MAKSUD AYAT KURSI
Allah tidak ada
Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya,
tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi.
Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah
mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka
tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara
keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)
KELEBIHAN AYAT KURSI
·
Sesiapa yang
membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap
pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah
akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang
buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya
juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
·
Mengikut keterangan
dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap
hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga
semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan
izin Allah.
·
Syeikh Abu Abbas
ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada
air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal
fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
·
Rasullullah s.a.w.
bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,
Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
·
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian
berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
·
Orang yang selalu
membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara
Nabi Muhammad.
·
Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan.
·
Pengamal ayat Kursi
juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
·
Mengamalkan bacaan
ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
·
Ayat Kursi yang
dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin
terbakar.
·
Jika anda berpindah
ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda
membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga
terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
·
Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2
orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
·
Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam
lindungan Allah hingga sholat yang lain.
·
Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada
masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di
sekitarnya.
·
Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan
dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2
juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
·
Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000
Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
·
Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi
Allah sehingga mati syahid.
·
Barang siapa yang
membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.
perkongsian dari blog http://myguidances.blogspot.com/
* masih risau dengan keadaan adik bongsu di Kinabatangan, Sabah. Minggu lepas bekalan makan tiada kerana kedai runcit semua tutup, gara-gara takut pada pemberontak Sulu. Allahuakbar, semoga Allah menenangkan hati kami semua
6 comments:
assalam angah..semoga semuanya dipermudahkan dan adik angah dibawah perlindungan yang Maha Esa
Semoga adik bongsu Angah selamat.. dan dipermudahkan segalanyaa..
Kalau boleh jadikan sebagai zikir. Anak-anak tadika sekarang pun dah boleh hafal siap makna lagi kan...
Doa kakak juga moga kemelut di sabah segera pulih. Kesian penduduk di sana.
Banyak kelebihan ayatul Kursi ni..
*Moga adik Angah terus bertahan, sabar dan tabah menghadapi dugaan..
Akak doakan agar adik Angah dan semua mereka di sana selamat dan dilindungi Allah selalu.. Amin..
Assalamualaikum wbt...moga Allah berikan keberkatan, teruskan menaip ^_^
lamaaaaaaaaaaaaaaaa puan eeiyss tak menjenguk ke blog teman2... moga ceria2 selalu.. im back! hehehhehe (^___^)
Post a Comment