Saturday, April 25, 2015

Empati

Susah menelah sisi sebenar perilaku manusia, nampak lembut tapi kasar, nampak macam ganster tapi alahai baiknya lah...

Ya,  Faham akan kejadian manusia yang tidak serupa, namun kita kadangkala diikat dalam satu ikatan yang dipanggil simpati dan empati yang dapat menyatukan emosi antara dua insan

(I)

September 2014

Di Klinik Gyne.

Air mata bergenang.

Dia seorang Doktor perempuan, muda, melayu, islam, bertudung. Nampak manis sekali. Setelah bersuara, baru tahu dia seorang yang sangat sinis dan sangat menghiris.

Lebih kurang begini:-

‘so, you dah buat keputusan?

‘belum? Kenapa ye, dah besar sangat ni, lebih dari buah kelapa’

‘you bleeding banyak, dah berapa kali buat transfusi darah?’

‘you nak tunggu apa lagi? Dengan umur you yang begini kebarangkalian untuk mengandungpun dah tak ada!’

‘kita akan remove rahim you sekali, kalau you setuju, kita jalankan operation 2 minggu dari sekarang, kita tak nak you membazir darah hospital, ada yang orang lain lebih memerlukan’.

Dia bercakap tanpa memberi perhatian kepada aku, macam bercakap dengan skrin monitor dia saje.

Aku terlopong, air mata macam nak gugur sangat, rasa tak percaya dengan apa yang aku dengar! Aku harap aku takkan berjumpa dengan doktor ini lagi!


(II)


April 2015

lama jugak nak buat keputusan, tapi dek kerana rasa bersalah menghabiskan darah hospital, ditambah rasa sakit yang makin melampau, aku redha aje le, buangpun buanglah!

Di klinik Gyne.

Air mata bergenang.

Dia seorang Doktor lelaki, muda, berbangsa india, wajah biasa-biasa saja, tapi nymannya hati bila dia bersuara

'puan sudah maklum ya, operation ini mungkin mengakibatkan rahim puan dibuang'

'kita faham ini perkara berat dan sukar untuk puan'

'suami kata apa?, ada ambil anak angkat?'

'ok kita beri masa lagi untuk puan bincang dengan suami, dalam pada tu kita akan setkan puan untuk buat CT scan'

'berdasarkan keputusan CT scan itu, baru kita akan dapat buat keputusan tepat tentang cara bagaimana pembedahan itu akan dijalankan.'

'are you ok puan?'

kali ni air mata memang gugur, bukan sedih tapi rasa touching. 

Itu lah EMPATI, seseorang  yang berupaya meletakkan diri dalam alur emosi orang lain...

Wassalam



10 comments:

Cik Azz said...

Allahu Akbar..!
Sabar la Ngah ya.. Akak yang baca ni pun sedih..

Tapi tu la kan, rupa manusia ni kadang-kala boleh menipu kita.. huhuhu..

Teringat kisah masa mak akak kena tahan kat wad hospital hari tu.. Kalau boleh, akakpun tak nak jumpa lagi nurse yang kerja shif malam tu..!!

dear anies said...

Itulah manusia...luarnya lain dlm nyer pun lain...
Bersabarlah...

ANIM said...

dengan lisan...seseorang itu boleh ditinggikan darjatnya oleh Allah...
tak heranlah kalau kita diingatkan supaya menjaga lisan..
kalau kak pun.....sentap dengan kata2 doktor orang kita tu...
sedih..

Angah said...

kak azz, nurse pun macam doktor, mereka berurusan dengan orang-orang yang sakit, bukan kita minta dimanja dan diberi perhatian tapi cukuplah sekadar menunjukkan sedikit kefahaman dan berkata-kata yang baik

Khairin, memang selalu tertipu dengan rupa luaran...memang kena banyak bersabor

Kak anim, sepatutnya sebagai perempuan dia lebih memahami berbanding doktor lelaki itu...

Kakzakie Purvit said...

Kenapa pulak kakak ikut menangis ni Angah. Sedih kakak dpt bayangkan apa yg angah rasa. Cuma dua situasi berbeza dari dua manusia yg punya jawatan yg sama buat kakak marah dan satu lagi terharu...

Moga Angah tabah..

Angah said...

Kak Zakie, angah memang harap sangat Allah beri kekuatan pada angah..tq

iryantyismail said...

kuatkan semangat angah...akak juga punya nasib yang sama..tinggal lagi akak tak buang rahim...cuma memang ditakdirkan akak tak punyai anak....tapi dalam masa yang sama akak bersyukur kerana Allah hadirkan akak suami yang pnyayang dan memahami...orang sekeliling yang sentiasa bagi kata positif...sekurang kurangnya kita masih bernafas untuk bersama insan yang kita sayang

Angah said...

Iryanti, terima kasih...
Allah tu adilkan, kurang kat sini dia bagi lebih kat sana...

izawani said...

Ada orang diduga macam macam... tak dapat anak... tapi dapat suami yang sangat baik tu sebagai penyelamat...

Rasa sedih pula... teringat masa peknen extopic tu, doktor nak buang... kita ni merayu la tak bagi buang... sanggup tahan sakit macam manapun padahal sebelum tu berguling guling sakit... dah la tunggu 6 tahun, tak sedar peknen, dah sedar, Tuhan nak ambil pulak, tapi nasib baik doktor tak jenis sinis macam tu... doktor lelaki mungkin lebih perihatin... tapi lepas kita kena belah dan buang tiub, dok dalam bilik yang orang yang dok kiri kanan lepas bersalin... huhuhu...

"Sayang jer... sakit tetapi tak anak !"

Rasa macam berdesing telinga nih dapat komen dari seorang pelawat gitu !

Sabar la yer...

Angah said...

Izawani...aduhai, melawat orang sakit tapi bagi komen menghiris pulak...

orang macam kita ni memang kena bertabah selalu...