Suram
Tidak teruja
Semangat entah ke
mana
Itu yang di rasa…
Kasihan negaraku
Malaysia
Semarak merdeka
hilang bisa
Gagal menyengat jiwa
Kenapa?
*******
Minta maaf, ini yang Angah rasa, kawan-kawan bagaimana?
Berbaki kurang 6 hari menjelang Hari Kemerdekaan Negara, tapi
suasana sambutan bagai tidak terasa.
Apakah kerana GST?
Apakah kerana KONTROVERSI?
…..apapun negara kita hanya satu, Malaysia hanya satu,
tolong jangan berhenti mencintainya.
#mulai tahun ini
sambutan hari merdeka tidak akan mempamerkan jumlah tahun kemerdekaan kita, ia
akan di sebut ‘ Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2015’ ia untuk mengelakkan Sabah & Sarawak dari
rasa terpinggir…
...ini hanya rasa peribadi Angah....
Wassalam
4 comments:
ekonomi x menentu so sambutannya suam2 kuku
Kat sini macam biasa.. Bendera dah mula berkibar di setiap rumah.. Mungkin sebab kat sini kebanyakkannya bekas tentera.. Maka, jiwa patriotik tu sentiasa ada hingga ke hujung nyawa..
p/s: Jangan biarkan diri kita tenggelam dalam suasana kelam.. Bangkitlah ceriakan suasana.. :)
Kann.. cam tak de mood jer..nak sambut merdeka..
Usah kata kita yg telah matang
anak-anak pun bagaikan kurang ceria dgn jalur gemilangnya
berbanding tahun-tahun lepas main basikal pun ada bendera tau Angah
Tahun ini kakak tak nampak lagi.
Banyak sangat isu yg membuat rakyat 'sakit'
Post a Comment