Tuesday, January 10, 2017

Masa Masa Indah Bersama Keluarga

Selamat Tahun baharu kawan-kawan...
Apa khabar semua? harap tahun baru membawa semangat yang baru juga untuk kita semua menjalani kehidupan.

Ni cerita sebelum tahun baru -  Angah & the sisters..


Alhamdulillah hajat membawa Mama & Abah bercuti bercuti pada hujung tahun lalu sudah tercapai. Kami adik-beradik sebolehnya sangat berazam pada masa hadapan hendak jadikan percutian seperti ini sebagai  acara tahunan..insyaallah. Dekat-dekat pun jadilah, yang penting dapat menikmati bersama-sama..

Sebagai permulaan kami memilih Cameron Highland atas dasar dekat dan memangnya hati-hati kami ni sangat sukakan kesejukan


Selalunya kami memang bertiga beradik perempuan ni saja yang joint, belum berkesempatan bersama adik-beradik lelaki yang lain..


Cameron Highland yang masih indah..as always..








Atuk yang sangat happy..

Opah pun..
Bila ada budak budak kecik ni, ralit mengadap mereka saja...masa untuk berjalan-jalan jadi terhad, pergi CH kali ni ladang teh pun tak sempat jenguk



PakNgah yang sporting...alhamdulillah..

aipp! biasa....kecik-kecik dah makan kat kedai


Biasanya di kampung,  Abah sesudah subuh akan ke padang ragut memberi makan segala ternakannya. Kat CH, layan cucu makan nestum hihihi..

Nasib baik sempat shoping makanan segar di port biasa ni..

Next time ke mana pula  kita KelaZara?


Wassalam..

6 comments:

dear anies said...

selamat thn baru nagah...wah lepak2 santai dgn family ya... best kan...lg pun bkn selalu kn dpt kumpul mcm ni

zino said...

best kan dapat bercuti satu famili... kami buta hari keluarga berkumpul beramai2..

Kakzakie Purvit said...

Sungguh selagi ada masa dan kemampuan gunakanlah masa bersama keluarga
Moment ini pasti akan terus terpahat dan ada kegembiraan/kepuasan buat semua.

Acik Erna said...

comel2nya cucu

Angah said...

alhamdulillah...memang seronok, hati rasa bahagia bila dpt berkumpul bersama-sama.

Acik Erna...penangan cucu cilik berdua ni lah, mama-abah dah tak mahu bela kucing...hihihi..

Cik Azz said...

Wah, suka tempat sejuk ya. Akak ni kalau sejuk sangat, memang tak tahan. Manjang la nak masuk toilet je. Haha.

Dah lama tak pergi CH. Dekat tapi jauh. Hehe.