Assalamualaikum kawan-kawan, harap sihat-sihat hendaknya.
Saban tahun Angah akan ambil peluang untuk bertugas di Majlis Konvokesyen, ternyata ia adalah perkara yang menyeronokkan.
Istiadat yang penuh protokol akan mendidik kita bagaimana meng- organised sesuatu majlis, berurusan dengan pelbagai golongan, terserlah adab tertibnya..
Yang nak dicerita bukan soal bertugasnya tu, tetapi yang lebih manis adalah hubungan sesama rakan sekerja se-universiti ni.
Dalam tugas harian, masuk opis keluar opis, hanya untuk urusan tugas sendiri, atau hal peribadi sendiri jarang memungkinkan angah berkenalan dengan rakan-rakan dari fakulti atau bahagian lain.
Namun dengan adanya Majlis setahun sekali ini, ramai kenalan baru yang Angah temui semasa bertugas sebagai Penyambut Tetamu di majlis Konvokesyen UM. Rakan-rakan yang ditemui di majlis ini, pada akhirnya akan meluaskan jaringan persahabatan dan memudahkan lagi urusan kerja harian. Itulah yang bagusnya.
Ini sebahagian daripada rakan-rakan dari fakulti lain, yang berjumpa seahun sekali di Majlis Konvo UM:
ni Kak Gi Fakulti Perubatan
Ni Liza, Unit ICR
Ni Che Nab, Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Ni John, budak Internship dari Korea
Kak Izan, Ketua Penyambut Tetamu
ni Kak Nor, Fakulti Perubatan
Insyaalah, ada umur tahun depan kami berjumpa lagi...
7 comments:
Sana-sini Konvo sekarang ni Angah
Bila tengok ni mesti terkenang dedulu kan..
Angah belum lama kakak ni dah berkurun hihi..
Seronok bersama rakan-rakan walau mungkin kepenatan melakukan tugasan... :)
Seronok ye angah jumpa dan berkenalan dengan ramai orang dan jadi kawan
Xde bergambar dgn uyaina nona manis dan bryan nikson? ;)
Asalamualaikum angah..selamat pagi...take care :-))
Akak suka tengok majlis konvo ni.. Konvo kat UM tak pernah pergi sebab anak buah takde yang study kat situ..
Kak Zakie, bagi graduan, istiadat konvokesyen ni la yang akan jadi antara kenangan terindah dalam hidup..
KakCik Nur, bila umur meningkat ni, berdiri lama memang satu masalah, tugasan ni memang kita kena berdiri je..
Acik Erna, memang lah seronok sangat
Khairin, masa Uyaina naik pentas, hari tu angah tak bertugas...tapi sempat tonton live dari Opis, nampak lah si cantik Uyaina tu
Wa'alaikum,uslama Iryanti
Diana Rashid, terima kasih...:D
Kak Azz, next time kalau ada anak buah yg belajar dan konvo UM, roger-roger ye..:D
Post a Comment