Perggh hati-hati di jalanraya ye kawan-kawan. Kalau kita
memandu dengan berhemah pun, ingatlah ada spesis pemandu yang tidak menghiraukan
segala peraturan dan undang-undang.
Tapi ye lah, dah nak terkena kan? Malang
memang tidak pernah berbau, kalau berbau busuk ke kehong ke, dah tentu angah tak akan
berada di tempat kejadian, sekali-kali tidak! Ini di kerana angah hanya suka
pada tempat yang wangi-wangi saja tau, macam kat
taman bunga ke, kilang minyak wangi ke, kat spa ke…. Eheh, saje…melebih-lebih
di situ.
Ceritanya sabtu lalu, che din keje half day
saja, dan keesokan nya pula dia keje petang, so agak panjanglah masa rehatnya. Dah tentulah angah tak mahu
melepak-lepak di rumah, maka berperancangan ingin menikmati keindahan pantai, pantai apa yang paling dekat dari KL? Pantai Bagan Lalang? Ohh tidak, ia sungguh banyak lalat.
Jadi nya kami ke Pantai Port Dickson, yeehaaa
Omai omai G….terujanya nak bermain-main
pasir di pantai yang memutih…dah berangan-angan nak self capture macam biasa,
che din capture angah, angah capture che din. Nak bina istana ala-ala istana
Camelot dalam siri Merlin, nak
timbus-timbus diri dalam pasir kunun…dan paling penting nak menjadi saksi
terbenamnya matahari di dasar laut pada
hari tersebut, begitulah ! begitulah kegedikkan nya dalam berangan-angan itu.
Lupa pada pesan orang tua, ‘jangan ingka
sangat…terutama di waktu senja’ amikkk akhirnya melangut dibalai Polis.
Ekceli angah dah pun memijak-mijak pasir di
Pantai Bagan Pinang, tempat yang paling hevock kot, sebab kat seberang jalan dia
ada pasar malam, memang ramai giler orang ka situ, pantai penuh ngan orang berkelah, orang mendirikan khemah, berasap berbbq bagai…memang hapening uols!
matahari masih tinggi waktu ni..
Indah kannn...
Macam biasa berselca
selca…(self capture)
Angah capture che din
Tapi rasa macam lama pulak nak tunggu matahari terbenam, angahpun ajak la che din move ke pantai bersebelahan, yang ke hadapan sikit dari Pasar Malam tu,
tempat tu rasanya dipanggil Batu 4, kat situ nampak lagi cool sebab tak berapa ramai orang. Che
din kata ‘ok saja, ikut suka’ oiii mak …terujanya bile suami mendengor kata..lalalala
Menambah keterujaan pergi shoping kat pasar
malam dulu, beli sakneka jajan kenkunun nak berkelah sambil menunggu matahari
terbenam di depan mata.
See..budak yang sangat hepy beli jajan yang
nak di makan di pantai. Mulut pulak berkali-kali asik ulang-ulang menyebut nak
tengok-sunset, nak tengok sunset…macam budak kecik tak cukup umur kayak
gembiranya tu
Namun, apakan daya, malang tak diduga menimpa, ketika nak membelok ke arah pantai kereta
kami dihentam dari belakang walaupun telah memberi signal. Senyap, kepala angah
berdengung sebab terhentak seat, sampai patah klip sanggul angah,
oh..terperanjantnye hati dan jantung ketika itu.
Habis koyak bumper, sensor pun senyap dah tak berbunyi...
Betul-betul rasa nak marah uols, ikut hati nak je jerit kat orang yang langgor tu, alahai...apo nak dikato..ke balai polis le kito.
Sunset ke mana, jajan ke mana...TAK BEST TAU!
15 comments:
assalam angah..betul la angah..malang tak berbau..alhamdulillah angah berdua selamat.
Adehh... Bila dah jadi macam ni, terus hilang mood hepi tu, kan...
Takpe la Ngah, kena sikit je tu.. Mujurlah x-cident kecil je.. Sabar la ya.. Dugaan semua tu..
PD memang best, kan... Tp Bagan Lalang akak tak pernah pergi lagi..
Alahai siannya Kak Ina, nasib x apa2. Itu yang penting....benda nak jadi, nak kata apa..nama pun malang tak berbau...byk2kan sabar yer...minggu dpn g tgk sunset kat lain..Cherating..bestttttttt.....
Alhamdulillah Kak Ina n Che Din x apa2..itu yang penting....tp kuat juga la klu kena camtu kan? Sabar la ye...benda dah nak jadi...xpe...next week g tgk sunset tpt lain...kt Cherating, sesak pun tak, pantai pun putih, air pun hijau...mmg seswaiii..Maz slalu gamble ujung minggu ngan anak2 g sana....
cobaaannnn...
yg penting angah berdua ok...
Acik, apa nak buat dah nak terkena
Kak Azz, memang spoil mood, tak pe len kali pergi lagi. Pantai Bagan Lalang kat sepang tu angah tak berapa suka la kak, tapi boleh lah kalo akak nak cuba
Maz, Cherating...ok note, ramai org cakap best
sungguh tak berbau malang itu.. ish ish ish.. mujur bumper kereta je yg cedera.. Alhamdulillah tuan2 keretanya tak ada apa2.. Betullah kan kalau kita saja yg berhati2 pun tak ada gunanya kalau disebabkan kecuaian org lain kita juga yg terbabit sama... Moral of the story, pakat2lah kita sentiasa berhati2 dan berhemah di jalanraya giteww..
Kesiannya.... habis claim insurance org yg sodok atau macam mana? Dah nama pun accident siapalah yg dapat menjangkanya Angah. Teruk tu sampai rabak habis kakak tengok.
Sekarang kereta dah masuk workshop atau masih tunggu insurance lagi? Biasa kalau insurance mesti ambil masa lama. Sabarlah Angah.
Zino, memang betul- betulla...cobaan
Kak Yatie, dah nasib...memang dah tertulis begitu
KakZakie, masih tunggu report polis keluar, esok dapat kot, kalo yang sondol tu jatuh bersalah, angah baiki keta guna insuran dia lah
allah.. musibah2..
Ciannyer... Sabar ek
kesiannya kak..nasib baik terselamat semua dan tak jadi apa2..
Mula2 nk ketawa dgn intro..mcm ayat surat dolu2..
Lps tu..kesian kat korang berdua. teruk gak keadaan bumper tu. mmg kena ganti baru terus. Hrp dpt settle lancar sume ya.
Alamak...tekopak sudaa....sabo je la ye
L, bila kena musibah gini kenalah muhasabah ye..
Pena Rozie, memang kena sabor bebanyak ni
Salina, alhmadulillah, pemandu, penumpang tak de yang tercedera, kereta je lah
Ujie, memang kena ganti baru bumber tu
KJ, tu la malang, baru nak enjoy duit bonus huhuhhu putih mata...
Post a Comment