Mengenang setahun yang lalu - 24 Februari 2016.
CikNa adik kedua Angah, berkahwin pada tahun 2011. Agak lama kami sekeluarga menunggu berita gembira untuk menambah bilangan ahli keluarga kami yang tak berapa besar ni.
Akhirnya..sekitar Jun 2015 kami mendapat khabar gembira, CikNa disahkan hamil. Gembira berganda kerana sebulan sebelum itu, adik bongsu Angah, Adik Eja juga telah hamil anak keduanya setelah keguguran anak pertama. Alhamdulillah...menitis air mata gembira.
Apabila mereka mengandung Angah yang sangat lega...sebab selagi mereka tak mengandung nama Angah akan terkait juga dalam perbualan orang-orang keliling...tentang anak-anak perempuan mama-abah yang sorangpun belum mengandung...
Berbalik pada CikNa, kandungannya sihat, CikNa pun sihat, sampai nak bersalin pun masih aktif, kegemarannya memasak, membasuh, drive ke sana - ke mari. Menurut kebanyakan orang, kalau aktif begini senang nak bersalin. Tapi itulah nasib dan rezeki orang tak sama.
Cukup usia kandungan dan sudah ada bukaan 2 cm pada 19 Februari 2016, pack barang menuju Hospital Besar Kuala Kangsar. Angah punya gembira, sebab tak sabar nak dapat anak buah baru dalam tempoh sekurang-kurangnya sehari lagi. Kerana gembira Angah telah bercerita dengan kawan-kawan pejabat.
Namun Allah menetapkan Aisyah Nur Zahra belum mahu melihat dunia...selepas 2 hari warded, CikNa disuruh pulang, padahal bukaan sudah 7 cm, kekurangan tenaga perubatan di hospital menjadi penyebab. Angah sedikit bingung, kerana tidak pernah terdedah dengan perkara begini.
22 Februari 2016 - macam komfirm nak bersalin ni, hati pun dah kembali berbunga-bunga... Menjelang petang, menuju malamnya...tidak juga ada khabar CikNa bersalin. Hati dah mula resah. Pagi 23 Februari 2016 - Angah nekad tak mahu fikir, Angah hanya berharap ada pangilan dari kampung yang maklumkan CikNa sudah bersalin. Sementara menunggu, Angah sibukkan diri dengan kerja, supaya tak fikir hal CikNa.
Tapi hati kakak yang seorang ni ibarat hati seorang ibu juga...bagaimana mama Angah resah begitu juga Angah. Selesai waktu pejabat, Angah dah tak keruan kerana CikNa belum bersalin. Betul-betul rasa hilang arah. Google segala macam petua, doa hantar pada CikNa yang sedang kesakitan. Menjelang 8 malam, kata doktor dah nampak kepala baby, tapi tak boleh keluar sebab bahu baby sangkut kerana kedudukan songsang...allah...dugaannya rasa sangat hebat. Kasihan CikNa...
Nampaknya Aisyah Nur Zahra tak mahu ber 'brand' Kuala Kangsar, selepas hampir lemas kerana tertelan air ketuban, jam 10.00 malam CikNa dihantar ke Hospital Besar Taiping. Ya Allah...kalau tahu hospital KK tak ada peralatan bedah, lebih baik awal-awal terus ke Taiping...itu lah kata-kata orang yang sedang dalam kondisi sedikit marah... ketika itu.
Akhirnya sekitar jam 2 pagi 24 Februari 2016, CikNa selamat di bedah...segera Angah telefon suami CikNa, meraunglah kami dalam telefon, sebab rasa pilu sangat mengenang kesakitan yang ditempuh CikNa.
Mendengar CikNa stabil, sungguh lega rasa di hati. Bagaimanapun kesedihan lain pula melanda, baby keluar dengan keadaan yang sudah biru dan perlu dihantar ke ICU kondisinya menggerunkah hati kami. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa...dan mengira detik hari ke hari...bila dapat bawa baby keluar ICU. Selepas seminggu lega lah kami..baby sihat bagaikan dilimpahi keajaiban.
Begitulah..kelahiran yang sangat menginsafkan, kerana sebelum ini bila ipar-ipar Angah iaitu Kak Yong dan Kak Yang Ana bersalin, Angah tak pernah ambil tahupun. tahu-tahu dah bersalin dan dapat anak buah saja. Bila terkena adik sendiri yang bertarung melahirkan baru terasa 'sakitnya tuh di sini'
Ini lah baby yang susah hati sangat Mak Ngah ni dibuatnya...
Selamat Hari Lahir Aisyah Nur Zahra, semoga sihat-sihat selalu ya sayang...
'mohon kawan-kawan Mak Ngah di alam maya ini , doakan Zahra membesar dengan jayanya'
Wassalam