Assalamualaikum kawan-kawan,
Selamat bercuti, selamat memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Dikongsikan yang berikut untuk ingatan kita bersama...
Dari
Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ
مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya
Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana
Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan
keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga
Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari
dan Muslim]
Waktu Afdhal
Berselawat
·
Masa paling afdhal dituntut berselawat ialah:
·
Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
·
Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
·
Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
·
Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
·
Di akhir qunut dalam solat.
·
Di dalam solat jenazah.
·
Ketika masuk dan keluar dari masjid.
·
Setiap waktu pagi dan petang.
·
Hari Khamis malam Jumaat.
·
Sepanjang hari Jumaat.
·
Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.
Perkongsian :http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/01/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan.html
3 comments:
Allahumma solli ala Muhammad
Sebenarnya paling kurang pun 5 kali sehari mesti umat Islam akan berselawat - ketika solat kita bertahiyyat pasti ada berselawat.
jom selawat
allahumma solli 'ala muhammad
Post a Comment