Assalamualaikum kawan-kawan, harap
sihat-sihat semuanya. Angah Alhamdulillah, dah pulih dari kepenatan, penat
berkenduri kendara….
Maaflah tak dapat live update majlis Dik
Eja ni, maklum le tak ada internet kat kampung.
Alhamdulillah Angah dapat pulang awal sikit
ke kampung iaitu pada Rabu 18 hb
Disember, jadi dapatlah tolong Mama-Abah apa-apa yang patut.
Kebetulan di kampung tengah musim buah, apa
lagi, elok sampai je terus capai rambutan dan manggis.. pergh.. enaknya makan
buah fresh dari pokok.
Ok, meh start buat kerja. Kerja dimulakan
dengan sesi meng’ goodies’. Ada 4 jenis
goodies bag, untuk tetamu cilik, untuk tetamu dewasa, untuk gang marhaban dan
untuk rombongan pihak lelaki. Lepas tu siapkan gubahan hantaran si pengantin. Kerja-kerja gini memang renyah sikit, tapi sebab ramai
sedra mara yang sudi membantu, segalanya menjadi mudah dan menimbulkan perasan
yang riang ria ketika membuat kerja.
Terima kasih banyak Kak Yang Jan!
Hasil tangan Che Na
Dalam adik-beradik Angah, Che Na aje yang tangannya ada sentuhan seni
Nak menambah keseronokan mari kita berinai….TQVM
dekat sepupu, Kak Yang Jan, kerana bertungkus lumus mengelola sesi menginai,
nanti Kak Yang Jan kawen kami tolong pulak ye…
Yeyy...dah siap
Angah tumpang sekaki berinai. I tell you...inai kampung ni sangat harum...fresh menusuk hidung...
Tema baju? Ala tak sompek nak bersedondon
dengan semua ahli keluarga, cadangan awalnya nak pakai kuning gold, tapi dek
kerana masing-masing beli sendiri, dah bermacam-macam kuning pulak jadinya.
Mama pun tak berapa puas hati dengan bajunya. So pagi Jumaat tu kami merusuh ke
Kuala Kangsar mencari baju, dapatlah baju berwarna ala-ala peach oren gitu…
Petang Jumaat tu dah terasa sangat aura nak
bekenduri, sebab pelamin dan khemah dah siap di pasang…adik-beradik semua dah
balik, sedara mara pun dah mula datang, suasana dah mula kecoh dan riuh…phewww..berdebor-debor
pulak perasaan - mengalahkan pengantin
Angah ni…haha
hehehe...tukang rasmi...
BERSAMBUNG
6 comments:
amboi pengantin...sampai berbaring kena pakai inai...
Tahniah pengantin baru dan pengantin lama.. hehe... Moga kekal bahagia selamanya.. Amin..
selamat pengantin baru buat beliau :)
duriaaann.....mai la sebijik :D
terasa kemeriahan nya angah..anak sedara acik kawen pun meriah jugak
memang macam raja seharikan.. siap baring masa berinai..
Waa bestnyaa petik2 buah rambutan dan manggis..
Amboi sempat lagi berinai yer.. Angah.. :)
Post a Comment