Wednesday, September 10, 2014

APA YANG TERTULIS UNTUKKU, ADALAH YANG TERBAIK BUATKU… Eiimakk Tajuk…

Mengeluh lah, mengeluh…kalo itu yang boleh melegakan hati dan perasaan. Sebenarnya tak baik mengeluhkan, macam tak redha pulak dengan takdiri diri. Tapi apa yang boleh dibuat selain mengeluh…mengenang, mengeluh, mengenang dan mengeluh lagi..pang! tampor seliang kang baru tau.

Tapi bukan saja-saja tau… nak mengeluh bagai, cuma.. tatkala dilanda sakit, terasa sangat terbeban jasad dan fikiran ini… adakah youlls memahami….?

Sejak di diagnose ada fibroid Februari 2012, bermulalah journey mengkaji macam-macam hal di internet tentang penyakit ini. Jalan mudah nya ada, bedah kasi buang je, tapi masa tu masih ngeri dengan pembedahan buang sys hujung tahun 2009, tak nak lah bedah lagi…jadi perut ikan pulak perut ini nanti huk huk. Lagipun fibroid yang tumbuh ni ada 4 ketul, yang paling besar berukuran 5cm and 3 lagi tu kecik-kecik. Doktor hanya nak buang yang besar saja..sebab tak nak pendarahan yang banyak. Bila ditanya, apa akan jadi dengan yang 3 lagi, kalau dia membesar adakah perlu bedah lagi? Kata Doktor: Ya! makaih..asik kena bedah je le kejenya..erm…lepas tu tak pergi follow up dah, sebab tak larat nak dengar doktor bebel pasal kena buat keputusan untuk pembedahan dengan cepat.

Dek kerana kengkunun tak nak dibedah, kenalah cari alternative way untuk mengcure panyakit ini… iaitu dengan MEMBACA!  Ya membaca kan jambatan ilmu…Jadinya berdasarkan pembacaan, barulah tahu ada diet tertentu yang perlu diikuti,   mulalah berpantang itu dan ini…macam-macam tak boleh makan tau…paling tak boleh makan: Gamat dan Daging merah, susu juga selain makanan proses, makanan bergula dan bergaram tinggi…ayam pun tak boleh, …hui…terjilat pelat tengok orang lain makan sedap…tapi tak apalah, nak sihat kan. Pernah juga pergi ke Johor berjumpa dengan seorang perawat yang dikhabarkan pandai ‘tuju’ penyakit termasuk fibroid. Cuba je lah, dia gosok  perut dangan sejenis ubat serbuk dan tekan urat di pangkal peha. Ajaibnya! Benjolan fibroid hilang serta merta! Eh?. Next periodnya memang tak sakit. Tapi tu lah, perasaan ini ragu-ragu pulak dengan cara pengubatannya. Seriau punya fasal, langsung tak follow up dah. Bulan berikutnya…mula sakit kembali, benjolan di perutpun kembali terasa…

Klinik Haji Lokman (mertua Ashraf Muslim) pun pernah dicuba, kali pertama datang di beri ayat dari Surah Muhammad dan Surah Ar-Rad, amalkan baca 3x sehari selama 3 minggu. Next appointmentnya dia bagi ayat dari Surah An-Nahl dan Surah Maryam. Tapi mungkin tak istiqamah membaca surah-surah tu, ia bagai tidak berkesan sangat, tiada perubahan pun pada size fibroid.

Lepas tu mendapat khabar bahawa Biji Aprikot boleh mengecutkan fibroid, kompom la cuba kan. Setahun jugaklah makan biji Aprikot ni sehingga pertengahan tahun 2013 dan bagusnya size fibroid adalah maintain tak growing. Tapi kesan makan Biji Aprikot ni ala-ala kemo pulak, habis badan jadi panas, rambut gugur teruk, kulit di bahagian tetentu melecet, kuku pecah-pecah, lidah rasa terbakar… huargghhh… terpaksa stop makan, and then bila stop makan Biji Aprikot ni, tu dia size fibroid ini seakan-akan membuak-buak kebesarannya….start bleeding banyak, period datang berkali-kali dan sakitnya hanya tuhan yang tahu….

Ketika itulah bermulanya diri ini menjadi pengidap ANEMIA dan menjadi pengunjung Klinik Hematology. Sebelum aidilfitri  baru ni, tak dapat nak elak daripada dimasukkan darah, eab HB sangat rendah, takut weh terima darah….dalam kepala asik fikir takut kena HIV….tapi dah terpaksa terima jugak. Dapat lah 2 pack darah,  tapi darah itu tak bertahan dalam badan ni , semunya keluar balik ketika period. Akhirnya dirujuk semula ke klinik Gyne pada 4 September  baru ni…


Untuk drama di Gyne Clinic nanti kita sambung kemudian ye…

Salam manis untuk semua...:D

9 comments:

dear anies said...

jangan la smpi fikir mcm tu...insya allah di mana ada ikhtiar di situ ada jln

Cik Azz said...

Oo.. Baru tau pasal ni.. Sabar la Ngah ya.. Dugaan dari Allah..

Angah pernah guna pad herba brand Avail tak..? Kalau belum, cuba la guna terutama sekali yang panty liner tu.. Pakai setiap hari.. Yang pad biasa tu elok pakai masa period sebab dia tarik semua keluar..

Akak dah lama guna pad herba Avail ni baik dia punya panty liner mahupun pad biasa.. Period dah teratur.. Kegatalan dah hilang..

Pad ni dikatakan boleh menarik sys keluar.. Cuba la.. Tak rugi untuk mencuba.. Mana la tau berkesan..

Acik Erna said...

sabar ye ngah..mudah2an ada jaaln keluar dari masaalah angah ni..
kalau yang terbaiknya buang..kena buang jugak angah..memang rasa tak mau dah operate kan..tapi untuk kebaikan angah kan.

Angah said...

Nak cuba la. Tq kak azz

Angah said...

Tq dik..

izawani said...

Takutnya...

Semoga dapat melalui dugaan ni dengan tabah.

Ujie Othman said...

Saya simpati dgn Angah. Apa pun, percayalah..Angah adalah insan yg Allah pilih utk di tinggikan darjat di sisi-Nya dek kerana kesabaran Angah melalui ujian begini. Setiap yg pahit, pasti bertemu manisnya. Kalau pun tidak di dunia, di akhirat pastinya. Moga cpt sembuh dan terus kuat sahabatku Angah!

ANIM said...

setiap dari kita diuji angah.
kak anim sendiri pun. lepas 10 tahun baru dapat bebudak ber2 tu..
tentang pad herba tu, baik rujuk dengan doktor. kak anim ada masalah masa mula2 gunakan dan doktor tak galakkan untuk teruskan. mungkin lain orang lain penerimaan badan. apa2hal pun rujuk doktor dulu ya.. serius ni..

Angah said...

TQ Ujie & Kak Anim