Assalamualaikum, selamat malam kawan-kawan….
Menatap akhbar sepanjang minggu ini ternyata sangat merengsa akal dan hati,
seram dan menakutkan.
Bermula dengan mayat gadis 15 tahun yang diperenyuk dalam
bagasi dan dijumpai orang ramai dalam longkang..oh kejamnya!...15 tahun, umur
yang masih lagi kanak-kanak, bagaimana kalau
gadis itu adalah anak kita, adik kita atau cucu kita? Sukar sekali membayangkan
hati keluarga si gadis pada saat ini.
Tak sempat menenangkan hati, esoknya seoarang wanita pula
ditembak mati…eh? Bunuh lagi? kejam! Melihat gambar mayatnya yang tersebar, keadaannya
sangat memilukan…Ya tuhanku mohon diberi kekuatan kepada keluarga mangsa.
Belum pun gundah di
hati sempat reda, ada pulak pemuda penghantar barang menjadi pembunuh dengan mengamuk
dan menikam orang sesuka suki hatinya…adoi! Malaysia kah ini?.
Bencana alam juga mengambil bahagian dengan meragut nyawa di
Cemeron Highland, seorang mangsa masih lagi ghaib dibawa banjir lumpur…oh…banyaknya
peristiwa tragis pada minggu ini!
Begitulah hakikat,
Hakikat sebuah kematian
Ia ada di mana-mana, pada bila-bila masa dan boleh berlaku dalam apa juga
keadaan
Bersediakah kita?
Merenung pada setiap kematian , disebaliknya mempunyai
tanda, tanda yang membawa sesuatu makna.
Kita yang tinggal ni, perlu membelek diri terhadap tatacara kehidupan di dunia
ini. Kita diberi ruang untuk berdoa, agar kita diambil dalam keadaan beriman,
dalam keadaan yang baik, sebaiknya tika sedang bersujud padaNya.
Al-Fatihah dan takziah. Semoga baradu dalam lena yang indah.
*Kekalahan ATM kepada Kelantan malam semalam juga agak
TRAGIS
Ye lah! dah lead 2-0, mula la datang penyakit senang hati dan rasa dah menang.
Ini bola la beb, 10 minit terakhir tu macam-macam boleh jadi…huhaaaa….amik kau…( eh? tetibe masuk frame....:D )
Sekian, jumpa lagi. Wassalam
9 comments:
Akak tak tengokpun gambar mangsa tembak tu w/pun ramai yang share.. Takde kekuatan nak tengok..
Yg mengamuk tu pun satu hal jugak.. adoii..
Mudah2an Allah sentiasa melindungi kita dari menjadi mangsa kekejaman manusia..
*Final nanti Pahang vs Klate.. Harap2 permainan tidak disulami dengan kekecohan.. huhu..
ye la angah..sampai rasa tak mau baca paper dan dengar berita..
Malaysia adalah aman
kematian sentiasa menanti kite.. cume caranya je kite x th.. sob3x..
p/s : Malaysia semakin hari semakin menakutkan..
angah, lady dah follow angah.. jemput dtg ke blog lady yer :D
Salam kenal Angah. Yang pergi dah tentu perginya. Yang masih hidup kena meneruskan kehidupan. Mati itu pasti dan semua itu rahsia Allah.
kalau sudah tiba saatnya..tak tercepat atau terlewat walau sesaat...
rencana yang bagus.selamat siang, sila berkunjung ke blog udah ATAU langsung Mulai ke https://play.google.com/store/apps/details?id=air.PuzzleBarbie dan https://play.google.com/store/apps / maklumat? id = air.KumpulanDongeng, Ada dongeng anak indonesia Masjid dan teka-teki bagus UNTUK mendidik dan mengasah Kecerdikan anak, sila mencoba, semoga bermanfaat dan terima kasih. maaf bila tidak berkenan
TQ Syuri..kerana sudi menjenguk blog ini
Post a Comment