Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabor?
Harap semua dalam keadaan yang bagus-bagus semuanya.
Ini cerita last week.
Angah bercuti pada jumaat hingga isnin.
Tak kemana-manapun, Cuma meraikan Mama dan Che Na yang datang ke KL.
Kebetulan jumaat 15 November adalah
ulangtahun kelahiran mama angah…jadi bole le kami berseronok-seronok…makan-makan
dengan adik-adik beradik yang sebahagianya dapat berkumpul di KL.
Malam sabtu kami bawa mama ke Kampung Baru,
makan-makan, kebetulan adik lelaki angah si Faeez, yang berkerja di Istana
Kinta, datang ke Istana Hinggap Sultan
Azlan Shah di Bukit Traves, Bangsar sebab Sultan Azlan sedang dirawat di IJN.
Che Din & Faeez (Yang Eit)
besday girl di apit Angah dan Che Na
Esoknya
Adik Eja pulang dari Sabah, kami sambung bawa mama jalan-jalan dan soping-soping sket...
hehehehe...mama punya peace terbalik...
Petang tu Adik Eja terus ke UPSI, sebab dia menyambung pengajian peringkat Master di sana
Semoga mama sihat-sihat selalu dan diberkati Illahi
Isnin
Ini lah tujuan asal Mama dan Che na dtaang ke KL
Che Na yang telah tamat Kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) Jun lalu, berkonvo di MAEPS, Serdang
Tahniah Che Na!
Jumpa lagi!
14 comments:
syoknyer bila parents datang kan
Serampang dua mata. Cik Na bagi hadiah besar buat Mak dgn kejayaan dia. Mak mesti happy:)
Taniah Che Na dan happy belated birthday buat mak Angah..
seronoknya dapat kumpul ramai2...
Tahniah jugak untuk Che Na..
musim konvo kan..last wkend pun adik bongsu saya konvo uia. mak dtg jap je.
seronok kan kumpul ramai2 gini..gurau2..usik2..
Seronoknyaa celebrate besday mama angah dengan adik beradik yg lain..kan..
Tahniah pada adik Angah.. telah tamat belajar.. :)
seronok dapat kumpul dengan adik2
dan bersama2 meraikan birthday emak..
emak angah pun happy tu. happy belated birthday buat makcik dan tahniah buat che na, noo
sonoknye kalau dpt kumpul ramai2..
hepy besday untuk mama:)
besnya ;)
is dah duk ngan mak ;)
alhamdulillah.. alhamdulillah ;)
leh jumpa hari2.. itu adalah sangat membahagiakan.. moga semua kita sihat2 in syaa Allah ;)
Tahniah..
Tahniah..
Tahniah..
Untuk semua sekali la.. Pukal punya ucapan tahniah.. hehe..
amin...terima kasih semua...
assalam, bahgia hati mama diraikan anak2 diharijadinya....
Tahniah Che Na...
bestnya mama datang sini.
tahniah3 utk yg konvo tu...
Post a Comment