Assalamualaikum kawan-kawan. Apa
kabor? Harap sihat-sihat semuanya ye…
Dah akhir tahun dah hari ni kan…well
well well ..masa sangat pantas berlalu, sangat cepat beredar sangat laju
mengalih waktu…
2014 bakal menjadi kenangan, mana yang baik diteruskan mana yang buruk eloklah ditinggalkan.
Esok tahun baru, tahun baru yang
akan mengubah umur, umur Angah, umur anda, umur kita semua. 2015 bermakna Angah akan menjengah usia 4 series…holaaaaa
dah tua nya Angah…:D
Ikut hati, sebagai orang yang
belum punya zuriat sendiri, peningkatan umur merupakan detik yang agak
menakutkan. Takut mengenangkan - jika harapan
tinggal harapan…
Tapi tak mengapa lah…redha bahawa
bahagian hidup manusia ini plotnya berbeza-beza. Semoga kebahagian menjadi
milik setiap insan ynag sentiasa bertaqwa kepadaNya.
Melalui ujian yang pelbagai,
menemukan Angah kepada kesimpulan bahawa, keadilan dalam hidup bukanlah
mengikut apa yang kita mahu kerana kita ada pencipta. Sang pencipta yang
menentukan baik dan buruk untuk kita dan pasti setiap kejadian yang menimpa
akan ada hikmah di sebaliknya. Cuma kadangkala hati kita yang tidak terdidik
untuk menerima ujian dengan penuh hikmah.
Mohon Allah mengampuni dan memelihara kita semua.
~*~
Selamat Tahun Baru buat semua,
kawan-kawan dan pembaca yang sudi berziarah di Angah’s Corner.
Semoga
perkenalan dan silaturahim yang tercipta d maya ini berterusan hingga ke akhir
usia. Mohon maaf seandainaya ada yang terluka hati, maaf juga andai ada
komen-komen yang tidak berbalas, bukan apa Angah ni bukan setiap masa melayari
blog sendiri…tu yang kadang-kadang dah lama baru dapat mengemaskini segala
komen-komen anda…Maaf ye..
Didoakan agar anda semua Berjaya dalam
setiap yang dilakukan dan sentiasa berada dalam redha Illahi.
Wassalam.
~ selamat tinggal 30-an...~
5 comments:
selamat tahun baru angah..
4 siries tu tak apa pun angah..tak sedar masa berlalu..acik dah nak pencen pun tahun depan
salam 2015 angah! ;-)
angah!!!
xnampak macam 4siries pun~
comeyyy ja (^____^)
serius, tak mcm org 4series pun!
bab zuriat ni, mmg risau bila umur meningkat. Tapi kalau dah takdir, saya redha.
tq semua...
Post a Comment