'Aku ni bukanlah
sengaja nak menyombong atau nak belagak tak tentu pasal, tapi kalau dah pagi-pagi
kena tembak dengan benda yang sensitif, depan orang ramai pulak tu aku memang
naik darah! Tapi aku tak gamak pulak nak tembak kau semula. Cuma aku diam dan
tak dapat berpura-pura memaniskan muka, yang aku jawab pun nada acuh tak acuh bah kan berbunyi dingin saja.
Bila keadaan aku begitu, kau kata aku
tak tahan bergurau pula, haih! Kau dah lama tahu yang aku ni belum beranak kan?
Tapi tak payahlah nak tunjuk
Prihatin’ sangat
depan orang ramai. Aku fikir kau ni memang tak beradaplah. Kau buat mood aku spoil sepanjang hari. Maaflah,
aku tak berniat pun nak buat kau terasa dengan sikap membatu aku tu, tapi kau
patut letak diri kau dalam ‘kasut’ aku.
Aku kenal kau
memang peramah, baik dan aku selesa bersembang dengan kau, tapi mungkin
kejadian pagi ini ibarat ‘salah masa dan salah tempat’ so lepas ni aku tak
dapat lari dari rasa berhati-hati terhadap kamu wahai kawan!
Aku tak suka
betulah berada dalam mood yang ‘busuk’ ni, kau punya pasal lah ni! Kau tahu tak,
bila mood aku tak baik aku berpotensi menjadi ‘harimau’ terhadap semua orang,
itu yang aku tak suka!!!!
Oh tuhan bilakah
situasi-situasi begini akan berkakhir, bosan tahu!'
Gerrrrr...cakar muka kang nak!
x2x $2l!=2 / 17052013
13 comments:
Buat apa nak cakar muka.. Jahit je terus mulut orang tu.. huhuhu...
Kalau kena kat akak, pun hangin jugak Ngah oii... Dah tau tapi masih nak tanya, sah2 la memang ada tujuan lain.. memang geram je..
hahaha..kak azz, mentang-mentang tukang jahit, nak menjahit je kerje nye ye
Sapa laa mulut celupar sgt..tuh.. sabo je laa..
kak ada pengalaman ni selama 10 tahun..
sabar ajalah..
salam..
kdg2 bukan kita yang tak boleh terima gurauan.. tp kata-kata org itu yang terlalu berbisa.. take care ya..
sabar Kak Ina, siapakan gerangan itu, lelakikah, perempuankah? bykkan sabar ye....saya tau Kak Ina kuat!! jgn layan orang camtu...tahapehaper tah
kemain pepagi dah nembak orang sabar jerla...
sakit hatikan biler pepagi dah hilang mood...
terima kasih semua yang memahami. dalam pada bersabar tu kadang-kadang naik angin juga...
biarkan mereka yg bermulut longkang tu dgn kata2nya..jgn membalasnya...sebaliknya bertennag,tersenyum dan dalam hati ucapkanlah alhamdulillah...pasti kita akan lbh dihormati...berbanding dgn membalas balik kata2nya..
Aduhai ...kena sabar tahap maksima ni...tapi kadng2 kesabaran kita ada hadnya...
ni angah btul2 marah ni..
tak pernah tgk buat entry cenggini
tq semua...
Dah cool.ke ni hehehe
Post a Comment