Monday, September 23, 2013

Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka

Assalamualaikum kawan-kawan, selamat hari isnin, semoga ceria-ceria selalu....ni saja nak kongsi kegembiraan hati angah dengan kawan-kawan semua...

Kisah Khamis 19 September 2013

Tenghari Rabu, dapat sekeping surat dengan pos laju, eh apa ke benda pulak ni? Kat luar tertera alamat kemeterian Penerangan ,Komunikasi dan Multimedia (KKMM), apa kes? laju-laju bukak, rupanya Pak menteri menghantar kad jemputan.

Wei…sonoknye..tetapi kenapa pulak diri ini dijemput? Laju-laju call penganjur sebab tarikh utk merespon kad jawapan  kehadiran dah terlepas, dia kata, kalo dijemput tu mesti ada something…datang je la..

Teruja nyahhh …kalo saje-saje nak pergi putrajaya tu maka tidaklah kan…laju-laju call Che Din, sebab nak Tanya dia esok kerja shif apa, memang dah rezeki, Che Din kerja shif petang, majlis tu pulak pagi…hoyeyyyy


Maka pagi Khamis nan indah itu angah berada di sini….


Masa di meja pendaftaran, kompom la…rupanya puisi angah antara yang terpilih untuk diantologikan dalam buku ini…

Punya la lama angah hantar puisi ni, sekitar tahun 2007, baru kini ia Berjaya dibukukan, dengan kerjasama Karyawan Perak dan KKMM, angah sampai dah lupa langsung pada puisi sendiri, akhirnya…




Kumpulan Koir Pentarama menyanyikan negaraku pada pembukaan majlis

 Salah satu puisi dideklamasikan....


Pak Menteri


Cak! Haha..gigih menyelit sebab nak bergambor ngan Pak Menteri…berhempas pulas Che Din nak dapatkan shot terbaik, maklumla dia rendah asik kena bloking ngan orang je…


Sebahagian daripada Ahli Karyawan Perak





Terima kasih Che Din kerana memahami keterujaan angah…hihihi….



ini link tentang pelancaran buku ini..

http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=6987%3A2013-09-19-07-24-17&catid=16%3Acover-flow&lang=bm

http://karyawanpk.blogspot.com/2013/09/buku-suara-kita-yang-unik-akan.html

15 comments:

dear anies said...

waahhhh TANHIAH3
HEBAT3

Jankaulu said...

angah,

salam ziarah

Adilah Asari said...

wah tahniah..
alhamdulillah rezeki tu kak..
mesti sajak akak tu hebat kan dan menarik..

Angah said...

TQ Khairin, alhamdulillah sikit-sikit asah bakat dr zaman school

Salam Sukiman, rajin-rajin la jenguk sini..:D

Cik Yaya, TQ...ada rezeki akak..

Kakzakie Purvit said...

Tahniah Angah... siapa sangka kan bila begini terasa ianya sangat dihargai...

Kamsiah yusoff said...

tahniah...dalam berita harian kelmarin kat ruangan sastera ada cerita pasal acara ni..

ANIM said...

tahniah angah..
mana nak dapat antalogi tu?
teruja nak baca puisi angah..

Ujie Othman said...

Wow...bestnya angah! Jeles saya...
TAHNIAH!!!

Psst..byk tak dpt byrnnya?

eira eixora said...

tahniah,. bukan senang puisi leh terpilih untuk dibukukan.

Liza Razak said...

tahniah sis ..akhirnya usaha membuahkan hasil :)

Angah said...

Terima kasih :

Kakzakie

Kak Kamsiah

Eira Eixora

Liza Razak

Anim : antologi tu tak dijual, tapi diagihkan kpd egensi kerajaan

Ujie: tak ada bayaran pun, sememangnya penganjur meminta sumbangan puisi

mdmlala said...

waaa... seronotnya!

jejakmerdeka said...

Program Pasca Pelancaran Suara Kita dan peluang menghadiri 33rd World Congress of Poets / Festival PULARA 2013 di Pulau Pangkor, maka akan diadakan santai puisi bersama penyair yang menyumbang sajak dalam Suara Kita. Program pada 11.11.2013 di Padang Rengas, makluman lanjut sila hubungi saya atau layari FB Karyawan Pk

nurimanja49@gmail.com said...

Apakah Puisi Pamanku juga turut diterbitkan ? Dalam Antologi Suara Kita ?

Admin Blog Cintararasa Nurimanja.

nurimanja49@gmail.com said...

Thahniah diatas kejayaan anda yang sekian lama ingin menerbitkan ASK seribu puisi .


Kami difahamkan ada puisi dari warga blog citranuri juga terlibat sama.


Makasih!