Monday, July 18, 2016

Aidilfitri Hari Bersama Keluarga...

Salam Syawal semua. 

Selamat berpuasa Sunat Enam. 

Selamat beraya juga kepada yang masih meraikannya…majlis rumah terbuka di sana-sini…apapun kesihatan kena jaga ye..kontrol makan minum..ini ingatan untuk Angah jugak ni, lepas kembali dari kampung halaman badan macam tak sedap je, rasa nak demam pun ada..

Apa cerita raya kawan-kawan semua?

Angah selalu terlewat cerita pasal hari raya, maklum saja di kampung internetnya tenat sangat..kena tunggu balik KL baru dapat berceloteh di alam maya.

Aidilfitri tahun ni kemeriahnya lain dalam keluarga Angah, ia sudah tentu kerana bertambahnya ahli keluarga. Kehadiran Khayla Aishah dan Aisyah Nur Zahra (dipanggil Kela dan Rara) sangat memeriahkan suasana. Semua adik beradik Angah dan sanak saudara yang berkunjung pun teruja nak melihat cucu baru Mama & Abah.

Angah macam biasa akan pulang ke kampung pada pagi raya berseorangan, tahun ini sekali lagi menaikai ETS.


Che Din hantar ke KL Sentral


Tepat 2 jam 45 minit, sampailah Angah ke Kuala Kangsar tercinta...

Rara ambil Makngah di Setesn Keretapi KK

Selamat Hari Raya Rara...amboi sedap manyandor dalam car seat dia..


Elok Angah sampai ke rumah, semua bersiap-siap nak beraya di kampung Abah, di Mukim Senggang.



Ziarah pusara atok ,opah dan pak sedara belah  Abah..


Langsung ke rumah adik-beradik Abah, berjumpa sepupu sepapat..


Angah dan anak-anak Lope, abang sulung Angah




Balik semula ke rumah dah lewat petang, kami melepak saje melayan si Rara..





***********



Hari kedua Kela balik …

Rara pulak nak balik rumah maktok sebelah abah dia di Sungai Petani…

Dah puas gomol Rara, Gomol Kela pulak..

Bye Bye Rara, jumpa semula raya ke 4 nanti..


Hi..saya Kela...


Gambar wajib setiap tahun, mama dan 3 anak perempuannya..


************


Pagi raya ke 4 baru Che Din dapat cuti, maka bergerak ke  Selama pulak…tapi dah lewat macam ni dah tak ada Susana raya dah di Kampung Che Din. 

Jadinya kami ambil keputusan bawak mak Che Din bercuti…kami pergi bermalam di Pulau Pangkor…

 dalam teksi pink
Bestnya mandi manda di Coral, Teluk Nipah...airnya putih cantik bersih..


Begitulah cerita raya Angah tahun ni...








Seronok layan anak buah...


Wassalam





5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Alahmdulillah... walau Che Din tak ada pada raya 1-3 tapi raya ke 4 dpt makan angin ok juga Angah. Tapi betul kalau ada tambah ahli baru rumah tambah meriah. Semua tuju pada si comel:)

dear anies said...

ramainyerr budak tivcitttt mmg sedap digomol2 ni...


wahhh smpt lg g pangkor yaaa


slmt hari raya utk angah sekeluarga..

Kamsiah yusoff said...

saki baki kuih raya ada lg tak
akak dtg nak beraya ni

Angah said...

Kak Zakie - gitu lah seadanay raya saya, alhamdulillah..bersyukur seadanya

Anies - selamat hari raya..

Kak kamsiah - banyak lagi tu, tapi kat kuala kangsar le..jemput le..:D

Afif Rayyan said...

Selamat hari raya