Tajuk macam serius...tak serius sangat...saje nak mengmomel sikti di pagi Isnin yang sejuk dingin ini.
Bercerita hal kerja, bercerita hal pejabat. Kadang-kadang
atau sebetulnya selalu-selalu – ada yang suka merungut
Contohnya:
‘banyaknya kerja aku, orang lain free je, macam tak ada
kerja
Sehinggalah bila orang tu tak ada dan kita terpaksa ganti…baru
kita tahu bahawa org tu punya kerja pun sama banyak ngan kerja kita..see?
Kita ni dalam bekerja no. 1 kena bersyukur. Bersyukur kerana
kita ada kerja berbanding dengan org lain yang masih menganggur, yang masih
tercari-cari kerja untuk menyara hidup. Kita kena bersyukur kerana berbanding orang
lain yang terpaksa bekerja pada taraf rendah sedangkan berpendidikan tinggi,
bersyukurlah kita dapat kerja yang setaraf dengan pendidikan kita.
Kedua, niat datang bekerja kena baik, niatkan bekerja itu
kerana Allah. Supaya kerja kita dan rezeki yang kita dapat itu berkat. Bila
kerja dan rezeki berkat insyaallah kita
akan seronok bekerja walaupun penat. Kita tak akan merungut-rungut bila banyak
kerja.
Ketiga, jangan buruk sangka dengan rakan sekerja apatah lagi
dengan bos. Seringkali kita dengar ‘ ish bos ni, asal ada kerja je bagi kat
aku, macam tak ada orang lain kat pejabat ni semua suruh aku’. Tengok tu, kita
dah mula buruk sangka, mana kita tahu bahawa bos tak bagi kerja kat orang lain,
kita tahu ke? Jadi, anggap lah selagi bos ada bagi kerja itu menandakan bahawa
kita masih diperlukan di tempat kerja itu.
Setiap pekerja ada skop kerja masing-masing, aku buat A, kau
buat B. Aku buat bidang ini, kau buat bidang itu. Masing-masing buat kerja
masing-masing.
Tapi jangan lupa dalam senarai kerja kita di no. yang
terakhir akan ada kerja yang berbunyi ‘kerja yang diarahkan dari
semasa ke semasa’, selalunya senarai terakhir ini lah yang buat kita selalu tak
puas hati.
Memang tak dinafikan bos pun selalu tak pasti kerja-kerja sebegini
nak beri khusus pada siapa, sebabnya ia kerja yang umum. So bos selalunya beri
pada staf yang senang disuruh, yang dirasakan dapat dan mampu buat kerja tesebut.
Kerja ini lah selalu menjadi punca tak puas hati dan pertengkaran di kalangan
staf.
Di pejabat memang wujud staf yang pemalas. Bila bos suruh di
culas, dia malas buat, atau kalau buatpun – sambil lewa dan lambat hantar pada
bos. Bos pula sekali dua boleh tegur, lama-lama dia pun malas nak marah-marah,
jadinya dicari staf yang tak banyak songeh, staf yang sekali suruh terus buat. Lama-lama
kerja-kerja sebegini terus menjadi KPI staf tersebut. So seronoklah staf yang
pamalas tadi.
Kepada staf yang malas tu jangan ingat awak menang dangan sikap awak itu. Sepatutnya sebagai pekerja kita perlu fikir soal pahala juga. Tengok balik dalam sehari berapa kali awak lambat masuk pejabat? berapa kali awak keluar awal pada waktu lunch, berapa kali awak balik awal untuk elak jalan jammed? awak jangan ingat itu bukan hutang! semuanya akan dipersoalkan. Jadi ringan-ringankan lah tulang tu untuk tolong bos, tolong rakan sekerja lain dalam membuat kerja-kerja yang umum ni, insyaallah dapat pahala, dan mungkin boleh cover hutang -hutang masa ya awak telah curi tu....ok bebeh!
Happy Working!
Happy Working!
5 comments:
Kalau bekerja asyik nak banding dgn org lain memang tak akan ada rasa senang hati Angah. Mujur staf-staf kakak semuanya ok (cuma sayangnya tak ada satu pun og kita - semuanya org bangsa asing).
Kalau kita ikhlas dgn kerja hati pun senagn tak kira waktu.
Rindu zaman kerja.. Walaupun kerja kilang je sebab sekolah sampai SPM je, tapi tetap suka dan seronok dengan kerja tu..
Kerja cabok akak tu pun ada jugak orang dengki tau.. hehh.. Dengki sebab hasil kerja dapat pujian walaupun sebenarnya akak kurang suka diberi pujian..
Sekarang ni dah jadi penganggur.. huhuhu..
Mmg ramai yg suka curi tulang semasa bekerja tanpa sedar gaji bulanan yg kita dapat tu dikira apa? Mudah2an dijauhkan kita dari sifat malas dan suka ambil kesempatan... hehehe.. teringat dulu semasa masih bekerja, akak dapat gelaran pekerja contoh.. huhuhu..
Angah ni boleh jd pekerja contoh...sbb positif dan bersangka baik. :)
Kak Zakie, tu la ka, harap arg bangsa kita sendiri ni ambik contoh sikap bangsa asing
Kak Azz, dah mengganggur senang hati kak eh, boleh buat kerja sendiri
Kak Yatie, amboi akak ni mesti pekerja cemerlang masa dulu kan...
Ujie, perlu sangat berfikiran positif dan bersangka baik, tu semua untuk memudahkan urusan di akhirat kelak insyaallah..
Post a Comment