Wednesday, June 10, 2015

Pengalaman CT SCAN


Berdebar!

Betul, takut sangat rasanya bila diberitahu angah kena jalani  CT SCAN. Mulalah pencarian maklumat-maklumat berkaitan, yang tak bestnya rata-rata mengatakan CT SCAN ni agak menyakitkan…

Kebetulan ada pulak  rakan sepejabat pernah buat CT SCAN kerana masalah di abdomen, apa lagi beriya agah interview dia, aduh, dengar cerita dia lagilah perasaan takut datang menyerang. Rasa nak cancel, tak nak buat sebab takut! Tapi bila mengenangkan inilah proses permulaan untuk remove fibroid dan mengenang  kesakitan yang perlu dihadapi kalau tak buang, angah gagahkan diri jugak, redho ajelah..mak pasrah nak…

Isnin, 8 Jun 2015, lebih kurang Jam 12.00 tengahari angah pun sampailah ke Unit Radiologi PPUM seorang diri…goyah jugak hati ini, rasa nak cabut lari dari PPUM pun ada… ( teruk punya penakut) tapi Alahmadulillah, prosesnya tidak lah menggerunkan seperti yang dibaca dan didengari.

Nama angah dipanggil ke Bilik rawatan, Nurse suruh buang semua logam-logam dan yang seangkatan dengan dari tubuh badan. Oleh kerana baju angah ada sedikit batu-batuan, maka angah disuruh menyalin pakaian hospital. Angah diberi segelas air berperisa oren, besor jugaklah gelasnya…rasa penuh perut

Lepas tu mula proses mencari urat, urat angah ni halus benor, jenuh kena tepuk-tepuk di doctor baru timbui uratnya. Pasang jarum dilengan kanan untuk proses melalukan ubat.

Kemudian dipanggil ke bilik sebelah, Nurse suruh baring, untuk  masuk ubat cecair ikut belakang dan memakai tompon.

Angah dah cool sikit masa ni, dah hilang rasa takut..petuanya kena bertenang dan mulut jangan berhenti berzikir…alhamdulillah

Tak lama menunggu nama angah dipanggil untuk masu ke Bilik SCAN. Bila Nampak alatan bergelung tu, eiiii…tetiba rasa gerun balik…staf radiologi tu mungkin perasan angah takut kot, jadi dia explain apa yang angah akan alami ketika proses scaning tu…jadi angah kena bersedia dan diminta bertenang…

Angah diminta baring menghadap gelung tu, tangan kedua-dua dikuak lentangkan ke atas, dan dilaang bergerak . Badan angah mula disorong ke dalam gelung. Mesin tu bercakap weh..hihihi…  ‘tarik nafas, tahan…bernafas biasa…’ kata mesin tu, dalam kiraan 50 kot, badan angah disorong keluar gelung.

Step kedua, doktor datang masukkan ubat cecair pada lengan yang berjarum tadi, masa ni ada rasa tak selesa sikit…badan tiba-tiba meruap panas, tekak rasa pahit dan rasa gatal dibahagian belakang badan (simptom ini memang petugas radiologi dah beritahu tadi)

Selepas masuk ubat, badan angah disorong semula ke dalam gelung, kali ini lama sikit, mungkin doctor sedang menyukat-nyukat size fibroid dengan detail kot dekat skrin, and then keluar semula. Angah ingat dah selesai, rupanya kena masuk gelung sekali lagi…agaknya untuk dapat gambaran lebih jelas kot…so lebih kurang 20 minit jugak angah bergelung di dalam tu…dan keadaan angah adalah agak loya-loya sedikit….kesan ubat la tu

Yey selesai. Masa Nurse nak cabut jarum, dia tanya ada rasa gatal tak, angah cakap ada kat belakang badan dan peha. So Doktor datang cek, dia kata angah alah pada  ubat semasa scan tadi. Tapi tak serius,  sikit aje…supaya tak teruk dia bagi angah sebijik pil untuk hilangkan gatal tu dan diminta duduk di sekitar bilik rawatan tu selama 20 minit.  Nasib baik gatal tu tak melarat dan angah dibenarkan balik…yahoo

Begitulah ceritanya pengalaman menjalani CT SCAN, tak adalah teruk sangat...ok je. Saat ini berdebar pulak nak tunggu resultnya yang akan diberitahu ketika appointment dengan klinik Gyne 18 Jun nanti…angah harappppp sangat rahim angah tak perlu dibuang…mudah-mudahan


Ok! Insyaallah, jumpa lagi, wassalam…

4 comments:

dear anies said...

aduhhh x dpt nk byg kn cm ne...mudah-mudahan yg terbaik utk angah!

iryantyismail said...

dulu masa yan buang 1 telur ovari...alahan 1 badan kena gatal2...paling teruk bila nurse cari urat darah..tak jumpa coz gemuk...huhu

Acik Erna said...

Insyaa Allah Angah..semoga tidak dibuang

Ujie Othman said...

Allah...simpati dgn apa yg perlu Angah lalui. Moga2 berakhir dgn sesuatu yang indah. Angah terus kuat ya!