Wednesday, February 17, 2016

'kau ingat Allah tak tahu? Allah tahulah...!

Segala sakit, segala perit
kau fikir kau seorang yang rasa
mungkin kau sahaja 
tapi ada yang tahu; Allah tahu
mengadulah pada yang tahu

Semua duka, semua luka
kau fikir kau seorang yang pilu
mungkin betul begitu
tapi ada yang menyembuh; Allah penyembuh
mohonlah dari yang maha penyembuh

Kala kau lelah diumpan derita
Sang pencipta mendepang dada
sedia mendakap keluhanmu
kesahmu, tangismu
rintihlah doa pada setiap sujud
raih padu kasih simpati Nya
semoga  nur dan rahmat
bertebar dalam takdir hidupmu

...adinaduana/AllahAda/17Feb2016/11.20am


* terkadang hanya banyak mengeluh, bersoal itu ini, mencabar begitu begini, tapi lupa mencermin diri ! 

9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Benar biar cuba bersembunyi dan berselindung disebalik riak gembira dek kelukaan yang ada mungkin org tidak tahu tahu DIA yg satu, yg khalik tetap tahu. Tak rugi sentiasa mengadu dan berdamping denganNya.

paridah said...

Assalam Allah mahatahu apasaja walau yg tersembunyi terselindung...

Cik Azz said...

Lagi satu,

Bergosip dalam secret grup kat wasap pun Allah tau..
Orang yang kena gosip mungkin tak tau tapi kena ingat selalu yang Allah itu Maha Mengetahui.

babYpose said...

Allah maha mengetahui, biasa meminta ja kerana Allah bole beri apa diminta tetapi melakukan sesuatu hal dunia ni tak teringat Allah tahu dan nampak.

Angah said...

Betul tu, kak Zakie, kak paridah, babYpose - sedang belajar untuk lebih akrab dengan pencipta

Kak Azz, ini satu lagi masalah, sedap bersembang...bergosip..tak sedr diri sedang di hitung dek malaikat


insan marhaen said...

kekadang, dulu semasa memandu pun saya sering bermonolog begini... melampiaskan apa yang sesak di dada...

Angah said...

Insan Marhaen, tak apa bermonolog dengan Allah, Dian tak pernah jemu menjadi pendengar..

Bunda_nora said...

Semua orang pernah buat silap pernah buat dosa..cuma sekali bila kita sedar akan itu maka tak salah juga kita terus bermuhasabah diri..semoga dapat merubah sikit2 dan terus kearah kebaikkan..

Angah said...

Terima kasih Bunda..