Monday, June 23, 2014

Tak Payah Lah Menambah Dosa!


Fuhhhh…panas sekarang ni, dengan cuacanya dengan hal di media sosialnya… bertambah panas, sampai naik pening kepala.

Sehari dua ni paling havoc kisah remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah dan ibunya yang digelar Lola…wahhh semua orang nak jadi pengadil nampaknya.

Status di FB, Twitter  tak kurang juga rakan blogger….semuanya nak menulis hal si Lola ni. Kasihan kau Lola…sebab yang ditulis mereka itu 100 peratus adalah bahasa caci maki dan kata-kata nista…kasihan…tapi angah lebih kasihan kepada yang menulis caci maki itu, kerana tanpa sedar mereka telah menjadi pendosa dengan sengaja.

Mungkin ada yang marah dengan angah, kerana kelihatan angah ini seperti menyebelahi perbuatan Lola…tidak…

Angah tak katapun perbuatan Lola  yang meringan dan mengabaikan Firdaus itu sesuatu yang tidak kejam... tapi…siapalah kita…

Kita pernah ambil tahu ke kisah dia? Kita kenal kah dia? Kita pernah bantu dia ke? Kita pernah beri makan kat dia ke? Pernah???

Angah tak nak komen pun pasal  perbuatan si Lola. Biarlah pihak berkuasa yang mengadili dia di dunia ini dan Allah yang mengadili dia di Sana nanti. Kita siapa? Pahala sendiri pun tak banyak, suka-suka pula menambah dosa…

Sedih membaca tulisan-tulisan yang menyamakan Lola seperti binatang, orang gila, tak kurang yang mengata dia seperti setan….Allahuakbar…

Paling klise ada yang menulis …’binatangpun sayangkan anak…’..eh eh…klise sangat lah…korang sedar tak binatang tu tak perlukan RM untuk bagi anak dia makan…kemonla….uollls

Ermm…oklah, Kalo ada yang marah dengan tulisan angah ni, angah mohon maaf ye…


Akhir kata Majukan pahala Kurangkan dosa!  Sekian.

11 comments:

Cik Azz said...

Biasanya memang macam tu la.. Tak tau apa2 tapi nak jugak menyelit mengata.. huuu...

wakgelas said...

selamat menyambut bulan puasa ye makk.,ahHKs

Kakzakie Purvit said...

Kalau apa yg kakak baca pagi tadi sahlah mereka yg membawa berita fitnah ini adalah menanggung dosa.

Menurut Kak Nor yg tinggal di Gemencheh yg pernah menjaga anak ini tahulah bahawa Pn Lola yg kematian suami menanggung bukan dua anak sja bahkan keluarganya di Sabah. Rumah tinggalnya juga kosong tanpa apa barang sedihkan... dia terpaksa tinggalkan anak di rumah sebaik Kak Nor pindah sebab itu sekarang bila Pn Lola di tahan yg jaga kak Nor yg pernah menajga anak inilah. Sedihnya...

Org yg 'kaya' dan 'org besar' mana pergi? Kenapa tak ambil tahu? Pn Lola ini pun sakit tahu.. Sedih kakak..

ANIM said...

manusia hanya tahu menghukum tanpa menyelidik cerita sebenar..
kak pun geram juga..
sebab tu kita kena buka mata..
memang ada orang susah, nak beli baju pun tak mampu..
anak murid kak nak beli gam 20 sen pun dari buka sekolah pun tak beli2

nampak mcm tak percaya kan?

Angah said...

Kak Azz, angah rungsing betul dgn org macam ni, macam dia je pandai...

Wak, selamat berpuasa jugak..

Kak Zakie, memang kesian dekat Pn Lola ni, semoga dia diberi kekuatan...

Kak Anim, angah faham sangat, angah pun orang susah, masa sekolah dulu, kalau hilang pensil harga sekupang tu pun, jenuh nak dpt beli baru, org yg tak susah memang tak faham...


Acik Erna said...

assalam angah..acik pun mula2 tengok kesian sangat ngan Muhamad Firdaus..dan tertanya2 kenapa buat macam tu..
tapi acik tidak la sampai memaki dan kata macam2..tak buat pun status difb..dan tak baca pun komen yang ngata lola macam2 tu..cuma acik ada juga komen bila lola kata..bila2 dia akan mati..sebab ajal maut ditangan tuhan..teruskan je menjaga anak dengan baik selagi hayat ada..bila dibiarkan macam tu memang tak patut..kesian sangat..
acik lebih kesian kan firdaus..tu sebab agaknya..tak terbaca maki hamun orang pada lola.

Bunda_nora said...

Apa yang berlaku sekelip mata masyarakat akan cepat melenting...bukan nak tengok dari banyak sudut....

Tapi nama pun manusia...apa yang berlaku sudah pasti menyentap hati nurani....apa lagi naluri seorang ibu...

Apa2 pun kita ada undang2...biar undang2 yang menyingkap kebenaran yang berlaku...

Siapalah kita untuk mengatasi undang2 dan hukum dunia...
Wallahu'alam..

Angah said...

wa'alaikumusalam Acik, memang apa yg terjadi pada Firdaus sangat di luar jangkaan kita yang waras ni, bgmn seorang ibu sanggup abai anak sehingga begitu sekali....entahlah...mungkin ibunya juga sakit..who knows..

Bunda, semoga Pn Lola diberi kasih sayang oleh Allah, dan bersedia mengembalikan kasih-sayang pada anaknya itu

Riri said...


selamat tengah hari, sudah lama tidak berkunjung ke mari, bagaimana khabarnya sihat kan? selamat menyambut bulan puasa

Angah said...

Riri, tq sudi datang lagi. Selamat berpuasa...

aizamia3 said...

Setuju dengan entry ni.. tak perlulah kita nak nak jadi mahkamah untuk menuduh Pn. Lola sebab kita tak tahu hal yang sebenar.